.

.

Search This Blog

Category

Thursday, June 26, 2014

"Pekerja maut gas bocor " - Sahabat aku kembali ke rahmatullah



Assamualaikum.

Hari Khamis baru ni, 19 Jun 2014 pukul 2 pagi, mase tu aku
slow-slow nak masuk ke alam mimpi. Tibe-tibe "tett terett tett" bunyi fon aku menandakan
ade sms masuk, dari member aku Hafizuddin (zul). 

"Abang aku takdok doh. Al-fatihah."

Abang aku ? Abang zul ? Fiy ke ? Takde ? Amende maksudnye ?

Lepas aku balas tu, pukul 6 pagi pulak die text balik, mesej yang sama.
then aku tanye kenape ? Dia cakap syahid kat tempat keje.

zappppp ! dup dap dup dap !

Pagi tu time kat office (aku tengah praktikal sekarang) member Zul pulak
yang mesej aku membawa berita yang sama. Dia cakap abang Zul, Fiy (Firdaus)
tu kene paip pecah kat tempat die keje. 


*Arwah di sebelah kiri*



Kisah kematian Fiy ni ade dalam akhbar Metro dan Sinar Harian.
Aku kenal jugak Fiy ni. Fiy seorang abang yang baik, seorang kawan yang baik,
seorang anak yang baik. Cakap die lemah lembut je.

Sebenarnye Zul tu yang member aku. Aku kenal abang die nih kes kalau
jumpe Zul kat mane mane, mesti die berdue dengan Fiy. Kami penah lepak
bersama, keluar minum bersame, beraye bersame skali dengan adik aku, dan
yang paling aku sebak bile teringat kami pernah berjumpe kat Madinah tempoh
hari. Yang mula-mula cam aku kat Madinah tu pun Fiy la....



*Madinah*


Hari Jumaat aku sekeluarga ade melawat rumah die. Sampai je kat perkarangan 
rumah die tu, masa bersalam dengan mak die tu, tibe-tibe mak die nangis, sebak.
Belum pun cakap ape-ape mak die dah sebak. Aku yang tengok ni pun naik
sebak.



Sebenarnye kematian tu bukan berpunca dari paip yang die baiki, tapi berpunca dari
paip lama sebelah dengan paip yang Fiy handle. Paip tu pecah dan ada something macam
besi jatuh atas leher die, dan mende tu lah yang membuatkan Fiy tu lemah. Anggota Petronas
tu dah cuba selamatkan Fiy, lepas kena tu Fiy still bernafas tapi kondisi die 50-50.

Tapi oleh sebab gas yang terlalu kuat menyebabkan anggota Petronas tu pun tak tahan
menghidu, so diorang pun terpaksa panggil bomba. Dalam pukul 2 lebih jugak la boleh
keluarkan jenazah die, dari pukul 11 lebih waktu kejadian. Pemergian Fiy tu disebabkan
lemas menghidu gas.


Aku agak sedih dan terkejut jugak dengan pemergiannye. Seluruh family aku pun kenal
dengan arwah dan adiknye. Yang bertambah sedih bile teringatkan kami pernah bertemu
kat Madinah, tempat suci di bumi Allah.



Semoga arwah Firdaus ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin.



- RAJIHAH RAZALI - BOLEH PANGGIL GEE - COMPUTER SCIENCE STUDENT - COMEL - GATAL - SOMBONG - ANNOYING - COLOURFUL - KECIK -

0 comment:

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget