.

.

Search This Blog

Category

Thursday, September 05, 2013




Baru-baru ni kita dikejutkan lagi dengan berita penemuan mayat bayi di dalam loji kumbahan najis dalam UITM kampus Dungun pada 29 ogos 2013 dan bayi tu dijumpai pada jam 11.35 pagi.

Ohhhh berita buruk tu berlaku dalam tempat aku sedang belajar sekarang. Mula-mula dapat tau tu memang terkejut, tak sangka tempat aku belajar tu ade jugak orang yang buat kes sebegitu. Yang paling terkejut bayi tu dijumpai di asrama tempat junior sem 1 menginap, budak-budak yang baru masuk belajar.





Berita ni aku dapat tau dari Twitter yang dipost sendiri oleh UITM Dungun.
Tak lama lepas tu aku terbaca berita kat internet yang mengatakan bayi tu dah 2 hari dibuang dan tengkorak bayi tersebut pecah. Alangkah sedihnye bila dapat tau mende gitu. Kejam dan tak berperikemanusiaan.



Sekarang, budak tu dah dijumpai dah pun. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, cerita sebenar die berbunyi begini :


“Budak tu student sem 1 dari fakulti Hotel dan berasal dari Selangor berumur 19 tahun dan pakwe die tu berumur 20 tahun, bukan student UITM, maybe orang Selangor jugak. Diorang dah terlanjur sebanyak 2 kali dan budak tu didapati mengandung bulan 12 tempoh hari. Kemasukan budak baru bulan June baru ni, bermakna die dah mengandung sebelum masuk belajar lagi. Die beranak pada pukul 10 pagi dimana roommate die tengah kelas masa tu, dan die memang tak pegi kelas la kan. Die beranak dalam bilik lepas tu die bungkus baby yang cukup sifat tu dalam cadar dan bawak ke tandas, kemudian flush bayi tu. Sebab sukar nak masuk pam, die jolok-jolok dulu bayi tu, sebab tu la kepala bayi tu pecah, kemungkinannye. Lepas die kemas2 katil semua, esok harinye die pegi kelas macam biase je, macam takde pape yang berlaku. Die dijumpai sebab kat katil die tu dipercayai ade kesan darah, dan sebenarnye no bilik budak tu menginap pun aku tau, tapi taknak mention kat sini. Member aku jugak cakap, sebenarnye ade orang dengar bunyi tangisan baby mase tu.

Dengar kata, budak tu memang tak campur sangat dengan orang.

Dan dengar kata jugak, ade seorang kawan die yang bantu masa nak flush baby tu.

Wallahualam.”




Ya, dunia dah makin kejam. Sampai hati die bunuh macam tu. Umur baru setahun jagung, tapi dah jadi pembunuh.
Tak hairan la kalau die jenis tak bergaul dengan orang pun, sebab bila dah jadi macam ni, mesti die taknak orang tahu. Kawan pun satu,  sanggup bersubahat tolong pam bayi tu. Astafirullah. Tapi yang pasal kawan die ni tak sahih lagi.

Lagipun, dah la die mengandung sebelum masuk UITM aku, lepas tu sibuk pulak nak beranak kat sini. Memalukan UITM tu tau. Marah ni !




p/s : Ramai pulak yang tanye tentang kes tu kat aku sebab aku belajar kat sana. Haishh bosan !



read more "Kes buang bayi di UITM - full story"



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Final Exam aku semakin hampir, so makin hari makin sibuk la aku jawabnya dengan kerja-kerja, esemen dan projek yang diberi gedebuk dan diminta secara gedebuk plus aku ni dah memang jenis last minute, so paham-paham je lah macam mana keadaannye ye.

So hari ni aku berpeluang mengupdate serba sedikit tentang event Dinner fakulti kampus aku baru ni.
27 Ogos 2013 baru baru ni, junior sem 3 aku handle Dinner untuk fakulti kitorang. Memang secara turun temurun every 2 sem mesti ade Dinner yang dihandle oleh budak part 3. Dan aku and the geng sebagai senior Sem 5, of kos la diraikan dalam event tu. First aku memang nak ucap tahniah and good job la kepada geng part 3 sebab Berjaya handle event tu dengan gempak.





Mula-mula masuk tu kitorang dah dirai dengan berjalan atas red carpet. Fuhhh time tu aku rase macam lady gaga je, rase macam sume orang pandang atas bawah, padahal bile diintai junior2 tu buat tak tahu je pun. Takpe, perasaan itu penting.

Sebenarnye secara pokok pangkal akar daunnye, aku taknak citer pun pasal event Dinner nih. Yela tiap-tiap 2 sem ade Dinner, takkan setiap kali tu jugak aku nak bagitau. Macam kurang 3 suku je kan.. Tapi mende yang aku nak bagitau skaligus berbangga, kembang kempis kencut hidung dan rasa macam nak bergolek-golek atas padang macam lam citer Hindustan sebab……


I’m the Queen of the night !



Kah kah kah gelak jahat kat korang sume.

Mula mula tu wehh, aku rasa macam aku pakai selekeh je, ye la terpegun tengok sume orang pakai cantik-cantik. Tema malam tu ialah Black and White, time tu aku just pakai dress putih and shawl hitam bodo. Dah la hitam, bodo pulak tu. Tu pun aku main belit2 je macam bungkus dodol pun ade aku pakai tudung mase tu. Then tancap la sikit muka tu bagi nampak berseri walaupun hakikatnye lebih ekstrem dari lagy gaga.

Sebelum makan tu sebenarnye dah ade sorang junior aku mintak berdiri then die ambil gambar aku sorang2. Fuhhh aku senyum sampai ke telinga. Then mase nak umum Queen tu, hambik kau setepek ! Diorang tayang gambar aku kat screen besar kat depan. Time snap gambar tu rase dah macam Emma Maembong dah, skali gambar kluar nampak macam… emmm….

By the way, aku tak kesah dah rupe lam gambar tu, sebab aku dah menang ! ngeh ngeh..


Lagi hepi sebab aku menang bukan sebab aku dikenali ramai, tapi menang memang sebab penampilan malam tu. So Thank you lah kepada korang yang pilih aku tu ye sebab membuatkan aku tidur tersengih sorang2 malam tu.

Bersama ‘Akatsuki’


Ok lah, sampai sini saje kot. Aku nak sambung kebongkakan dan keriakan aku pulak ni. Bye u ollss.



p/s : Eleh, Queen Dinner je pun dah nak bangga.




read more "Dinner SISKOM 2013"

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget