.

.

Search This Blog

Category

Friday, September 09, 2011




‘lepas masuk U dah sombong.’


‘u have changed since u go to university.’




Ade orang cakap camtu kat aku. Ala, bukan aku masuk U hebat sangat pun aku nak sombong2 ni. Bukan aku ambik kos terror sangat pun aku nak berlagak2 ni.

Selalu je orang salah paham ngan aku.



Kes pertama;

Aku slalu je tak balas mesej someone. Sebab? Aku memang malas nak mesej2 ni. Sape2 pun yang mesej, kalau aku rase aku perlu balas baru aku balas. Aku lebih suke kol. Tapi kalau mesej tu jarang2 sekali, aku layan gak. Kalau 24 jam nak mesej, pastu kalau tak balas cakap macam2 la, abis tu bile time aku nak berak, nak jage anak2, nak suap susu kambing?
Satu lagi jenis aku ni, andaikata mesej tu dihantar time aku tido ke, takpun time aku tak sedar ke, sedar2 dah 3 jam dah mesej tu, jangan harap la aku nak balas. Dah tu ade la yang cakap aku sombong. Ye, baiklah kalau camtu.

Kes kedua;

Aku ade la kenal sorang mamat Tunisia, ye dulu aku baik gak ngan die. Kitorang sembang kat internet je. Tapi lepas masuk U ni, aku ni dah la takde berukband, jadi bergantung harap pada wifi U yang tak seberapa ni je la.
Dah wifi U, kadang2 line putus la, pe la, jadi susah nak chat. Aku pun jadi malas nak chat bile dah line k.o. Dah tu mule la mamat tu cakap aku lain.
Lagi satu, aku ni kadang2 memang la on9, tapi jasad takde pun depan laptop. Jadi kalau orang chat, sah2 la aku tak reply. Eh mamat ni nak sensitive lebih pulak cakap aku dah taknak layan. Hari tu die terus cakap nak putus kawan. Dah banyak kali dah aku explain, eh masih wat2 tak paham, aku pun malas la. Mampus la ko taknak kawan ngan aku pun, aku tak rugi lagi.

Dah orang nak sangat aku sombong,
Jadi aku pun berniat nak sombongkan diri. Buleh tak? 


read more "lepas masuk u dah sombong?"



‘selamat hari raya!’

Ehem2. Takyah la korang nak cakap aku dah terlambat nak ucap hari raya, sebab raya kan sebulan.. (ni la ayat cover sebab memang terlambat pun.)



Raye korang camne? Aku agak mesti meriah gak.
Raya aku? Haa.. lagi meriah. Meriah giler tau. Memang giler la meriahnye. Sebab pe? Meh nak citer.

Baju raya?
Aku ade baju kurung sepasang ngan baju seluar sepasang. Tapi yang tu ok, aku tak kesah sangat sebab at least ade gak baju raye. Ade sesetengah orang tu takde baju raye pun kan? Syukur lahh.

Mercun?
Haa yang ni paling aku frust. Aku langsung takde mercun nak main. Jeles sane sini dengar ‘kebaboomm’. Dalam hati menggelepar aku nak berperang ngan jiran2 aku yang agak senget tu. Tapi terpakse pendam je hati yang luke ni.

Beraya?
Aku langsung tak kemana2 tahun ni. Just gi umah sedara je 2-3 buah rumah. Takde mase, mase aku sibuk berangan pasal duit raye je manjang. Sedar2 dah pagi esok balik dah. Orang yang datang melawat umah aku pun takde, yang penuhnye time raye pertama je. Raya kedua? Hampeh. Seterusnye pun camtu.

Gambar raya?
Langsung tak snap. =(

Cuti?
Seminggu je. Langsung tak puas duk umah walaupun terpaksa ngadap muke adik aku yang agak sengal tu. Nak cuci mate cari lelaki2 hensem pun tak sempat.

Yang paling penting sekali,


Duit raya?


Ciput!!! Aku berhak lagi dapat duit raya tau!


Tapi aku tetap seronok sebab still dapat berkumpul satu family walaupun sekejap. Ok la tu kan?





read more "macam mane ngan raye korang?"






haa.. to be continue.. entri sebelum ni aku ade story  pasal berbasikal ke bukit besi, tapi separuh jalan je. Kali ni aku nak sambung story tersebut. Korang kene bace, aku nak pakse korang bace ni!

Kitorang berkayak agak lamer jugak. Agak lenguh tangan2 ni.  Walaupun aku bukan pakar kayak, tapi  aku tahu la sikit2 skill kayak. Dan aku jugak bernasib baik sebab dapat partner yang agak tahu kawal kayak, so takde la masalah sangat. Lepas kayak, kitorang berendam lagi sekali dalam tasik pastu terus balik ke khemah then mandi. Mase nak tunggu turn mandi tu, ya Allah berjanggut siap beruban lagi. Lamer benor.


Lepas isyak, kitorang perlu buat satu group (bercampur ngan budak2 yang pergi kayak), kene buat trademark. Namer group kitorang blender. Cun tak? Tapi mase tengah syok reka trademark tu, aku terkilan skit sebab aku pening kepala, pastu aku mintak ngan urusetia nak rehat. Tido la kejap dalam 15 minit, baru ilang pening tu. Aku tido2 ayam je, jadi dengar la sikit2 trademark yang group aku reka. Aku masuk je, terus kene buat show trademark kat depan group lain. Nasib baik la menjadi. Tapi group kitorang bukan bagus sangat pun, sebab ade jugak suara2 yang ‘boooo’ kitorang. Hahaaa.


Lepas tu kitorang ade explorace. Mula2 cari klu, agak lamer untuk kitorang nak jumpa klu terssebut. Lepas tu ade wakil kne naik flying fox. Warghh! Aku teringin giler nak naik menatang tu, tapi sebab dah ade wakil so aku terpaksa redha je la. Lagipun aku taknak kasut aku basah sebab dah takde kasut lain, sebab ianya mendarat lam air. Then cari klu balik, dan kitorang perlu buat satu permainan. Yang lelaki perlu melompat tali tanpa mengena tali tersebut dan yang girl pulak kene melalui bawah tali tersebut, dengan cara membengkokkan pinggang ke belakang tanpa sentuh tali tersebut. Ade la segelintir ahli group yang tak pandai mane main permainan tu.

Kitorang diberi klu lepas tu. Lepas jumpe arah tuju, kitorang kene sambung tayar, seat ngan rantai basikal sampai betul2 kemas pastu kene cabut balik. Barang2 tersebut pulak jauh. Aku lah salah seorang yang kene berlari ambik barang2 tersebut. Aku yang offer diri sebab maklum lah, aku memang suke berlari. Hehee. Yang tukang pasang, kaum2 lelaki.. siap je, kami kene letak barang2 tu balik, pastu ke garisan penamat. Group aku dapat no 3, hmm kire ok la tu. Sekurang2nye bukan last. Selesai je, kitorang pun masuk tido krohhh krohhh. Lena diulit mimpi.

Haa sebab lena sangat la semua orang bangun lewat dan majority peserta2 tak mandi pun, termasuk aku. Tapi takpe, kewangian aku still dapat dikekalkan. Just salin baju je. Oleh sebab kitorang bangun lambat, kitorang didenda berlari dan tekan tubi. Dah la atas jalan tu ade taik lembu kering, nasib baik tak kena. Kalau tak, bertambah la perfume aku. Perfume taik lembu pulak tu.



Lepas tu kitorang disuruh gi ke tasik, kene berendam sekali lagi. Diorang cakap terapi air la, ape la.. nasib baik benda tu seronok, takde la aku nak pot pet pot pet sangat. Tapi betul, lepas berendam, aku terasa segar balik, dah takde dah lenguh2 pinggang. Baju? Memang dah basah lencun.

Ingatkan dah boleh balik, eh rupe2nye ade permainan lagi. Permainan ape? Diorang mintak 3 wakil dari group masing. Rupe2nye kitorang kena angkat basikal dan berlari berganti2. Nasib baik aku tak offer diri untuk masuk. Tapi kalau aku masuk pun, aku tak kesah, sebab aku memang suke mende2 camtu.

Habis mainan tu baru kitorang boleh balik. Balik dalam keadaan basah lencun. Sebelum bertolak kitorang bergambar dulu. Ye, 2 hari berturut2 kitorang kayuh basikal sejauh 40 km. dalam perjalanan balik tu ade la satu eksiden basikal, tapi nasib baik tak teruk. Perjalanan balik kitorang dalam keadaan baik.


Baju dan seluar sume kering semasa dalam perjalanan. Tapi aku pakai seluar yang agak tebal, dimana bahagian bawah memang kering, tapi bahagian atas yang terlindung ngan baju tu masih lembab dan Nampak jelas, sekali orang tengok memang orang cakap aku kencing dalam sluar. Malu siot. Macam2 gaya aku tutup sluar aku tu. Nasib baik tak ramai yang perasan. sampai tu kitorang ade majlis penutup, then makan2 sket, baru la dapat balik ke hostel.

Orang lain lepas balik sume cari katil tido. Aku? Sampai je bilik, mandi and salin baju, terus ke kafe pastu online. Hahah.

p/s: perkara yang tak seronok time ikut aktiviti ni? Aku keseorangan. Aku takde member. Jadi hampir setiap masa aku seorang diri, sebab tu aku terasa terpinggir. Bawak basikal pun sorang2 je. T.T





read more "berbasikal ke bukit besi 2"





hadoii.. lamer benar aku tak update blog ni. dah beberapa bulan dah.
so dengan itu aku memang konpem dah takde orang visit sini. T.T ..
takpe, ramadhan baru berakhir aku sabar ye.

mule2 aku citer dulu pasal amende yang berlaku sekitar aku dari
A sampai Z.  dari sebelum puasa sampai raye, barulah aku update
pasal mende lain.. kalau korang bosan, aku tetap nak pakse korang bace.



ok. yang pertame.

'pengalaman aku berbasikal ke bukit besi'.


alah.. berbasikal je.. tu pun nak kecoh.. ehem2. kalau setakat naik
basikal gedek2, aku pun taknak story. tapi lebih kurang sebulan yang
lepas la, kelab basikal bawah uitm ade wat satu aktiviti. kitorang
perlu berbasikal dari dungun ke bukit besi sejauh 40 km. yela, memang


takleh kalahkan pelumba2 basikal, tapi tetap jauh kan? ala kalau tak
jauh pun, korang anggap la jauh, leh aku bangga sikit ngan kudrat aku
yang mengayuh basikal letih2 ni.

kitorang bertolak pagi dalam kul 8, pastu sampai kat bukit besi dalam
pukul 11 lebih. alhamdulillah sepanjang perjalanan takde la kejadian yang
tak dingiini berlaku. cume semasa perjalanan tu ade la sekor babi
melintas jalan. orang2 yang tak penah tengok babi tu mula la kecoh2
"ehhh! tengok tu! babiii!". mungkin babi tu comel sangat kot sampai
diorang exited macam tu.




*gambar babi tak di snap sebab haramm


lepas sampai, kaum2 lelaki siap2 nak gi solat jumaat, sebab hari tu
hari jumaat. kalau hari lain, maka takde la solat jumaat. diorang balik
je dari masjid, kitorang makan. pastu gi kat tasik yang ade kat sane,
kitorang berkayak pulak. sebelum tu, kitorang berendam dulu dalam air
sambil gelak ketawa yang tak berapa comel bunyinye. pastu kitorang
diberi penerangan tentang kayak dan selepas tu, kitorang perlu naik
kayak berpasangan lelaki ngan perempuan. diorang suruh lelaki yang pilih
pasangan, so aku yang terpinggir ni menunggu je la sape2 yang datang.
alhamdulillah ade jugak lelaki yang pilih aku. maklum la, orang terpinggir.

lepas tu? nanti la sambungan entri lepas ni.. nak balik bilik la pulak..
hehee....

*korang mesti bace tau. kalau tak aku ganggu korang tiap2 malam.




read more "berbasikal ke bukit besi 1"

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget