.

.

Search This Blog

Category

Sunday, January 30, 2011


tik tok tik tok. sementara tunggu jam tepat kul 12.30 midnight,
gi minum air lu, makan, beruk berak, dan yang sewaktu dengannye.
ade ape ngan jam 12.30?

haa.. penah tengok citer Shaun the sheep kat Disney Channel?
tiap2 malam pasti aku tengok citer ni. katun ni lain dari katun biase,
ianya katun 3D yang sangat smooth. klakar tu, tak payah cakap,
rase cam nak cabut je perut. 


ye la, sampai ayah aku pun tunggu jugak citer ni. dah kalau
orang tua suka citer katun, memang best la tu. eh, lupe, ayah
aku kan justin bieber, mude lagi la.. haha!


shaun adalah biri2 yang agak bijak, tapi kadang agak gila2.
suka baca komik, dan selalu jadi pembantu anjing, Bitzer.
Bitzer ni penjaga binatang2 ternakan tuan die, biri2, babi,
ayam, itik. 


tiap2 hari dia mesti tick kehadiran binatang2 tersebut,
kononnye binatang2 tu boleh ponteng la. haha. tapi kadang2
Bitzer ni kalau dapat sesuatu, suke jugak die berlagak ngan
geng biri2. jadi ape lagi, ade je la idea2 shaun and the geng
nak kenakan Bitzer.

Shirley pulak, biri-biri gemuk yang suke makan. die jugak biri-biri
yang agak bodoh sedikit. pastu ade anak biri-biri namer die Timmy.
Timmy ni slalu je wat hal, tapi comel. mak timmy pandai menjahit.


diorang ni slalu je kerjasama, mengalahkan wonderpet. kalau ada apa2
masalah, diorang la yang selesaikan. biasanya babi 3 ekor ngan kucing la yang slalu
wat problem, sebab diorang tu musuh biri2. tapi cara-cara diorang
selesai masalah tu, memang lawak giler. lawak pun tak giler camni.





tadi cari yang tajuk 'The big chase', tapi tak jumpe.
takpe la, tajuk ni pun best jugak. kalau tengok aku gelak
sambil guling satu kampung.

so korang, suke tak?




read more "shaun the sheep the best cartoon :)"

aku suke Malique. setiap kali aku dengar lagu Malique,
telinga aku akan cakap, "best jugak lagu ni."
aku bukannye minat rap, sebab bagi aku rap ni macam
lagu membebel, macam baca skrip, tak kreatif langsung.
tapi lain bile Malique rap, sebab rap Malique sangat smooth,
tak kasar dan ada nada die.


lagi satu, aku suke lirik dalam lagu2 Malique. lirik2 die mesti
mempunyai maksud, amat mendalam.

ok, habis citer Malique. aku bukan nak citer pasal Malique pun
dalam entry ni. tapi aku ade terjumpe lagu Malique, tentang
pandangan die terhadap melayu. aku respek giler kat Malique
sebab lirik die memang pedas. tak kasar tapi menusuk kalbu.












read more "oh meLAYU."

Tuesday, January 25, 2011



petang kemaren, ayah aku tunjuk pic kat kakak aku. die tanye,
"cer teke, ni sape eh?"

pastu kakak aku jawab, "Bruce Lee"

ayah : "bukan, ni Rain laaaaa"

jadi dengan serta-merta aku ketawa. tapi slow lagi mase tu.

ayah aku ambik pic lain pulak, tanye kakak aku,

"ni pulok gambor sape?"

kakak: dok tahu gok.

ayah : ala, yang femes sekarang tu, sape, biber?

kakak : justin bieber?

ayah : ha'ah. ye la.

sekali lagi dengan serta merta, bukan setakat gelak, aku siap
mengilai lagi. hak hak hak hak. kalau korang tengok konfem korang
cakap takleh wat bini. ah! lantak la. yang penting aku memang
dah tak tahan sangat sangat sangat nak ketawa.

*same tak?



baru aku tahu, rupe-rupenye aku anak
Justin Bieber. ohhh bangganye..! haha
read more "aku bangga aku anak Justin Bieber"

Monday, January 24, 2011


semalam pegi jalan-jalan. ronda-ronda ngan van suzuki ERV yang kemungkinan
enjin die boleh mati kat tengah jalan sambil pegang baby yang ngade2.
time tu aku pegi bandar, makan, pastu nak pegi umah mak sedara kat Gong badak.

macam biasa, hobi aku lam kete memang suke tengok kiri ngan kanan, tengok
lembu berak, tengok makcik2 beli kuih, tengok abang2 hensem yang solo.
pastu aku ternampak la satu tanah perkuburan. nampak macam ramai orang.


nak cakap ade kematian, macam tak logik, sebab biasanya kalau ade orang mati,
orang ramai lagi, pastu mesti nampak pak imam. ni ade la dalam sepuluh orang.
aku pun intai la kut celah2 pagar die, eh, sumenye pakai uniform sekolah.

kakak aku cakap, "ponteng la tu".
ishh. sampai kat tanah kubur pun diorang nak ponteng. ape nak jadi la
ngan budak-budak zaman sekarang. takde langsung perasaan takut tu.
tak terbayang ke diorang, diorang akan masuk kubur jugak. tengok baju
tu mesti dah terbayang, sebab baju sekolah kaler putih, lebih kurang je
ngan kain kapan.


kalau datang kubur tu semata-mata nak insaf, takpe la. mane tahu kot2
ustaz diorang suruh pegi kubur biar insaf sikit. ni tak, duduk kat kubur
bergelak ketawa sembang perkara2 tak berfaedah. nasib baik diorang 
tak pijak2 kubur.

malu bile aku tengok budak2 melayu perangai hampeh camtu. sikit
pun tak timbul perasaan takut, malah boleh lepak2 sembang bile duk kat kubur.
aku kalau lalu je tepi pagar kubur, dah rase takut. bukan takut hantu, tapi
insaf sebab kite pun bakal duduk kat sane jugak nanti. betapa kerasnye hati
diorang ye, sebab hati aku ni dah keras, tapi masih ade perasaan. tapi diorang
 langsung takde perasaan.

pic: google
read more "kat kubur pun nak ponteng"

buke je inbox tagged,


orang zaman sekarang. terdesak sangat ke?
read more "haishhh"

Sunday, January 23, 2011


kalau korang beli harian metro 23 jan 2011, mesti ade terbaca berita
tentang seorang artis yang tak femes ni.


namer die Nursyella. sape ntah Nursyella ni, aku langsung tak kenal. padan
dah die tak femes pun. tapi tibe-tibe je kuar berita yang die beri keterangan
tentang pakaian seksi die.

tapi, bagi aku jawapan yang dia berikan adalah jawapan yang bodoh.

1. jangan nilai sikap berdasarkan pakaian.
- dah sah2 kau pakai baju seksi nak mampus, mampus pun tak seksi macam
tu, kalau tarik je baju tu terus berbogel, takkan orang nak nilai kau ni
seorang yang sopan lagi alim ataupun merupakan calon2 pilihan bakal mak
mentua.

2. pakai baju ikut kesesuaian majlis
- majlis ape yang sesuai pakai pakaian camtu? sedangkan kelab malam
pun tak sesuai..

3. tak sangka boleh mengundang kontroversi

- dah sah2 kau tu artis, memang orang kaum2 gosip suka keluarkan
cerita pasal 'kesopanan' pakaian kau tu, sebab terlalu dan teramat
'sopan'.

4. “Sebenarnya, saya malas nak layan kontroversi ditimbulkan tetapi semakin saya mendiamkan diri, bermacam pula tuduhan, cacian dan fitnah dilemparkan hingga mengaibkan maruah saya"
- haha. kalau dah pakaian camtu memang dah mengaibkan dan dah takde
maruah pun.


dan memang begitu dunia artis, apabila ada kontroversi, mesti diorang
bagi keterangan dengan jawapan yang amat bodoh sebab taknak ngaku
salah punye pasal. 


read more "jangan nilai peribadi berdasarkan pakaian?"

Friday, January 21, 2011



tadi baru je tengok Raja Lawak season 5. tema minggu ni ialah
tiru gaya artis. dari first week lagi, aku tengok peserta2 raja lawak
musim ni lebih ok dan lawak berbanding musim lepas.

lawak hari ni pun ok jugak. cume aku agak kurang ngan kumpulan
kopi o dan kami.

ok. entri kali ni aku nak citer pasal salah seorang peserta, Man.
aku kenape juri-juri sangat memuji die dalam lawak die hari ni.
kalau korang tengok raja lawak musim 2, dalam tema tiru gaya artis,
syah ade wat persembahan yang lebih kurang je ngan Man buat.

yang bezanya antara dua persembahan ni, syah guna perbuatan
lain, Man guna perbuatan lain. satu lagi artis yang ditiru, tapi cume
eric leong je yang beza. Nasir Bilal khan pun ade dalam lawak syah,
dan ayat 'haaaaa' tu pun asalnye dari syah.




jadi nampak sangat yang Man ni tiru syah. takde la salah dalam
meniru idea sikit2, tapi secara tak langsung Man telah
tunjukkan kelemahan die, tak mampu reka idea sendiri. dah tu,
dapat pujian pulak.

persembahan minggu lepas pun camtu gak. lawak die tu dah lamer
aku bace kat internet, dan bermakna Man ambil idea dari lawak
internet. tak best la camtu, kitorang penonton raja lawak tak dapat
tengok idea freshhhh dari peserta tu sendiri.

jadi sebagai penonton raja lawak, aku tak puas hati.. haha!
read more "kami nak freshhh idea dalam Raja Lawak"

Tuesday, January 18, 2011


jom tengok macam mane rekabentuk motosikal
dari zaman dahulu. menarik tau~

**************************
***********************
*****************************
************************
****************************** 
******************************
****************************
*******************************
******************************
**************************
******************************

read more "revolusi motosikal."


entri lepas aku ade citer pasal outing ngan member. ok, topik kali
ni bukan pasal outing. tapi pasal incident ketike outing.

time kat syahbandar tu, kitorang cari tempat bawah pokok, nak gi
bergambar gitu, maklum la, kitorang ni gila bergambar dan giler glemer
walaupun tak glemer. haha.


mule2 dapat la satu pokok. pastu kat pokok hujung, nampak la 3 couple,
muke pun budak2 lagi, boleh sangat nak buli-buli tu. dah elok2 duk situ,
eh tibe2 die pindah kat pokok depan kitorang. pindah saje takpe la,
ni siap beromen2 depan kitorang, tak pasal2 dapat free show hari tu. nasib
baik dah 18, takpe la 'ter'tengok show 18sx pun.


yang lagi panas hati, muke diorang cam bangga je dapat beromen2 tu.
dah la ramai orang tengok, anak-anak kecik pun ade situ. lepas kitorang
nak blah, kitorang sengaje lalu depan 'budak-budak sekolah' tersebut, tapi
boleh antara diorang tengok aku and the geng ni dengan muka bangga,
"aku la yang ade awek cun lagi hot lagi sporting sebab dapat beromen".
ape kes?

dan sampai sekarang aku nyesal sebab tak snap pic depan2 diorang. baru padan
muka! haha 



*18sx. budak kecik jangan tonton.

read more "anak melayu gini la sikapnye."

Monday, January 17, 2011



sabtu lepas aku ngan member-member aku outing. naik bot penambang
pastu jalan-jalan sekeliling bandar. gi Astaka, Watson, Kasut You, Syahbandar,
Pulau Warisan, Bukit Puteri dan Kedai Buku Banggol. 


penat woo seharian
berjalan. tapi jenis aku ni, tak kesah penat ke tak, asalkan dapat berjalan,
biar jauh pun. pastu bile dah balik umah mule la letih then tido krohh krohh
sambil mimpi abang-abang hensem gitu.


************


*****************


**********************


******************


*******************


************************


********************


***********************


*********************


*wahh ntah pape letak pic ni. takpe, kalau korang meluat
sediakan tangki jamban dulu awal-awal.~

read more "outing~"



mungkin entri kali ni nampak macam agak kebudak-budakan, tapi
takpe la, sebab aku dah geram sangat ngan beberape orang ni.

aku and the geng memang tak ngam ngan budak-budak laki kelas kitorang
dulu. kenape? sebab kitorang tak penah ambik tahu hal diorang. tak penah
nak pandang, tak penah nak sebut namer diorang, tak penah nak cakap atau
sembang ngan diorang. tapi kitorang dapat tahu diorang suke2 hati duk kutuk2
aku and the geng. 


ok, takpe, aku sabar lagi, tak suke la gaduh2 ni. lagipun sekolah
dah nak tamat, tunggu mase je taknak jumpe diorang. lantak la diorang nak kutuk,
aku tak kacau hidup diorang. dose tanggung sendiri.




ingatkan dah abis, tapi baru-baru ni, diorang still cari pasal lagi kat facebook.
aku terbace la komen seseorang kat album member aku, dimane gambar tu adelah
gambar aku. die kutuk2 aku, pastu mesti la ade orang bace. problemnye, aku tak penah
kacau diorang. 


arhhh! panasnye.. aku tak kesah la kalau orang tak suke aku, aku sedar
sape aku, dan aku tahu bukan semua orang sukekan kite. tapi jangan la memalukan
aku bile orang lain bace, dan jangan ajak orang tak suke aku. hampeh.


oleh sebab aku hot-hot sangat, rase cam nak penggal-penggal je kepale die,
aku pun mesej la budak tu kat inbox.


*5 al-nafis tu namer group klas kitorang. nampak sangat takde idea.
bile post kat sane, ramai la member2 die menyampuk, sokong die.
tak gentleman langsung.

*last mengalah. sebabnye, ape yang die cakap kat aku sumenye terkena
kat die balik. 


dah la tibe-tibe alih topik pasal lain. bukan ikhlas sangat
mintak maaf tu, tapi aku trime sebab aku taknak die sibuk2 hal aku.
tapi kalau pasni die cari pasal lagi, siyes aku cakap, ade la yang akan
aku buat kat die.


konon nak ngutuk aku, die tak sedar sebelum budak baru masuk klas
aku dulu, die satu-satunye mangse buli budak laki klas aku, dan ramai
jugak orang yang kutuk die. tak sedar diri betul. si pembuli pun, sama
je, suke kutuk orang. kalau die hensem tahap cipan + otak bijak tahap
gaban, takpe la jugak. ni,,,, tak sanggup aku nak cakap..






so, kalau nak mengate tu, cermin diri dulu.~

read more "panas betul hati ini"

Friday, January 14, 2011



rambut panjang itu rockkkk!
sape stuju?

ramai lelaki yang suka rambut panjang. ade yang buat rambut penyapu,
ade yang wat dreadlock, ade yang kerinting dan ade jugak yang rambut
panjang lurus.

kalau yang rambut panjang lurus tu, kadang-kadang aku menyampah betul
tengok. tapi bukan semua. kenapa menyampah?

aku menyampah kat orang yang pandai simpan rambut tapi tak pandai
jaga. pastu mula la rambut mengerbang dan kusut masai macam orang
asli gitu. mungkin rambut orang asli lebih cantik kot. nampak sangat
selekehnya. dah tau tak pandai jage rambut, potong pendek la, lagi hensem.
kalau rambut panjang camtu, bukannye rock, tapi korok... contoh artis
malaysia yang aku tak suke rambut panjang,

saiful apek.
*aku rase apek lebih hensem klau rambut pendek

tapi bagi yang pandai jage rambut tu, takde la pulak aku menyampah. suke
tengok ade la. respek sebab kaum lelaki lebih pandai jage rambut dari
perempuan macam aku ni.. macam ni la baru rock! contohnye,


edrie hashim.
*fuhh. cantik betul rambut die. macam teknik rebonding.


jadi. kalau nak berambut panjang tu, pandai-pandai la jage. kalau rase
taknak jage, baik masuk hutan join orang asli je.

read more "rambut panjang itu rock?"


ape itu politik? Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk 
sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk 
kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, 
akademik, agama, dan institusi lain.


politik memang la penting dalam sesebuah negara, terutama dalam memilih
pemimpin yang jujur, adil dan sempurna. 


tapi majoriti orang malaysia sekarang, menjadikan politik tu ibarat sesuatu
kumpulan, atau geng, atau sesuatu pertubuhan yang mempunyai pengikut
setia. bukti?




1. mereka suka bergaduh kerana hal remeh


2. terlalu obses ngan warna bendera


3. hanya bertegur sapa ngan orang yang sama parti


4. budak-budak kecik dah tahu ape itu parti politik


5. budak-budak kecik sibuk nak mengundi cume tak sampai
umur je.


6. mereka mengundi sebab parti, bukan sebab sifat seseorang
pemimpin.


7. banyak pengundi hantu ketika pilihanraya


8. selalu muncul dalam tv, gaduh besar-besaran sebab politik








sume ni banyak terdapat dalam pengalaman aku sendiri. teringat masa
darjah satu dulu, ade la seorang member aku tibe-tibe tanye,




"awak PAS ke UMNO?"




haisshh. sepanjang aku hidup mase tu langsung tak penah dengar ape
itu pas ape itu umno. yang aku tau cume air kat kantin mahal, nasi lemak
kat kantin tu ciput.


*yeahh.. aku undi encik katak!




dan kisah kat kampung pulak. famili aku parti ini, orang kampung parti itu.
satu hari abang aku pergi la kat surau kampung. boleh pulak salah seorang
jemaah surau tanye,




"ayah tak marah ke pegi sini?"




astafirullah. surau kan tempat ibadat, bukan tempat politik. sampai
gitu sekali pemikiran diorang.




aku harap orang-orang yang berpolitik ni, pandai membahagi antara
obses kepada sesuatu parti dengan tanggungjawab diorang. jangan sampai
sebab parti, kite abaikan tuntutan islam, iaitu mengeratkan silaturrahim
sesama manusia. islam tak suruh pun kite bermusuh ngan orang yang berlainan
parti.






ni pandangan aku je, ape yang aku perhati selama ni.~

read more "kanak-kanak dah sibuk cakap pasal politik"

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget