.

.

Search This Blog

Category

Monday, June 28, 2010



hari ni saya nak ceritakan bahawa setiap masalah pasti
ada jalan penyelesaiannya. dulu saya penah tulis yang cermin
mata saya patah tapi tetap boleh diselesaikan, begitu jugak
ngan kes kasut saya ni.

petang kelmarin saya basuh kasut sekolah saya, tapi tak ingat
pulak nak jemur sebelum gi dungun nak ziarah mak sedare.
balik pulak malam, jadi terpaksa la jemur kasut tu malam. tapi
esok tu dah nak guna, mane la sempat nak kering.

dengan berbekalkan idea yang mungkin boleh diguna pakai,
saya ambik kasut tu, pastu ambik seterika besi kat umah tu,
nahh... saya gosok kasut tu.. pssssssss...dahsyat sungguh bunyinye.
selain mengeringkan kasut, boleh jugak menghilangkan kedut2
kat kasut tu.


walaupun kasut basah, ade jugak alternatif lain untuk keringkan
kasut. korang pun boleh jugak guna cara ni kalau kasut korang basah.


 lesson : 1. buat je perkara yang korang nak buat selagi tak 
memudaratkan. hehe.
2. setiap masalah ade penyelesaiaannya. tak gitu? hehe
read more "bila kasut basah"

Sunday, June 27, 2010



maaf kepada semua pembaca yang sudi membaca blog saya ni,
sejak akhir-akhir ni, dan mungkin sampai akhir tahun kot, saya
jarang sangat update blog ni. saya sibuk dengan study so saya tak
banyak masa untuk mengadap laptop ni lama-lama. tapi tak
bermakna saya tak update langsung blog ni, cuma mungkin saya
akan update masa hujung minggu je.  

saya semakin sibuk sekarang sebab nak hadapi exam tryer SPM.
walaupun baru tryer, tetap kena fokus. tapi mungkin dalam bulan 
november nanti saya akan break sekejap selama sebulan sebab saya
nak hadapi SPM pulak, penentu masa depan saya. tapi jangan risau,
saya tetap akan teruskan aktiviti blogging saya yang baru bermula ni
selepas semuanya selesai nanti. saya mintak maaf sangat2 ye.


akhir sekali, WISH ME LUCK in spm!

assalamualaikum.
read more "kesibukan masa"

Thursday, June 24, 2010



PENGAKUAN NGERI SEORANG BEKAS MAT REMPIT



kisah pertama :
~ waktu tu aku berada di Jelutong. jalan tu kan penuh sesak. badan aku pulak
besar sedikit. pada hari tu  aku menumpang seorang kawan pergi ke Komtar
naik motor kapcai. Dia pun kaki rempit jugak macam aku. kitorang selit sana
selit sini, wheely sana wheely sini. sampai satu tempat dia mencelah antara dua kereta.
motor lepas, dia lepas, tapi dua-dua lutut aku tak lepas. KEDEBUk! aku terduduk
tengah jalan sambil terkangkang. semua orang tengok aku! cinabeng, macam sami
buddha yang duduk sorang-sorang tengah jalan yang penuh sesak dengan 
kenderaan. lepas tu kawan aku patah balik sambil gelak nak putus urat merih dia.
siott.. malu aku, maluuu..

read more "pengakuan bekas mat rempit"

Sunday, June 20, 2010



saya nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada semua
bapa-bapa termasuk bapa kambing, bapa ayam kucing, bapa
lembu dan segala bapa yang ada kat dunia ni terutama sekali
kepada bapa tersayang saya, Mr RAZALI BIN KOTOK.


i love u encik Papa.


read more "selamat hari bapa encik papa"

Friday, June 18, 2010



kelmarin kakak ngan abang saya balik umah sebab pak sedara
saya meninggal. petang tu tengah syok duk beranda kat umah saya,
tibe-tibe ternampak la jiran saya main badminton. "sedak ar main
badminten. lamer rase dok main badminten. dulu main sokmo petang2"
lebih kurang begitu la dialog saya. *kalau tak paham buat2 la paham ye.
pastu kakak saya pun cakap, "doh jom ar main, esok2 k.dis dokleh
main doh, nok balik kL doh."

so dengan semangat yang ada, kitorang main la badminton.
saya bukanlah nak citer pasal main badminton. ala setakat cerita
main badminton, orang lain pun buleh cerita. cume ade cerita lucu
di sebalik permainan petang kitorang..


read more "saya pemain badminton profesional"

Tuesday, June 15, 2010



hari tu tengah syok tengok drama kat tv2, masa iklan pun tiba.
tibe-tibe je saya tertarik kat sebuah iklan ni,
.
.
.
.
pertandingan kandungan Liga Remaja Kreatif

~ memerlukan sekumpulan remaja merakam video
bertemakan jalur lebar untuk 1Malaysia.
~terbuka kepada pelajar sekolah menengah
~bermula 1 jun - 1 ogos 2010
~ hadiah yang agak lumayan
~ untuk maklumat lanjut dan syarat penyertaan, klik sini.




wahh.. saya memang berminat sangat2 kat pertandingan ni. ingat nak join,
tapi malangnya takde sape pun member2 saya yang sudi join. kalau join 
apa salahnya kan, ade rezeki menang, takde rezeki nasib la tu.. huhu..
*hati memberontak ni..
read more "pertandingan Liga Remaja Kreatif"

kalau korang la, sanggup tak pegi jalan-jalan shopping2 pakai camni?

 wauu. tajam ye. ni memang perlindungan untuk mengelakkan
kes raba dan cabul yang semakin menjadi-jadi ni.


fesyen ni sesuai sangat untuk orang yang takut gelap.


mentang-mentang la sekarang musim durian, fesyen pun
nak buat spesies durian jugak ye.



yang ni, errrr. no komen..,






buleh dah jadi awek davy jones dalam citer pirate of the caribbean ni.


sesuai untuk gadis-gadis jalanraya. kalau ade keje baik pulih jalanraya,
duduk je tengah-tengah jalan confirm ramai yang beri kerjasama nanti.


kalau korang rasa korang ala-ala cute gitu leh la try fesyen ni.


macam-macam la idea diorang ye. pakaian untuk orang
gila pun boleh diorang wat fesyen.. .
read more "fesyen tak boleh blah"

Sunday, June 13, 2010


tatkala korang rase cam bosan je duk kat umah, dah tak
tau nak buat ape, golek sana golek sini tapi bosan jugak..
haa. pekata ikut tips ni..


1. kira bulu kucing.
~ korang gi la cari kucing yang ade kat kampung korang tu, takpun
pegi curi kucing jiran korang ke, pastu korang kira la bulu kucing tu
ade berapa helai sampai hilang boring korang tu.

2. jadi penangkap tikus.
~ apakata orang intai-intai kat stor rumah korang, pastu tangkap encik-encik
tikus yang ada. selain dapat menghilangkan boring, korang jugak dapat mengeluarkan
peluh dan membersihkan rumah korang.

3. melalak
~ karaoke keseorangan.. ala, korang melalak je lagu yang korang nak nyanyi
sekuat hati secukup rasa korang. pedulikan orang nak cakap korang gila pun,
bukan hal diorang. kalau diorang marah sebab bising, korang ngaku je yang korang
ni memang gila, confirm diorang tak kacau dah. 


. . 4. jadi guard jiran-jiran korang

~ aktiviti ni sesuai time waktu petang, waktu-waktu orang balik keje. korang tunggu
je mana-mana jiran korang yang baru balik keje, pastu korang gi la bukak gate
diorang. mana tahu ada rezeki diorang bagi upah ke.

5. err.. tak tahu dah. takde idea pulak.. hehe



*macam mana? hilang tak bosan korang? . .
read more "tips menghilangkan bosan"


saya mulakan dengan huhu..
semalam rancang ngan member saya W (bukan nama sebenar)
nak kuar bandar dan saya pun plan nak jumpe ngan B (bukan
nama sebenar). semalam text B, tanya nak pegi bandar
pukul berapa, pastu saya cakap nak kuar tu mesej la. B cakap
gi pagi la.

pastu pagi tadi saya ngan W pegi la bandar, dalam pukul 9, saje
pegi awal-awal sebab ingat nak ronda-ronda kejap. pastu pukul
10 call B, tanya nak pegi pukul berapa. B cakap, di kena pegi pukul
2 petang, sebab dia ada hal. ok. walaupun berat hati nak tunggu,
tapi dah JANJI, so kitorang tunggu la jugak.

pukul 11, kitorang dah bosan, so saya ngan W tunggu je sampai pukul
2 ptg kat taman syahbandar, borak2. korang tau-tau je la, betapa
seksanya tunggu orang, dah la tunggu 3-4 jam..

pukul 2 pun menjelma. tiba-tiba saya dapat mesej, B cakap takleh gi,
blaa.. blaa.. blaa.. jangan majuk, bla blaa.. haduii..... punya la seksa saya
tunggu, tiba-tiba tak datang? ya Allah dalam hati ni sabar je. hanya tuhan je
tahu betapa sakitnye hati ni. last-last kitorang pegi makan jap, pastu terus
balik. langsung tak berbaloi penantian saya.


tambah lagi seksa, sekarang tengah lapar.. haduii.. ok, sampai sini je nak
tulis sebab saya ada keje nak pegi masak megi asam laksa pulak ni.

perut dari tadi dah berdikir barat, tunggu masa diisi je..
read more "sabar je laa.."

Thursday, June 10, 2010




wahhh.. terror betul budak-budak ni.. saya memang kagum la ngan diorang..
orang dewasa pun takleh wat camni..
read more "korang boleh buat?"

mesti korang penah dengar pantang larang orang dulu-dulu kan,
contohnya, "tak boleh bergambar tiga orang, nanti yang duduk kat tengah2
tu mati," takpun ade jugak pantang larang, "jangan duduk atas bantal,
nanti kena bisul"


*gambar ni takde kaitan ngan entri ini


ok2. walaupun pantang larang tersebut sudah lama, tapi masih ada lagi
generasi-generasi sekarang yang mempercayai bende-bende tersebut.
terfikir jugak, kenapa la ramai sangat yang percaya ngan benda-benda yang
agak mengarut ni. contoh nya seperti yang pertama tadi, pasal bergambar
bertiga tu.  geram betul kalau setiap kali nak bergambar tiga orang, ada je
yang cakap takut mati. selama ni saya dan family saya, sejak baby lagi dah
bergambar bertiga. Alhamdulillah setakat ni masih hidup. ajal tu kan kat tangan
tuhan, dan semua orang pasti mati, jadi kalau nak mati tu, mati la jugak.


satu lagi,


ade jugak saya dengar pantang larang yang adik-beradik lelaki
tak boleh kahwin serentak, nanti salah seorang akan 'kalah'. 'kalah' tu tak tahu
la kalah dari segi kewangan, kejayaan hidup atau perkara lain. kes ni berlaku
sendiri kat saudara terdekat saya, apabila die tak dapat kahwin akibat kepercayaan
begitu.


ade jugak kes, mak die dah meninggal, tapi dalam satu minggu pasti akan letak
air dalam tempayan or buat sesuatu (sebenarnye saya lupa die buat ape. hehe) sebab
dia percaya roh mak die akan datang kat umah..


sebenarnye kepercayaan-kepercayaan tersebut karut je sumenya, jangan anda
terlalu percaya sangat sebab nanti boleh membawa kepada syirik dan dosa. .
read more "karut je semua tu"

Tuesday, June 08, 2010


sebut saja mak andam, pasti korang terbayangkan jurusolek untuk pengantin
perempuan. maknanya di mana ada pengantin, kat situ jugak la ada mak andam.
dulu-dulu saya ingat tugas mak andam ni hanyalah make up kan pengantin je,
tapi rupe-rupenya ade jugak kepercayaan lain yang mak andam perlu buat untuk
menambah seri pengantin.


~:: bukan sekadar mengenakan solekan kepada pengantin sebaliknya segala peraturan 
dan pantang larang dilakukan mempunyai maksud tersirat. ia bermula daripada sebelum majlis
 hinggalah naik pelamin. ada amalan yang ditinggalkan kerana bercanggah dengan 
agama dan sebagainya. ::~


~:: mengikut fahaman masyarakat melayu, berandam bererti wanita yang hendak dikahwinkan 
perlu dicukur dan diperelokkan bentuk bulu keningnya dan dicukur andam anak rambut 
di sepanjang anak dahinya. ::~


~:: tujuan mencukur bulu roma pada wajah supaya solekan tampak lebih jelas dan jika pengantin
berpeluh, ia tidak mengalir di celah bulu roma sehingga menjejaskan solekan. memantis kening
pula bertujuan membezakan antara lelaki dan perempuan. ::~


~:: gigi pengantin perempuan diasah dengan sejenis batu pengasah gigi supaya saiz dan kedudukan
gigi dapat disama ratakan. semua ini dilakukan orang tua-tua zaman dahulu dengan tujuan baik,
iaitu menambah kecantikan dan seri kepada bakal pengantin. ::~



~:: bakal pengantin dimandi dengan air daun buah limau purut dan mak andam akan menjalankan


upacara sintol langir yang mengikut kepercayaan bagi membuang rasa takut, sial, malang dan
malapetaka yang bakal mengganggu anak dara berkenaan. selepas itu bakal pengantin disapu
bedak. ::~


~:: apabila siap dimandikan, maka hujung 10 jari tangan, di tengah-tengah kedua belah tapak
tangan dan di sekeliling kedua-dua belah kaki anak dara diinai. upacara menepek inai ini
dilakukan terlebih dahulu sebelum adat berinai di pelamin dijalankan. ::~



p/s : kepada bakal-bakal pengantin, digalakkan anda pilih jurusolek je, sebab takut
terjerumus ngan perkara-perkara syirik pulak. tapi tak bermaksud kene mengetepikan
                  mak andam sampai diorang kena letak jawatan pulak. *maaf ye mak andam! .
read more "fakta mengandam"

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget