.

.

Search This Blog

Category

Thursday, June 26, 2014



Assamualaikum.

Hari Khamis baru ni, 19 Jun 2014 pukul 2 pagi, mase tu aku
slow-slow nak masuk ke alam mimpi. Tibe-tibe "tett terett tett" bunyi fon aku menandakan
ade sms masuk, dari member aku Hafizuddin (zul). 

"Abang aku takdok doh. Al-fatihah."

Abang aku ? Abang zul ? Fiy ke ? Takde ? Amende maksudnye ?

Lepas aku balas tu, pukul 6 pagi pulak die text balik, mesej yang sama.
then aku tanye kenape ? Dia cakap syahid kat tempat keje.

zappppp ! dup dap dup dap !

Pagi tu time kat office (aku tengah praktikal sekarang) member Zul pulak
yang mesej aku membawa berita yang sama. Dia cakap abang Zul, Fiy (Firdaus)
tu kene paip pecah kat tempat die keje. 


*Arwah di sebelah kiri*



Kisah kematian Fiy ni ade dalam akhbar Metro dan Sinar Harian.
Aku kenal jugak Fiy ni. Fiy seorang abang yang baik, seorang kawan yang baik,
seorang anak yang baik. Cakap die lemah lembut je.

Sebenarnye Zul tu yang member aku. Aku kenal abang die nih kes kalau
jumpe Zul kat mane mane, mesti die berdue dengan Fiy. Kami penah lepak
bersama, keluar minum bersame, beraye bersame skali dengan adik aku, dan
yang paling aku sebak bile teringat kami pernah berjumpe kat Madinah tempoh
hari. Yang mula-mula cam aku kat Madinah tu pun Fiy la....



*Madinah*


Hari Jumaat aku sekeluarga ade melawat rumah die. Sampai je kat perkarangan 
rumah die tu, masa bersalam dengan mak die tu, tibe-tibe mak die nangis, sebak.
Belum pun cakap ape-ape mak die dah sebak. Aku yang tengok ni pun naik
sebak.



Sebenarnye kematian tu bukan berpunca dari paip yang die baiki, tapi berpunca dari
paip lama sebelah dengan paip yang Fiy handle. Paip tu pecah dan ada something macam
besi jatuh atas leher die, dan mende tu lah yang membuatkan Fiy tu lemah. Anggota Petronas
tu dah cuba selamatkan Fiy, lepas kena tu Fiy still bernafas tapi kondisi die 50-50.

Tapi oleh sebab gas yang terlalu kuat menyebabkan anggota Petronas tu pun tak tahan
menghidu, so diorang pun terpaksa panggil bomba. Dalam pukul 2 lebih jugak la boleh
keluarkan jenazah die, dari pukul 11 lebih waktu kejadian. Pemergian Fiy tu disebabkan
lemas menghidu gas.


Aku agak sedih dan terkejut jugak dengan pemergiannye. Seluruh family aku pun kenal
dengan arwah dan adiknye. Yang bertambah sedih bile teringatkan kami pernah bertemu
kat Madinah, tempat suci di bumi Allah.



Semoga arwah Firdaus ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin.


read more ""Pekerja maut gas bocor " - Sahabat aku kembali ke rahmatullah"

Thursday, June 12, 2014


Korang sedang memandu ataupun tengah buat esaimen ke, keje ke,
report ke, tapi mata tu hampir jatuh ke bumi dah.

Macam mana cara nak ilang ngantuk supaya boleh teruskan tugas eh ?







1. Penah tengok citer Mr Bean Holiday ? Hah Mr Bean pun ade bagi tip taknak bagi mengantuk. Ambik batang mancis lepas tu tongkat je lah mate korang tuh.


2. Beremosi. Kejap-kejap nangis, kejap-kejap ketawa, kejap-kejap marah, kejap-kejap jatuh cinta kat kerusi, meja, lampu, dashboard walaupun tanpa sebab. Bile dah beremosi konpem-kompen tak ngantuk.



3. Tarik bulu idung. Disamping dapat meluaskan kuasa hidu, tugas korek idung jugak senang sebab takde gangguan bulu idung. Ngantuk ilang, hidung berkembang.

4. Makan telur rebus dan kentutlah sepuas-puasnya. Aroma kentut korang tu menghilangkan kesan mengantuk korang.



5. Dengar lagu-lagu klasik zaman dulu yang suara masih halus-halus tu. Ngantuk tiada, telinga berdarah.

6. Panggil hantu, boleh buat teman dating ke, nyanyi ABC ke, main aucak-aucak ke, berkasih sayang ke, sweeeeet gituu.




7. Dengar lagu Baby - Justin Bieber.

8. Menggeletek diri sendiri dan menggelupur seorang diri.

9. Menjawab soalan calculus, java, c++.


10. Tonton gelagat Mak Cik Ros Kilauan Emas di tv atau henpon korang. Cara ni adalah yang terbaik !





read more "Tips hilangkan ngantuk saat buat keje"


Ni adalah salah satu teknik asas nak pertahankan diri kalau
terdapat ancaman rogol. Walaupun yang dikongsi hanyalah sedikit,
namun aku rasa agak berbaloi untuk dipraktiskan.




Dan ni adalah satu doa untuk mengelak dari dirogol.
bagi kaum wanita, gadis, perempuan, pondan (errrrr ?),
jangan lupe amalkan ye. semoga mendapat keberkatan.





read more "VIDEO - salah satu teknik pertahankan diri kalau hadapi ancaman rogol"

Saturday, June 07, 2014



ASSALAMUALAIKUM.


Entri akhir-akhir ni asyik citer pasal aku je kan. Kali ni pun nak story
pasal aku jugak. Takpelah skali skale ape salahnye kan ?

Ni nak citer satu benda, cerita yang menyambung dari balik umrah hari tu.
ceritanya bermula begini.........

Jeng ! Jeng ! Jeng !

Dua hari selepas aku balik dari umrah kalau tak silap, malam tu aku
nak jemur baju. Dalam pukul 9 lebih gitu.

Tempat jemur baju aku ni, tingkat atas. Die kene masuk tembus bilik mak aku dulu
baru jumpe tempat tu. Mase tu ayah ngan abang aku pegi beli barang, mak kat dapur, adik
depan tv dan abang sorang lagi dalam bilik. semuanye duk tingkat bawah, jadi aku sorang
je lah tingkat atas, nak gi jemur baju nih..


Aku buke lampu, tap! sekaligus buke pintu serentak. Tibe-tibe aku ternampak seseorang
berlari membelakangi aku, dan gedebekkk! die terjatuh. Tak sampai sesaat die bangun balik
dan sambung berlari sambil turun melalui koridor tu, kire macam aksi dalam filem lawan
la, time kene kejar ngan penjahat, lompat situ, lompat sini.

Reaksi aku ? Tengok jeee... Dalam pikiran ni,

"Sape die tu ?"
"Budak-budak nakal ke ?"
"Die buat ape kat sini ?"

Bile mamat tu dah sampai bawah, eh baru perasan die nak pecah rumah.
Pakai t-shirt ngan seluar hitam, orangnye tak cukup inci je.
Disebabkan terlalu blur, aku just mampu tengok je. Kalau tak, memang sempat
sangat aku nak ambik segala alatan yang ade pastu pukul die gedebukk gedebekk
sepuas hati. At least ade jugak tindakan, ni biarkan je die terlepas.


Bile disiasat, ade wayar yang ade kat tempat jemur baju aku tu, tapi yang dah dipotong
pendek kat berhampiran pintu. Maknenye die memang hampir sangat lah nak cungkil
pintu, dan mungkin die ade pisau untuk potong wayar tu.


Amende yang pentingnye kat sini, masa aku pegi Mekah tu, kat rumah aku
hanya tinggal kakak aku dan anaknye yang usia setahun lebih. Bayangkan kalau
die pecah rumah masa kitorang di Mekah ? Astafirullah.. 

Alhamdulillah takde berlaku mende yang tak diingini, dan harap dijauhkan.
zaman sekarang dah tak macam dulu, macam-macam boleh terjadi. Harap
berhati-hati lah walau di mana jua anda berada.





read more "Cubaan pecah masuk rumah aku"


ASSALAMUALAIKUM.

Entri lepas aku story pasal Beijing, entri kali ni aku nak story pasal Umrah pulak.
Alhamdulillah akhir tahun lepas rezeki kami agak murah sebab aku dan family berpeluang
untuk pergi ke tempat yang orang Islam impikan, iaitu Mekah Al-mukarramah.


Aku just pegi 5 orang je sekeluarga, iaitu mak, ayah, abang, adik dan aku sendirilah.
Kami pergi ke sana pada Disember 2013 selama 2 minggu, iaitu seminggu di Madinah
dan seminggu di Mekah.

Ok lah, taknak dipanjangkan cerita, aku terus cerita time sampai kat airport Jeddah.
Sampai je kat airport tu, of kos la kene check passport kan. Dekat arab ni kadang-kadang
orang die pelik jugak, kalau jenis yang buat keje sungguh-sungguh, memang betul2 bersungguh,
tapi kalau yang jenis buat keje lebih kurang, habislah. 

Tiba je giliran aku nak check passport, pegawai tu tiba-tiba buat sibuk, saje biarkan aku
tunggu lama. Siap die cakap-cakap dengan kawan die, gelak ketawa then boleh pulak
die mintak no fon sesama pegawai die sendiri time tu. orang yang beratur belakang aku tu
panjangnye hampir nak keluar pintu dah, betapa ramainye. Lepas beberapa minit barulah
die check passport aku.


MADINAH







Mula-mula kami dari Jeddah terus dibawa ke Madinah, dalam 6 jam gitu jugak
perjalanannye, aku ingat-ingat lupe je. Kalau kitorang terus dibawa ke Mekah, kitorang
perlu terus berada dalam ihram sebab sampai tu kitorang kena terus tawaf, jadi di mana
kami kene berniat di miqat masa dalam flight.



Tapi oleh sebab kami dibawa ke Madinah dulu, jadi kami tak perlu berihram lagi.
Waktu di Arab dan Malaysia bezanya 5 jam, jadi mula-mula tu memang la kami mengalami
jet lag, tapi lama-lama ok lah, dah boleh kontrol. Kalau tak aku ni ngantuk je manjangg.



Cuaca kat Madinah sangat sejuk. Lagi-lagi time pagi ngan malam, fuhhh dinginnye
menusuk ke tulang. Hotel kat sana semuanya berdekatan dengan Masjid Nabawi, di mana
tempat Rasulullah dimakamkan. Jadi senang untuk kami ke Masjid Nabawi untuk solat
5 waktu kat sana. Alhamdulillah aku dapat solat kat makam nabi walaupun untuk pegi ke sana
amatlah bersesak-sesak.


*Member aku Zul dan abangnye Fiy*

Oh ye, masa kat Madinah jugak aku ade terjumpa dengan kawan aku yang agak rapat,
tak sangka sejauh-jauh tempat, rezeki kami jumpe kat sini.


MEKAH






5 hari kami di Madinah, tibalah masa untuk bertolak ke Mekah sekaligus melakukan
umrah. Kami disarankan berpakaian dalam ihram terus dari Madinah, so bila sampai
Mekah boleh terus tawaf dan lakukan rukun umrah yang seterusnya, iaitu saie dan bergunting.
Hotel kami agak jauh jugak ke Masjidilharam, tapi tu bukan masalah untuk kami bersolat
di Masjidilharam. Masjidilharam tu masjid terletaknya kaabah, dan masjid tu jugak luas
dan besar, boleh sesat kalau tak hafal jalan.




SUASANA DI MEKAH

(Kasar)

Mula-mula aku nak bercakap pasal sifat orang arab. Orang arab ni agak kasar, pemarah,
kalau tengok trafik jalanraya diorang, memang kena berhati-hati. Diorang pandu kereta
ikut suka hati, kadang-kadang kereta nampak baru lagi tapi pasti ada bahagian yang dah kemek.
Boleh dikatakan hampir setiap kereta kat situ wajib ada kemek.

Perempuan arab pulak, kalau anak tu nakal sikit je, hahh siaplah ! pung pang pung pang la
anak die kene. Pukul itu perkara biasa. Kadang-kadang kesian tengok budak tu, tapi dah
adat diorang camtu. Penah skali tu aku sentuh anak orang arab dalam stroller, die menangis
lepas tu mak die menjeling 360 darjah, maroh benorrr tu kat aku. Kalau orang kita, suke sangatlah
kan bile orang main-main ngan anak kite.



(Ketika sembahyang)



Kadang-kadang bila diingat balik, kelakar pun ade. kalau kita kan tengah sembahyang
konfem duk diam-diam, tak bergerak. Orang arab tengah-tengah sembahyang, kalau tudung
longgar atau tak selesa dengan selamba je diorang baiki tudung tu, bergerak abih tangan.
Yelah sebab diorang pakai tudung tak pakai kerongsang, main selit-selit je.
Satu lagi kalau anak-anak buas, diorang takde masalah nak tarik, angkat, dukung
anak diorang berulang-ulang kali, kadang-kadang dari berdiri sampai rukuk. Sume tu
diorang buat ketika solat. Yelah kalau ada masalah tak salah bergerak dalam solat, tapi
gitu lah kannn.


(Pemurah)


Walaupun sikap diorang ni pelik-pelik, tapi diorang sebenarnye baik. Suka membantu,
pemurah, selalu bagi makanan secara percuma. Contohnya masa tunggu sembahyang isyak,
biasanya ade lah orang-orang arab bagi buah kurma, ade tu sampai sebekas. Kadang-kadang
diorang bagi air ubat, tolong ambilkan air zam zam, bagi mainan kepada budak-budak yang ada
dalam masjid tu. 


(Hensem / cantik)

Walaupun duk kat sana niatnya nak beribadat, tapi takleh nak hilang jugak sifat suka
cuci mata ni. heheh. Alahh bukan gi ngorat pun, ape yang aku nak cakap kat sini, orang-orang
arab ni memang cantik-cantik dan hensem-hensem. Kalau aku tengok sesama perempuan
pun, terpaku, apatah lagi aku tengok lelaki. Fuhhhh kontrol ! kontrol !


(Sedih)

Walaupun banyak perkara yang aku boleh melihat kat sana, perkara yang aku tak
boleh lupekan dan membuatkan aku insaf ialah tentang semangat-semangat orang islam
untuk beribadat. Kadang-kadang aku amat bersyukur bila dapat ke sana dengan keadaan
yang agak baik, sebab ramai orang kat sana just tido kat masjid, tido depan shopping
kompleks, sebab takde tempat berteduh, ade yang sanggup berjalan jauh, semata-mata 
nak beribadat. 

Ade jugak aku lihat seorang yang sangat tua, sangat-sangat tua, jalan pun slow-slow sebab
terlalu tua, tapi masih lagi semangat mengangkat barang ke sana ke mari sebab nak cari
rezeki. 

Ade jugak sekali masa tawaf, aku ternampak seorang lelaki tua yang tiada kedua-dua belah
kaki, duduk atas papan beroda buatan sendiri dan mendayung dengan tangan untuk bergerak,
tawaf seorang diri tanpa bantuan sesiapa.


Ketika tawaf Wida', iaitu tawaf selamat tinggal, adik aku demam kuat, takleh nak berjalan,
jadi die terpakse naik kerusi roda dan kami tawaf kat tingkat atas sebab kurang sibuk.
Masa tawaf tu, aku ternampak la seorang insan, lelaki, tanpa sebelah kaki dan berjalan pakai
satu tongkat, tawaf seorang diri tanpa bantuan sesiapa. Tawaf tu 7 pusingan, dan kalau tingkat
atas tu bukan nye dekat. Adik aku demam pun pakai wheelchair yang ade orang tolak.
 Sedih, sayu, insaf, Ya Allah kuatnye semangat mereka !


PANDAI CAKAP MELAYU

Sepanjang berada di sana, antara salah satu perkara yang aku rasa menarik
ialah hampir kesemua penjual mahupun pekerja kat sana pandai cakap MELAYU !
Bayangkan bukan orang Malaysia je yang pegi Mekah, pelbagai bangsa yang datang,
tapi bahasa melayu jadi pilihan. Kadang-kadang tu kami just lalu depan kedai je,
mesti diorang panggil, "Mari tengok! Mari tengok ! murah murah ! Malaysia Boleh !"
Ha ha. Padahal takde tande pun yang kami ni Malaysia.

Kalau nak beli barang, tak payah susah-susah nak komunikasi, rasa macam pegi
shopping dekat pasar uptown Malaysia je, sebab sume tahu cakap Melayu.


p/s : Yang penting skali ustaz yang bawa rombongan aku tu cakapnya berlagu,
sekadar dengar die cakap dan bercerita je dah ngantuk. :D :)




read more "Umrah di Mekah - DIS 2013"

Thursday, June 05, 2014



ASSALAMUALAIKUM.

Kali ni barulah betul2 aku nak bercerita pasal holiday kat Beijing. Selepas
program kitorang tergendala satu hari, akhirnye kami berjaya berlepas
ke Beijing jam 12.25 AM, 18 Nov 2013.

Guess what ? Flight yang kami naik tu ialah flight MH370, di mana
flight yang hilang misteri sampai sekarang dan kapten pun kapten sama.
Masa mula-mula dengar berita tentang MH370 tu, aku terkejut bukan
main lagi. First memang terkejut bila insiden sebegini berlaku, kedua tu
lagi terkejut sebab terbayangkan kalaulah insiden tu berlaku time kitorang duk
dalam tu. ishh tak sanggup ! Sekeluarga pulak duk dalam flight tu.

Ape-ape hal pun, #PrayForMH370, semoga ahli keluarga mangsa
tabah menghadapi ujian yang berat ini.


MENCARI TOUR GUIDE SENDIRI

Sampai je kat airport Beijing, masing2 memang sibuk mencari tandas.
Tandas kat sana pulak takde air, just ade tisu je untuk ngelap2, ye lah
orang kat sana bukan reti basuh pakai air pun. Nasib baik lah kitorang dah ade
spare air mineral, tu pun memang kena berjimat la, sebotol air mineral bukannye
banyak sangat pun. Kalau air dah habis, terpaksa la hulur botol kat bawah
mintak tolong kakak atau mak tolong isikan air kat sink tu. Seksa weiiiii !

Dah tu bukan sorang nak buang air, hampir semua kami 2 family yang
ketinggalan dalam group pakej kami ni nak buang air. Memang lama la
ambik masa semua nak selesai kan. Nasib baik pakcik geng kami tu ade nombor
tour guide tu, so sempatlah kami jumpe sebab tour guide tu, Sumi namanye,
dah hampir tinggalkan kami sebab nunggu lama sangat. Fuhhh.



RUGI SEHARI DAN KEJUTAN CUACA



Oleh sebab awal-awal tu kami ada masalah penerbangan, holiday kami tak cukup
sehari, secara otomatikelinye ade dua tempat yang kami tak sempat pegi.
sedih, sob.. sob.. sob...



*Summer Palace*


Dah la ketinggalan dua tempat, tempat yang first diorang bawak pulak
tempat yang agak extreme. Extreme tu maksudnya terlalu sejuk dan kami dalam
keadaan kurang bersedia. Ye dari awal lagi memang kitorang dah tau cuaca kat
Beijing time tu memang sejuk tapi group kami dibawa ke tempat Summer Palace
kat mane tempat tu terlalu berangin dan angin pulak memang sejuk tahap cipan
kene cirit lahh. Perghhhh dah la baju kurang tebal, memang beku lah.
Yang paling kesian kat anak sdare aku Iris yang baru umur 2 tahun. Memang
betul-betul beku !




GREAT WALL



Sebenarnya tujuan kitorang holiday kat Beijing ni just sebab nak pegi jenguk
Great Wall, di mana salah satu dari 7 keajaiban dunia, dan memang betul-betul


ajaib. Bayangkan binaan yang tinggi dan panjang, dan binaan mereka yang
sejak berabad2 lagi sangat kukuh. Bab Great Wall ni memang aku kagum giler.
















Satu lagi mende yang aku memang kagum giler ialah akrobatik orang cina.




Tempat kami nonton tu macam pentas wayang, tapi akrobatik ni lebih syok
dari wayang. Tubuh yang meliuk-liuk, imbangan tahap kambing berdiri atas


cungkil gigi, dan yang paling kagum bile 5 buah motosikal berpusing2 dalam
sangkar bulat tanpa berlanggar. Fuhhh seram sejuk ~~


SIFAT ORANG CHINA

First aku nak ulas tentang bisnes kat China. Biasanya berlambak-lambak peniaga
tepi jalan yang jual macam-macam, dan kalau taknak beli, memang disarankan lari or
jangan layan dan yang penting, jangan sentuh barang tersebut.

Walaupun tak layan, mak aku dah berapa kali kene kejar di peniaga2 tu.
Aku kira mak aku dah boleh juara marathon kalau bertanding larian
kat mana2 pertandingan sukan nih. Sekali sentuh barang diorang, diorang akan lepaskan
barang tu terus dan otomatikelinye dikire kite beli. Kalau tak, habislahh.
Penyeluk saku pun ramai, kene jage-jage.





Bab komunikasi pulak, kalau pakej aku tak bawak kat tempat biase pelancong
Malaysia datang, memang takleh nak komunikasi langsung. Sebab kebanyakan
tempat yang dibawa tu, diorang boleh speaking dan ade jugak yang boleh cakap
Melayu. Kalau kat tempat lain, alamak memang tergaru-garu siap berkurap lah kepala
sebab nak paham bahasa diorang.



Contohnya ada skali tu aku pegi dekat shopping mall berhampiran tempat aku
nginap, tempat tu aku saje2 je nak jalan ngan family. Aku just nak tanya harga baju
je, baru sebut, "How much?", diorang dah bengong kepale. Tu belum aku kluar
cerita pak pandir dengan sang kancil lagi tu. Alat komunikasi hanyalah kalkulator. sedihh.
sorang ayam, sorang itik, begitulah keadaannye.




Akhir kata, holiday kali ni rase sangat bermakna sebab kitorang dapat pergi
sekeluarga, kecuali kakak sulung ngan family sebab die tengah sarat pregnant. Yelah
bile masing-masing dah besar ni bukan senang nak bercuti ramai-ramai gini.
Pastu bile pulang pulak kitorang dapat ahli keluarga baru pulak, baby Rizqy.
Time tu memang bahagialah. Yang penting perjalanan kami selamat pegi dan pulang.
Itulah saja cerita si katak dan si tapir dari saye yang comel. :)








read more "Holiday ke BEIJING - Part 2 (Ni baru kisah Holiday)"

Tuesday, June 03, 2014



ASSALAMUALAIKUM.

Nampaknye udah lama kok gue enggak update ini blog.
Macam terlalu lama je. sekarang dah bulan Jun 2014, tapi tengok blog archive tadi
last update September 2013, tu pun 2 post je. 9 bulan tak update, ohh sedihh !
 

Ok lah, sempena first update tahun 2014 ni kan, aku nak update pasal diri aku je lah
dulu. Actually banyak benda dah berlaku, tapi kalau nak update sumenye memang jemu la
kan.

Mula-mula nak story pasal Beijing dulu. huishhh panjang ceritanya ni. Bulan November tahun lepas
aku ngan family sepakat nak gi Beijing. Mak ayah adik bradik anak sedare sume pegi, kecuali
family kakak sulung aku sebab time tu die sarat ngandung. Flight domestik dari Terengganu ke KL
bertarikh 16 Nov pukul 4 petang kalau tak silap, kitorang naik MAS. Dan berlaku lah kejadian
yang tak diingini.


FLIGHT DELAY


Mula-mula pukul 4 lebih tu kitorang dah dibenarkan naik flight, tapi lepas siap duduk pakai
tali pinggang sume, kitorang diarahkan turun balik, katanya flight tu dalam proses pembaikian lagi
dan terpaksa delay sementara. Dianggarkan siap pukul 10.30 malam. Alamak lamer pulaklah
kitorang kene tunggu. 


*sabar menunggu*



Lepas tunggu dan tunggu sampailah waktunye tiba, kami still tak dapat
information dan arahan dari pihak2 yang bertanggungjawab. 2 orang wanita yang jage
kaunter dan tukang bagi announcement tu pun sume dah hilang. nak keluar takleh dah bila dah masuk
balai pelepasan tuh. so kitorang ibarat dikurung sebab hanya penumpang yang tinggal saat tu,
staff sorang pun takde, dah lari jauh2.



PENUMPANG MARAH


Bile keadaan macam dah melampau je, slow-slow penumpang bangun. Lepas sorang, sorang
lagi bangun. sume tak senang duduk dah, sampailah 2-3 orang termasuk la ayah aku dan sorang
lagi ayah dari group ke Beijing kami pegi cari staff sana. Suasana masa tu memang dah riuh,
ye lah kami ni macam orang bodo je duk terkurung dalam balai tuh. 




Bila staffnye dah keluar, mak aii
memang kene sembur la ngan penumpang2. Bayangkan flight aku ke Beijing seterusnye pukul 12.25 AM
tapi pukul 11.00 PM tu kitorang still tersekat kat airport KT. Penumpang lain pun ade jugak yang ade penerbangan lain lepas tu. Masa tu kami 2 family memang giler
tahap babun dah. Ayah aku ngan kawan die tu la antara orang yang tergarang kat situ. HA HA.



FLIGHT MASIH DALAM PEMBAIKIAN


Alasan staff-staff tentang kejadian ni ialah flight still dalam pembaikian dan diorang tengah
berusaha import engineer dari KL. Ok kami faham masalah tu tapi takkan la takde alternatif
lain, sebab kami pun ade penerbangan lain jugak. Lagipun bagitahu lah kitorang masalah mereka,
ni diorang diam dengan staffnye lari bersembunyi. sape tak marah !




PENERBANGAN DIBATALKAN


 Lepas sume dah habis marah-marah,
staff dan penumpang sume dah berbincang, akhirnya mereka buat keputusan penerbangan
tersebut DIBATALKAN ! Dan automatik flight kitorang ke Beijing terlepas !



*terpaksa pulang*





warghhhhhh time tu rase nak bunuh je sume orang. Pihak diorang bagitahu penerangan
dijadualkan esok dan diorang akan tanggung penempatan penumpang pada malam tu di
hotel Primula, ok hotel tu hotel yang bertaraf jugaklah. oleh sebab rumah aku ni djekat
sangat je ngan airport, so kitorang balik rumah je lah. 16 November 2013, mengabiskan
waktu di airport dengan sia-sia. Mood kitorang masa tu memang dah campak kat laut,
lari jauh !



COMPLAIN DAN CLAIM


Hari seterusnya, pagi-pagi lagi mak ayah aku pegi complain dengan MAS tuh. Flight kitorang
dijangka pukul 2 kalau tak silap. Segala tiket, flight ke Beijing diorang dah gantikan sume.
Penumpang lain yang terlepas flight terpakse tanggung sendiri sebab diorang tak complain. Kalau yang
complain jugak, diorang pun digantikan.

Penerbangan domestik kitorang naik flight sama, flight yang rosak tu. Memang la dah dibaiki, tapi
keselamatan kitorang tetap kitorang bimbang. Hanya mampu berdoa je lah dalam hati ni. Sebelum
berlepas tu, ayah ngan mak aku sume dah mintak maaf dengan staff yang kitorang duk marah-marah,
ye lah bila keadaan macam tu, kami penumpang memang akan marah, dan diorang sebagai staff pun
panik, tak tahu nak buat ape dah, so bukan salah diorang pun. Diorang cume bekerja, yang salah
pihak atasan tuh. Sebut tentang pihak atasan, malam tu pihak atasan diorang bersembunyi terus.
Kami penumpang ni siap serbu pejabat diorang lagi, tapi tuannye dah lari awal2. Tinggallah orang
bawahan yang tanggung sumenye.


ok, sambung2 ! Sampai je KL, kitorang 2 family disambut oleh pihak Mas dengan
senyuman dan layanan yang paling manis. Flight kitorang ke Beijing berlepas pukul 12.25 AM
jadi banyak waktu lagi untuk kitorang tunggu. so pihak MAS sebagai tanda maaf kepada
kitorang nih, diorang sediakan tempat berehat di HOTEL SAMA-SAMA ! Hotel
yang mewah dan bertaraf tinggi tuu. Then kitorang juga dijemput untuk menikmati dinner
di hotelnye. Makanan ? pergghhhhh memang mewah ler.... HE HE HE.





*melihat kapal terbang berlepas dan mendarat*



Yang paling best skali, time makan tu ade pelayan hensem giler.
Memang syok la aku makan sambil cuci mate. Bile la die nak datang
merisik aku ye.......




*abang-abang aku*




Dan akhirnya kami boleh bercuti dengan gembira walaupun terlepas sehari percutian
kami ke Beijing. kami berdamai ! KEH KEH KEH !


HAJI CHE MAT GHAZALI

Sape Haji Che Mat Ghazali ? ok die lah staff MAS yang handle suasana kelam kabut
dengan memberikan alasan yang sama setiap kali ditanya. Waktu tu semua penumpang
serang die, dan kami tahu die pun panik sebenarnye. Waktu tu memang la marah tapi
lepas kejadian tu, kami rasa kesian pulak. Yelah kalau kita kat tempat die pun, kite mesti
jadi camtu gak, memberikan alasan yang sama dan tak begitu menjawab soalan.


*yang bersongkok tu lah Haji Che Mat Ghazali*


Ayah aku dah pun mintak maaf sume, and guess what ? Lepas insiden tu, ayah aku
ngan Haji Che Mat ni jadi rapat. setiap kali jumpe di airport atau tempat lain skalipun,
mesti bersalam siap peluk2 lagi. tu lah hikmah nye ! 


*Insiden ni tak disengajakan, lepas insiden ni berlaku, MAS layan baik je kami*






read more "Holiday ke BEIJING - Part 1 (Kisah di Airport)"

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget