ape itu politik? Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk
sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk
kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat,
akademik, agama, dan institusi lain.
politik memang la penting dalam sesebuah negara, terutama dalam memilih
pemimpin yang jujur, adil dan sempurna.
kumpulan, atau geng, atau sesuatu pertubuhan yang mempunyai pengikut
setia. bukti?
1. mereka suka bergaduh kerana hal remeh
2. terlalu obses ngan warna bendera
3. hanya bertegur sapa ngan orang yang sama parti
4. budak-budak kecik dah tahu ape itu parti politik
5. budak-budak kecik sibuk nak mengundi cume tak sampai
umur je.
6. mereka mengundi sebab parti, bukan sebab sifat seseorang
pemimpin.
7. banyak pengundi hantu ketika pilihanraya
8. selalu muncul dalam tv, gaduh besar-besaran sebab politik
sume ni banyak terdapat dalam pengalaman aku sendiri. teringat masa
darjah satu dulu, ade la seorang member aku tibe-tibe tanye,
"awak PAS ke UMNO?"
haisshh. sepanjang aku hidup mase tu langsung tak penah dengar ape
itu pas ape itu umno. yang aku tau cume air kat kantin mahal, nasi lemak
kat kantin tu ciput.
*yeahh.. aku undi encik katak!
dan kisah kat kampung pulak. famili aku parti ini, orang kampung parti itu.
satu hari abang aku pergi la kat surau kampung. boleh pulak salah seorang
jemaah surau tanye,
"ayah tak marah ke pegi sini?"
astafirullah. surau kan tempat ibadat, bukan tempat politik. sampai
gitu sekali pemikiran diorang.
aku harap orang-orang yang berpolitik ni, pandai membahagi antara
obses kepada sesuatu parti dengan tanggungjawab diorang. jangan sampai
sebab parti, kite abaikan tuntutan islam, iaitu mengeratkan silaturrahim
sesama manusia. islam tak suruh pun kite bermusuh ngan orang yang berlainan
parti.
ni pandangan aku je, ape yang aku perhati selama ni.~
0 comment:
Post a Comment