.

.

Search This Blog

Category

Tuesday, June 03, 2014

Holiday ke BEIJING - Part 1 (Kisah di Airport)



ASSALAMUALAIKUM.

Nampaknye udah lama kok gue enggak update ini blog.
Macam terlalu lama je. sekarang dah bulan Jun 2014, tapi tengok blog archive tadi
last update September 2013, tu pun 2 post je. 9 bulan tak update, ohh sedihh !
 

Ok lah, sempena first update tahun 2014 ni kan, aku nak update pasal diri aku je lah
dulu. Actually banyak benda dah berlaku, tapi kalau nak update sumenye memang jemu la
kan.

Mula-mula nak story pasal Beijing dulu. huishhh panjang ceritanya ni. Bulan November tahun lepas
aku ngan family sepakat nak gi Beijing. Mak ayah adik bradik anak sedare sume pegi, kecuali
family kakak sulung aku sebab time tu die sarat ngandung. Flight domestik dari Terengganu ke KL
bertarikh 16 Nov pukul 4 petang kalau tak silap, kitorang naik MAS. Dan berlaku lah kejadian
yang tak diingini.


FLIGHT DELAY


Mula-mula pukul 4 lebih tu kitorang dah dibenarkan naik flight, tapi lepas siap duduk pakai
tali pinggang sume, kitorang diarahkan turun balik, katanya flight tu dalam proses pembaikian lagi
dan terpaksa delay sementara. Dianggarkan siap pukul 10.30 malam. Alamak lamer pulaklah
kitorang kene tunggu. 


*sabar menunggu*



Lepas tunggu dan tunggu sampailah waktunye tiba, kami still tak dapat
information dan arahan dari pihak2 yang bertanggungjawab. 2 orang wanita yang jage
kaunter dan tukang bagi announcement tu pun sume dah hilang. nak keluar takleh dah bila dah masuk
balai pelepasan tuh. so kitorang ibarat dikurung sebab hanya penumpang yang tinggal saat tu,
staff sorang pun takde, dah lari jauh2.



PENUMPANG MARAH


Bile keadaan macam dah melampau je, slow-slow penumpang bangun. Lepas sorang, sorang
lagi bangun. sume tak senang duduk dah, sampailah 2-3 orang termasuk la ayah aku dan sorang
lagi ayah dari group ke Beijing kami pegi cari staff sana. Suasana masa tu memang dah riuh,
ye lah kami ni macam orang bodo je duk terkurung dalam balai tuh. 




Bila staffnye dah keluar, mak aii
memang kene sembur la ngan penumpang2. Bayangkan flight aku ke Beijing seterusnye pukul 12.25 AM
tapi pukul 11.00 PM tu kitorang still tersekat kat airport KT. Penumpang lain pun ade jugak yang ade penerbangan lain lepas tu. Masa tu kami 2 family memang giler
tahap babun dah. Ayah aku ngan kawan die tu la antara orang yang tergarang kat situ. HA HA.



FLIGHT MASIH DALAM PEMBAIKIAN


Alasan staff-staff tentang kejadian ni ialah flight still dalam pembaikian dan diorang tengah
berusaha import engineer dari KL. Ok kami faham masalah tu tapi takkan la takde alternatif
lain, sebab kami pun ade penerbangan lain jugak. Lagipun bagitahu lah kitorang masalah mereka,
ni diorang diam dengan staffnye lari bersembunyi. sape tak marah !




PENERBANGAN DIBATALKAN


 Lepas sume dah habis marah-marah,
staff dan penumpang sume dah berbincang, akhirnya mereka buat keputusan penerbangan
tersebut DIBATALKAN ! Dan automatik flight kitorang ke Beijing terlepas !



*terpaksa pulang*





warghhhhhh time tu rase nak bunuh je sume orang. Pihak diorang bagitahu penerangan
dijadualkan esok dan diorang akan tanggung penempatan penumpang pada malam tu di
hotel Primula, ok hotel tu hotel yang bertaraf jugaklah. oleh sebab rumah aku ni djekat
sangat je ngan airport, so kitorang balik rumah je lah. 16 November 2013, mengabiskan
waktu di airport dengan sia-sia. Mood kitorang masa tu memang dah campak kat laut,
lari jauh !



COMPLAIN DAN CLAIM


Hari seterusnya, pagi-pagi lagi mak ayah aku pegi complain dengan MAS tuh. Flight kitorang
dijangka pukul 2 kalau tak silap. Segala tiket, flight ke Beijing diorang dah gantikan sume.
Penumpang lain yang terlepas flight terpakse tanggung sendiri sebab diorang tak complain. Kalau yang
complain jugak, diorang pun digantikan.

Penerbangan domestik kitorang naik flight sama, flight yang rosak tu. Memang la dah dibaiki, tapi
keselamatan kitorang tetap kitorang bimbang. Hanya mampu berdoa je lah dalam hati ni. Sebelum
berlepas tu, ayah ngan mak aku sume dah mintak maaf dengan staff yang kitorang duk marah-marah,
ye lah bila keadaan macam tu, kami penumpang memang akan marah, dan diorang sebagai staff pun
panik, tak tahu nak buat ape dah, so bukan salah diorang pun. Diorang cume bekerja, yang salah
pihak atasan tuh. Sebut tentang pihak atasan, malam tu pihak atasan diorang bersembunyi terus.
Kami penumpang ni siap serbu pejabat diorang lagi, tapi tuannye dah lari awal2. Tinggallah orang
bawahan yang tanggung sumenye.


ok, sambung2 ! Sampai je KL, kitorang 2 family disambut oleh pihak Mas dengan
senyuman dan layanan yang paling manis. Flight kitorang ke Beijing berlepas pukul 12.25 AM
jadi banyak waktu lagi untuk kitorang tunggu. so pihak MAS sebagai tanda maaf kepada
kitorang nih, diorang sediakan tempat berehat di HOTEL SAMA-SAMA ! Hotel
yang mewah dan bertaraf tinggi tuu. Then kitorang juga dijemput untuk menikmati dinner
di hotelnye. Makanan ? pergghhhhh memang mewah ler.... HE HE HE.





*melihat kapal terbang berlepas dan mendarat*



Yang paling best skali, time makan tu ade pelayan hensem giler.
Memang syok la aku makan sambil cuci mate. Bile la die nak datang
merisik aku ye.......




*abang-abang aku*




Dan akhirnya kami boleh bercuti dengan gembira walaupun terlepas sehari percutian
kami ke Beijing. kami berdamai ! KEH KEH KEH !


HAJI CHE MAT GHAZALI

Sape Haji Che Mat Ghazali ? ok die lah staff MAS yang handle suasana kelam kabut
dengan memberikan alasan yang sama setiap kali ditanya. Waktu tu semua penumpang
serang die, dan kami tahu die pun panik sebenarnye. Waktu tu memang la marah tapi
lepas kejadian tu, kami rasa kesian pulak. Yelah kalau kita kat tempat die pun, kite mesti
jadi camtu gak, memberikan alasan yang sama dan tak begitu menjawab soalan.


*yang bersongkok tu lah Haji Che Mat Ghazali*


Ayah aku dah pun mintak maaf sume, and guess what ? Lepas insiden tu, ayah aku
ngan Haji Che Mat ni jadi rapat. setiap kali jumpe di airport atau tempat lain skalipun,
mesti bersalam siap peluk2 lagi. tu lah hikmah nye ! 


*Insiden ni tak disengajakan, lepas insiden ni berlaku, MAS layan baik je kami*







- RAJIHAH RAZALI - BOLEH PANGGIL GEE - COMPUTER SCIENCE STUDENT - COMEL - GATAL - SOMBONG - ANNOYING - COLOURFUL - KECIK -

0 comment:

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget