.

.

Search This Blog

Category

Friday, May 03, 2013

Tip memulakan perkenalan



Mempunyai gadis idaman ?

Takut untuk berkenalan ?

Ingin mengorat jiran sebelah rumah ?

Terjatuh hati pada gadis taman bunga ?

Taip ON NGORAT dan hantar ke 32344.

*Nombor tu aku reka je tuh.*

Haishh. Macam iklan TV la pulak. Ok kita teruskan dengan topik
kita. Ada sesetengah orang takut untuk berkenalan, dan
ada juga yang menunjukkan sikap terlampau untuk berkenalan.
so sini aku nak bagi tips untuk memulakan perkenalan. Maybe ada yang
berguna untuk digunakan. hahah BM aku failed !





1. Bersedia untuk ditolak
  • Bukan semua orang boleh menerima salam perkenalan contohnya, seorang wanita yang sudah mempunyai teman lelaki atau suami, pastinya tidak akan berasa selesa dengan situasi ini.
  • Oleh itu janganlah tersalah sasaran kerana ia hanya akan membuatkan anda malu pada diri sendiri.  Anda perlu bersedia jika kehadiran anda tidak disenangi dan akhirnya ditolak.

2. Buang rasa malu
  • Perasaan malu itu perlu dikikis kerana ramai orang yang kurang gemar untuk bersahabat dengan seseorang yang terlalu pemalu.
  • Cubalah bersikap terbuka kerana lelaki atau wanita paling suka jika pasangan mereka bersikap positif dan terbuka dengan apa sahaja situasi yang mereka lalui.

3. Belajar memahami
  • Lelaki perlu memahami reaksi yang ditunjukkan oleh seseorang wanita. Jika mereka menunjukkan reaksi positif, anda jangan teragak-agak untuk meneruskan perhubungan tersebut.
  • Wanita pula perlu tunjukkan sikap sabar di dalam perhubungan. Lelaki tidak suka dengan wanita yang gelojoh kerana beranggapan wanita sebegitu sebagai murah atau terdesak untuk mencari calon suami.

4. Ingat nama dan simpan nombor telefonnya
  • Jangan sekali-kali lupa nama teman barumu itu. Jika anda terlupa, itu bermakna anda tidak merasakan kehadiran mereka penting dalam hidup mereka.
  • Jangan sampai tahap di mana anda  membalas SMS dengan pertanyaan 'siapa ni?', sudah pasti perhubungan yang baru sahaja terjalin akan putus di pertengahan jalan.

5. Bersikap positif
  • Golongan wanita tidak menyukai lelaki yang bersikap terlalu kasar. Apatah lagi jika anda baru berkenalan dengannya. Lelaki pula tidak gemar dengan wanita yang terlalu suka mengongkong dan terlalu mengambil tahu akan dirinya.
  • Di dalam aspek ini anda berdua perlu bijak menjaga hati masing-masing dan belajar untuk memahami karektor teman baru anda. Berikan dia masa untuk menyesuaikan diri dengan anda.






- RAJIHAH RAZALI - BOLEH PANGGIL GEE - COMPUTER SCIENCE STUDENT - COMEL - GATAL - SOMBONG - ANNOYING - COLOURFUL - KECIK -

0 comment:

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget