.

.

Search This Blog

Category

bodoh (18) brainfrizzzzz (6) cerita aku (87) cool (3) download (31) fakta (8) hairstyle (4) halal haram (1) kempen / contest (2) lawak (22) lirik (18) ngeri (7) on tv (28) pandangan korg..? (40) sekeliling (41) seram (5) tip dan rahsia (24) trend (1) uncategories (53)
Showing posts with label on tv. Show all posts
Showing posts with label on tv. Show all posts

Thursday, May 23, 2013





Sebelum ni kalau korang tengok pelakon-pelakon filem dalam
keadaan cergas dan sihat, mesti korang bayangkan yang mereka berlakon
dengan lancar tanpa sebarang kecelakaan. Sebenarnya, ramai artis
yang mengalami kecederaan semasa berlakon nih.

Antaranya :-

1. HALLE BERRY --> GOTHIKA



- Semasa membintangi filem thriller yang dibintanginya bersama-sama Robert Downey Jr, aktress Halle Berry telah mengalami kemalangan yang menyebabkan lengannya patah. Dalam kejadian itu, Robert sepatutnya sedang melakonkan watak menteramkan Halle Berry di sebuah wad pesakit mental dan ketika mereka sedang melakonkan babak tersebut yang melibatkan Halle meronta-ronta, dia terdengar bunyi 'pop' dan serta merta mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku. Katanya kerana Robert tidak memegang tangannya dengan betul, maka terjadilah kemalangan itu.

2. BRUCE WILLIS --> DIE HARD



- Dalam satu babak dimana Bruce sedang menembak menggunakan peluru yang menyebabkan bunyi yang terlampau kuat dari bawah meja tempat dia sedang berada ketika itu. Pihak bertanggungjawab gagal menyediakan penutup telinga itu menyebabkan Bruce kehilangan dua pertiga daripada pendengaran di telinga sebelah kirinya dan mengalami kecacatan kekal.


3. JOSEPH GORDON-LEVITT --> PREMIUM RUSH



- Biasanya dalam filem-filem, dalam babak-babak yang membabitkan para aktor jatuh ke cermin kaca, ia selalunya menggunakan cermin-cermin kaca palsu yang diperbuat daripada gula dan tidak mencederakan para pelakon. Namun dalam kes yang terjadi kepada Joseph ini, ketika dia sedang melakonkan babak tercampak ke cermin belakang sebuah teksi dimana teksi itu adalah teksi sebenar dan tentulah mempunyai cermin daripada kaca sebenar. Akibatnya beliau mengalami luka yang teruk dan terpaksa menerima lebih 31 jahitan untuk rawatan luka yang dialaminya.


4. JACKIE CHAN --> RUMBLE IN THE BRONX & ARMOUR OF GOD



- Sape yang tak kenal Jackie Chan kan, seorang pelakon yang sentiasa melakonkan aksi lasak sendiri tanpa bantuan stuntman. Dalam filem Rumble In The Bronx, kita dapat melihat babak beliau melompat ke atas sebuah hoverkraf yang bergerak dan bila ia jatuh ke dalam hoverkraf itu, dia terus bergolek dan memegang kakinya. Sebenarnya akibat lompatan itu, dia mengalami patah kaki kanannya tapi kerana semangat dan profesionalismenya, Jackie meneruskan penggambaran dengan kaki yang dibalut simen.

Satu lagi kes yang membabitkan Jackie dalam filem Armour Of God, dia menyudahkan satu aksi lasak yang memerlukannya untuk terjun dari sebuah dinding istana ke sebatang pokok di bawahnya. Oleh kerana belum puas hati, dia berhasrat melakukan sekali lagi babak tersebut namuun kali ini dia terlepas untuk jatuh dengan elok di atas pokok sebaliknya kepalanya telah terhantuk ke tanah menyebabkan tengkoraknya telah menusuk ke bahagian otaknya dan darah mulai keluar dari telinganya. Kini Jackie telah pulih sepenuhnya namun masih terdapat satu lubang kekal di kepalanya dengan plag plastik berada di situ untuk melekatkan otaknya agar berada di dalam tengkoraknya.


5. ARNOLD SCHWARZANEGGER & SLYVESTER STALLONE --> THE EXPENDABLES 2



- Mungkin kerana faktor usia telah menyebabkan kedua-dua pelakon tersebut mengalami kecederaan dan terpaksa menjalani pembedahan di bahagian bahu sebaik sahaja penggambaran untuk filem tersebut siap.


6. GEORGE CLOONEY --> SYRIANA



- Ketika menjalani penggambaran untuk aksi lasak dalam filem Syriana, George sedang melakukan aksi lasak sendiri tetapi ianya tidak menjadi seperti yang dirancang menyebabkan tulang belakangnya cedera teruk. Kecederaan yang dialaminya begitu menyakitkan sehingga membuatkan dia terfikir untuk membunuh diri. Mujurlah akhirnya dia berjaya pulih setelah menjalani pembedahan.


7. JAMIE ALEXANDER --> THOR : THE DARK WORLD



- Ketika sedang menjalani penggambaran, Jamie telah terjatuh dari sebuah tangga besi dan akibat kejadian itu, dia mengalami kecederaan di beberapa bahagian tubuhnya daripada bahagian vertebra sehinggalah ke bahagian bahunya.

8. LEONARDO DICAPRIO --> DJANGO UNCHAINED



- Dalam satu babak filem tersebut, Leonardo menghentakkan tangannya ke atas meja dengan sangat kuat sekaligus terhiris tangannya ke satu gelas kaca kordial yang ada disitu sehinggakan ianya terbelah dan berdarah.


9. BRAD PITT--> TROY



- Melalui filem tersebut Brad Pitt tercedera di bahagian tendon 'archilles'nya. Kecederaan itu berlaku ketika Brad Pitt mendarat dari lompatan dalam babak sedang berlari, melompat dan membunuh pahlawan Trojan.





read more "Aktor yang cedera di set filem"

Tuesday, May 08, 2012



ehem. kali ni jom kite usha artis2 zaman dulu2 pulak.
macam2 jenis ade artis ni. 
ade yang sebelum jadi artis tu nerd je. 
ade jugak yang dulu nye kuruss je. 
ade jugak yang dulu lain sekarang lain sebab botoks.
ade yang makin hensem.
ade yang makin cun.
ade yang maintainnn je.
tapi kebanyakannye memang dah jauh berubah la.


- anuar zain, abby abadi dan erra fazira -

- anuar zain. heheh still hensem -



- agak2 ni sape? -----> ni la Anita Sarawak zaman dulu. sebelum die
wat plastic surgery banyak2. sekarang aku rase alien lagi comel kot -




- Syarifah Aini a.k.a kak pah kite sebelum hidung meninggi dan bibir ke bawah -

- mawi sebelum jadi artis. nampak baik je. org terengganu cakap, "juruh je." -



- Shaheizy sam mase blakon citer Pae. totally different -



- papa rock kite, amy search. memang rock! -



- afdlin shauki ketika mengamalkan jusmate 5 dr Rozmey dan erra fazira -


- Diana Danielle. -



- Awie. zaman ni zaman blakon citer jiwang2 lagi. body taf tapi
blakon jiwang. haha. tp sekarang banyak blakon komedi, lebih mantap
dari blakon jiwang2. -



- makcik Melah a.k.a Ramlah Ram. zaman sebelum pipi naik nih.
sekarang dah makin 'cun' sebab semakin tua muka semakin tegang -



- Tompok. eh, silap, Tomok. wow, rambut belah tengah, nerd.
masa ni zaman tompok bersama new boys, di mana aku aku rase macam
nak terjun bangunan je bile dengar lagu Norkiah zaman tu. -

and.
.
.
.
.
.


 - the famous one, ROSMAH MANSUR and NAJIB -





read more "artis malaysia zaman dulu-dulu"

Sunday, April 24, 2011



Program Mentor 5 baru je abis beberapa jam tadi.
sebenarnye aku bukan la minat sangat pun ngan program2 macam
ni, mentor ke, AF ke. tapi antara Mentor ngan AF, aku lebih
pilih Mentor.

ok, sekarang aku nak tulis pasal Salma iaitu protege kepada Erra Fazira.


sejak mula lagi aku tengok salma ni memang agak ok dan macam ade potensi
nak dibandingkan dengan yang lain.

sebelum2 ni pun memang aku agak suka gak tengok dia, dan kemuncaknye
ialah persembahan malam tadi, apabila Salma berduet ngan Lan dengan lagu
jeritan batinku.

Erra ni memang bijak la, sebab dia memilih Salma yang mempunyai vokal
yang agak mantap, pastu digandingkan pulak ngan Lan yang memang dah femes
ngan suara yang bagus dan lantang dan best, pastu menyanyi pulak lagu yang
agak mencabar vokal.
dan Salma memang terbaek la malam ni.

*sumber video : youtube



p/s : lebih minat program Maharaja Lawak.
read more "salma Mentor 5 - jeritan batinku"

Monday, April 11, 2011


"goyang goyanggg.. goyang kepala goyang.. cepatlah angkat"

gelak guling2 satu kampung bile aku dengar 'ringtone' zizan dalam
Maharaja Lawak minggu 1 time show Jozan tu. pandai betul johan
nyanyi ngan muka selambernye. Jozan ni aku rase takyah buat lawak
pun, tengok muke diorang je dah rasa nak gelak dah.


ok2, sambung pasal 'ringtone' goyang-goyang.



tapi korang tau tak lagu ape dan lagu sape yang diorang nyanyi?
wujud ke lagu tu?


ya. lagu tu memang wujud. lagu lama dah. sape2 yang hidup
zaman moden ni, maybe tak penah dengar kot.
meh kite dengar lagu sebenar goyang-goyang tuu.




laa..  lagu tamil rupenye. tapi maksud goyang kepala goyang tu,
samer ke ha ngan bahasa melayu? ke dalam BM maksud dia lain?
tapi macam best jugak dengar lagu ni kan. hehe. kalau karaoke 
mesti best ni, layannn je...






read more "goyang goyangg. goyang kepalaa goyangg."

Friday, April 08, 2011


hebat betul penangan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. kenape
hebat?

pertame. kalau pegi ke mane2, mesti akan terdengar dialog2 dalam
filem tersebut. kejap2 dengar,

"kite bakor! kite bakor!"

"bala... bala... bala... bala..."

"sabor je la"

"sape stuju sile angkat tangan macam saye"


rase2nye sluruh malaysia kot sume tiru dialog filem hantu kak limah. kali
ni Mamat Khalid memang btol2 berjaya la mencipta fenomena.

tengok kat facebook pulak, macam2 fanpage dah wujud sekarang.
contohnye;












banyak lagi page2 yang wujud, tapi cukup je la setakat, yang mane dah
cukup membuktikan fenomena Hantu Kak Limah Balik Rumah semakin panas
sekarang.


kalau sebut USOP WILCHA, sape yang tak kenal? Usop @ sy8 la orang yang paling
glemer dalam hantu kak limah. sane sini orang sebut usop wilcha. sana sini jugak
orang jemput usop wilcha. sana sini jugak orang buat lenggok tangan usop wilcha.
kalau tengok fanpage facebook, banyak betul page usop wilcha.





dah la lekat namer usop wilcha tu kat sy8. haaii usop, aku rase
kan ABPBH 2011 boleh kat Usop dah. sane sini orang asyik story pasal
usop. Tahniah Mamat Khalid sebab berjaya cipta fenomena dan tahniah
gak kat Usop wilcha sebab berjaya glemer dalam sekelip mata.






read more "fenomena Hantu Kak Limah Balik Rumah makin menjadi-jadi"

Tuesday, February 22, 2011


semenjak due menjak ni aku rase macam malas je nak update blog.
ntah virus ape la sibuk masuk lam badan aku ni. BW pun macam malas.
bile nak maju camni?


ok. sekarang kecoh pasal pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang
kemalangan masa berlumba kat Kejohanan Trek Berbasikal Sesi Piala Dunia
2011 Klasik di Manchester Velodrome, Manchester, England.

ketika sedang berlumbe, Azizulhasni terjatuh menyebabkan kayu sepanjang
tujuh inci (kalau tak silap aku) tercucuk dan tembus kat betis beliauuu. tapi
walaupun keadaan gitu, Azizulhasni still boleh mengayuh lagi sampai akhir dan
dapat tempat ketiga.


respect la kat die. kalau orang biasa gamaknye, aku rase maybe dah masuk
emergency awal2, dah out awal2.



selingan;

aku ade jugak kenal 2-3 orang budak beskal ni. yang paling kenal,
Mohd Zamri Salleh. aku panggil die Za. Macam mane aku kenal?
Za ni bekas tunang kakak aku dulu. tapi sekarang kakak aku dah kawen.


Mohd Zamri Salleh (kiri), dan Harrif Salleh (adik zamri)




Fallanie Ali (kiri)


yang ni time aku pegi kenduri kawen Fallanie mase 12 Februari 2011
hari tu.


aku ade jugak kenal adik Fallanie ngan kazen die, tapi diorang lumba beskal
biase je, takde la sampai ke luar negara macam diorang bertiga ni. hmm.
kalau dah anak-beranak join sukan lumbe basikal.....








read more "kayu tercucuk sampai tembus pun boleh mengayuh lagi"

Sunday, February 06, 2011


penah tengok Raja Lawak musim ke 5? pada sape2
yang ade astro, aku rase mesti korang ade tengok kot.
aku rase raja lawak terbaru ni mungkin lebih best sedikit
dari musim lepas. lebih lawak, lebih style, tak kekok.



ok2. aku bukan nak citer pasal program Raja Lawak, tapi
nak citer pasal peserta diorang. kenapa?

ade satu kumpulan, namer kumpulan diorang Balas, terdiri
daripada 2 peserta. ada apa dengan Balas?


salah seorang ahli die, yang kecik rambut kerinting tu, bagi aku
die comel la. haha. *ye, aku ngaku aku memang gatal* mungkin korang


cakap, "langsung tak comel mahupun hensem, muke cam tong sampah".
aku tak kesah. sebab tu pandangan masing2. bagi aku, die comel.
tambah pulak ngan rambut kerinting die tu. 
waahh. sekali tengok dah macam Adam G. Sevani. haha

~die comel~

lagi satu, kumpulan Bobo, yang tesingkir pada minggu pertame.


aku tak puas hati diorang kluar sebab yang kecik tu comel. kiut. sume ade.
*sekarang dah bertambah lagi kegatalan aku*

~ i love his eyes~

dalam kumpulan Lucky pulak, selain yang agak besar tu, 2-2 comel.
tapi yang besar tu walaupun tak comel, die la yang paling klakar.


jadi, salah satu faktor kecik aku tengok Raja Lawak adelah sebab
peserta die comel. walaupun hanya 2-3 orang, cukup memadai untuk
aku cuci mate. 

walaupun dah terserlah kegatalan aku, takpe la, sebab
AKU MEMANG BEGITU. haha~





read more "aku gatal bile tengok Raja Lawak~"

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget