.

.

Search This Blog

Category

Sunday, August 26, 2012




hampir sebulan lebih dah blog ni tak
update2. basi giler dah, lebih basi dari nyor dibiar
sminggu.

ehem. minggu lepas aku dapat request,
ade someone suruh post tentang style untuk lelaki yang
berambut panjang.  maybe takde la panjang sangat, tapi
boleh la dikire panjang. hehe.

antara long haircut style untuk lelaki :



-yang ni hensem-




-untuk yang suka rock2 gitu-


-untuk yang suka curly-




-yang ni ala2 korean-






kadang2 orang lelaki kalau berambut panjang yang berstail
ni, hensem jugak :D



read more "long haircut style untuk lelaki :D"

Sunday, July 22, 2012



walaupun agak lambat sehari, aku tetap nak ucap

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM. :)






read more "happy RAMADHAN and happy fasting :)"

Friday, June 29, 2012




kalau dulu-dulu zaman 60-an, rambut kembang atau dikenali
sebagai rambut afro dijadikan trend yang agak femes. dan sekarang zaman
rambut kembang ni kembali lagi. ramai yang bergaya dengan
rambut kembang sekarang, artis-artis pun ramai. contohnya Hafiz, Johan, Girin
Nidji dan Anas mentor 6.

dan aku pun memang suke ngan jejaka rambut kembang, cool gitu.
heheh. bad taste? i dont care. its a fashion. hahah.


*my lovely BO ! *



ok2. kenapa dengan rambut kembang nih ?

jom usha kelebihan berambut kembang.


1. tak payah beli sikat, sebab beli sikat pun tak boleh sikat gak. jadi,
save money, save energy. (sikat rambut pun gune energy gak,
lagi-lagi kalau rambut dah kembang cenggitu).


2. kalau pegi ke mana-mana yang ada peraturan, korang leh bawak
barang-barang terlarang sebebasnye. takut kena rampas? rambut kan
ada, sorok je la.


3. mop hilang ? jangan bimbang. rambut anda boleh membantu.
gantikan je mop dengan rambut.


4. argghh ! asyik-asyik ade je yang membebel. takyah bimbang,
korang dah ade headphone sendiri, sumbat je rambut tu dalam
lubang telinga. bukan setakat dapat avoid dengar bebelan tu, tapi
dapat krim rambut kaler oren skali.


5. kalau gi tengok wayang, disarankan duk depan skali. konfem
orang belakang tak nampak. mase nye untuk TROLL !


6. ade kutu? dont worry. konfem kutu akan sesat jalan. jadi kutu2
pun tak brani nak masuk dalam rambut tu.


7. nak basuh pinggan tapi span pulak takde. gantikan je ngan
rambut, bukan setakat berguna, malah pinggan lebih bersih
dari biase.


8. kalau jumpe musuh ataupun mengalami peristiwa yang memalukan,
tutup je muke ngan rambut tu. konfem orang takkan nampak.


9. kalau nak kejar penjahat, libas je ngan rambut, konfem terbelit
tangan penjahat tu, sah2 diorang takleh lari.


10. kalau korang ade bini, tentu malam-malam bini korang boleh
putar-putar, main-main ngan rambut sebelum tidur. macam main
ngan bantal busuk tu... mesti bini korang lena tiap2 malam. :D







read more "10 kelebihan berambut kembang"



sihir dan gangguan jin adalah perkara yang digunakan oleh
ramai orang untuk membalas dendam, perasaan dengki dan
untuk menjatuhkan kebahagiaan seseorang.

sejak dari dulu lagi, malah di zaman millenium yang serba
canggih sekarang pun, tabiat menggunakan sihir semakin
menjadi-jadi. kebanyakan mangsa2 sihir tidak menyedari
akan perbuatan tersebut dan merasakan sakit2 yang mereka
alami itu mungkin penyakit biasa.

oleh itu, mari kita ketahui serba sedikit tentang tanda-tanda
gangguan jin.


.TANDA-TANDA GANGGUAN JIN.


TANDA-TANDA BERMULA SERANGAN JIN.

  • pesakit berdebar-debar tanpa sebab. Pesakit mungkin berasa tidak sedap hati ataupun berasa tidak tenteram buat seketika.
  • pesakit dapat merasakan desiran angin yg bergerak pantas sama ada di sebelah telinga atau kedua-dua sekali. kadang-kadang pesakit mungkin dapat berasakan telinganya berdesing.
  • pesakit mendapat lintasan wajah seseorang dalam mindanya secara sepintas lalu. ini tidak berlaku kepada semua pesakit.



TANDA-TANDA JIN CUBA MEMASUKI TUBUH

  • pesakit berasa hujung jari-jemari tangan ataupun kaki seperti dicucuk jarum. Ada pesakit yang dapat menggambarkan seperti rasa terbakar ataupun panas di hujung jari-jemari.
  • pesakit berasa kebas pada anggota tangan, kaki ataupun muka.
  • pesakit berasa sakit pada pinggang, bahu, tengkuk ataupun kepala.
  • pesakit berasa seolah-olah mabuk laut, loya ataupun seperti mahu muntah.
  • sakit perut memulas-mulas ataupun seperti dijerut tali.
  • pesakit berasa seram sejuk ataupun seperti mahu demam.
  • pesakit berasa meremang tengkuk ataupun bulu roma.




TANDA-TANDA PESAKIT DALAM KEADAAN JAGA

  • gejala yang biasa adalah sakit kepala ataupun pening yang berlanjutan ataupun berulang-ulang. Pesakit mengadu sakit itu tidak sembuh dengan memakan ubat dan doktor tidak dapat mengesa punca penyakit yang dihidapinya.
  • malas melakukan ibadat, tidak berminat mendengar perkara agama dan selalu lalai mengingati Allah.
  • berasa sakit-sakit ataupun lenguh-lenguh badan, lemah lesu dan tidak bermotivasi bekerja, berusaha ataupun belajar.
  • sakit belakang, bahu, tengkuk, lutut ataupun sendi-sendi tangan. pesakit juga mengalami rasa sakit yang teruk ketika bangun tidur.
  • terasa sakit dibawah tapak kaki seolah-olah berjalan di atas paku ataupun batu tajam.
  • melihat sesuatu yang menakutkan ketika dalam keadaan seperti bebola api terbang, makhluk ganjil hodoh berwarna hitam, ular hitam, kucing hitam, burung gagak, lalat, langau dan kadang-kadang pesakit terlihat hanya sebahagian tubuh jin seperti kaki ataupun tangan yang berbulu. Ada yang dapat melihat kelibat-kelibat makhluk ataupun benda bergerak yang tidak jelas di dalam rumah yang melintas dihadapan, sisi ataupun belakang.
  • mendengar bisikan, suara yang memanggil nama tanpa melihat orang yang berkata-kata, bunyi cakaran di dinding, bunyi orang berjalan di atas bumbung, mendengar orang berjalan-jalan diluar rumah atau mengetuk pintu tapi tiada orang diluar rumah, dan terdengar dengusan nafas seperti nafas haiwan.
  • tercium bau wangi, bunga-bungaan, bau tahi ataupun sampah dan bau kemenyan yang dapat dihidu secara sebentar saja.
  • mempunyai sakit ketumbuhan, kanser yang sukar diubati.
  • terasa seperti diperhatikan orang ketika bersendirian dan berasa gerun secara tiba-tiba walaupun duduk bersendirian.
  • tidak mampu fokus ketika berfikir di tempat2 tertentu seperti dirumah, pejabat ataupun premis perniagaan. Pesakit mudah berasa resah ataupun berdebar apabila dalam perjalanan menuju ke tempat2 itu.
  • lemah jiwa dan tidak bersemangat untuk hidup. Ada pesakit yang didatangi bisikan-bisikan hasutan supaya membunuh diri.
  • mudah menjadi stress, marah dan panas baran tanpa alasan yang kukuh dan kadangkala membawa kepada perlakuan yang mampu mencederakan orang lain.
  • tidak mampu mengawal emosi. Pesakit sering berasa hiba yang keterlaluan ataupun terlalu sensitif.
  • berasa mengantuk ketika solat, membaca al-Quran ataupun berzikir.
  • mengalami kesukaran mengandung dan sekiranya mengandung sering mengalami keguguran. Keluarnya darah haid yang melebihi tempoh 15 hari dan sering mengalami senggugut yang teruk ketika haid.
  • perempuan yang sedang mengalami haid pada masa yang sama mengalami gangguan jin. 
  • penyakit gila atau dalam bahasa perubatan dikenali sebagai skizofrenia. Pada keadaan ini minda pesakit sudah dikawal sepenuhnya oleh syaitan dan iblis. pesakit tidak mampu membezakan antara alam nyata dan alam ghaib. mereka seperti hidup di alam sendiri dan lebih suka menyendiri. pesakit juga kelihatan bercakap seorang diri.




TANDA-TANDA KETIKA SEDANG TIDUR


  • sukar tidur ataupun tidur yang selalu terganggu dapat memberikan kesan kepada kesihatan pesakit.
  • sering terkejut semasa tidur dan apabila ini berlaku, pesakit berasa cemas, letih, berpeluh-peluh, mengalami degupan jantung yang kencang dan ketakutan.
  • mengalami fenomena seperti ditindih, iaitu pesakit dalam keadaan sedar dan mampu berfikir tetapi tidak boleh bergerak. hati dapat berkata-kata tapi mulut bagai dikunci.
  • mengalami mimpi yang buruk2 dan ia berlaku secara berulang-ulang ataupun bersambung-sambung. 
  • menangis, merintih, ketawa ataupun menjerit-jerit ketika tidur.
  • mengetap-ngetap ataupun berlaga gigi.
  • berdiri dan berjalan ketika tidur.





p/s :     tapi tak sume apabila salah satu keadaan-keadaan di atas berlaku, bermakna korang dah diiktiraf ade gangguan jin.. aku pun ade gak sikit2 keadaan kat atas, tapi alhamdulillah ok lagi, tak bermakna ade gangguan. kadang2 tu sebab tabiat atau habit korang sendiri.




read more "tanda-tanda gangguan jin"

Monday, May 28, 2012






gadis ini sungguh kurang sopan. dengan selambenye die
berbogel depan kamera dengan mimik muke yang bangga.
jeling-jeling kamera gitu. aku post ni pun, sambil tengok,
sambil tutup mate. tak sanggup nak tengok kelakuan die.




budak2  zaman sekarang memang takde langsung perasaan malu.
dah la berbogel, posing maut pulak tu. bile nak insaf. ish ish ish..


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v
v





heheh. seksi kan ?



read more "gadis ini selambe je berbogel"

Thursday, May 17, 2012




aku ade kenal sorang member, dan member aku tu amatlah special.

kenapa ?
sebab die adelah warganegara Brazil. :)

macam mane aku kenal die? ok gini cerita die.


satu hari tu, aku online twitter aku, time tu aku baru je lagi nak berjinak
lam dunia twitter. tiba2 aku ternampak la follower aku bertambah, tapi aku pelik
la sebab aku tengok orang yang follow aku tu macam mat salleh. ingatkan
mamat mane la yang menyamar, maklum la zaman sekarang ramai je
yang perasan orang putih ni.

then lepas tu kitorang bertweet, tapi aku lupe la pulak sape yang mulekan dulu.
lepas kitorang tweet, aku dapat tau la yang dia tu :-


-Stephan Silveira
-Brazilian
-D.O.B = 3rd January 1994


die tu muda setahun dari aku. lepas bertweet, aku add FB die. dan semenjak
tu aku memang rapat dengan Stephan. Stephan seorang yang ramah dan baik
la. ye memang ramai orang cakap, "hati2 la berkawan ngan orang asing, takut
diorang ade niat tak baik."

* i love this pic :) *


tapi aku still tahu berfikir, yang mane baik yang mane buruk. yang mane betul,
yang mana salah. sebab aku dah banyak bersembang ngan die, so aku tahu
la serba sedikit tentang die ni. aku suke berkawan tapi aku still tahu jage diri.


kitorang slalu share pasal khabar masing2, pasal masalah masing2,
kegembiraan masing2, gambar masing2 dan macam2 la. dan dari cerita
die tu, membuatkan aku kenal die ngan lebih rapat. wahh. macam story pasal

kekasih la pulak. eh memang aku nak die jadi kekasih aku pun, tapi dia je tak
sudi. :( hak3.





hari tu penah jugak aku webcam ngan Stephan, mase tu kebetulan kakak
Stephan, Poli  ade sebelah die dan diorang same2 tengok aku sambil

sengih-sengih 2 orang. ngumpat la tu. hehe. tak lame lepas tu, mak die pulak
datang join sebelum ayah dia datang. wahh, dah rase cam artis pulak time tu.
tibe2 pulak rase macam mak die tu nak buat aku ni jadi menantu kesayangan die.
oleh sebab diorang dah pakat satu family nak jadikan aku ni menantu mak die,
jadi aku tahu la die ni iklas. hahahah. (Stephan jangan marah).




maybe aku tak macam sesetengah orang yang ramai member oversea,
sebab aku ni hanya la budak kampung yang tak tahu berbahasa inggeris.
tapi bagaimanapun, aku bangga sebab aku ade member sebaik Stephan
walaupun berbeza agama dan negara. he respect me so i will respect him twice.


* the handsome boy *




p/s : dulu penah je ade orang arab ajak kapel kat Tagged, tapi memang sah2
la aku taknak. haha.





************************************************************************************




i have a friend, and he is my special friend.
why ?


because he is a Brazilian.



how can i know him? ok let me tell about it.




one day, i had online for my Twitter. I am new for Twitter on that time.
suddenly i realized that my follower was increase, but i felt strange because
someone who was follow me looked alike non-malaysian. first i thought that
the boy was disguise, but i was wrong.




then, we were tweet for each other. and after that, i got know that the boy
is :-




- Stephan Silveira
- Brazilian
- D.O.B = 3rd January 1994




he younger than me for 1 year. then, i added him on FB and we were close
since he accept me on FB. Stephan is a friendly and nice person, and i'm
glad to have a friend like him :)




yes, many people says before, "be careful when you be friends with
outsider, maybe they have their own tricks to take our advantage."




but i'm still know how to think about that, either good or bad, either true
or wrong. i had many talks with him, so i know some of his life. i love to make
friends but i'm still know how to take care myself. and i'm believe Stephan is
a good and nice person.









* compare of both photo. we are in the same style. hehe :P *



we always share about our news, our problems, our joys and our photos and
many more. and now, we are so close even though i'm never met him.




we had webcam before, and there was Stephan's sister, Poli beside him at
that time. we talk each other before his mom join us. he introduce me to
his happy family and i'm so glad ! i think his mom want to take me as her
daughter in law. and i want to. haha (opss. Stephan i'm just kidding :D).
BTW, he is so handsome ! haha. :P








maybe i'm not like other people, which is have many outsider's friends,
because i'm just a rustic girl and i can't speak english well.
however, i'm proud because i have a nice friend like Stephan although
we are in a different religion and country. he respect me so i will respect
him twice. :)




***********************************




p/s : aku kena translate ke english sebab Stephan nak baca blog
aku. jadi korang jangan gelak bila engliah aku berterabur. haha.




- Stephan Silveira -










read more "Stephan Silveira :)"

Saturday, May 12, 2012




entri sebelum ni aku ada post pasal pantang larang zaman dulu-dulu.
tapi still ramai tak tahu kenapa sume tu dicipta. adakah memang
betul2 ade pantang larang, atau ade sebabnye.?

ok meh kite bace sebabnye. :-



memanjat pokok betik, nanti burut (besar) batu


anak-anak ditegah sekali memanjat pokok betik sebab batang pokok betik tu tak kuat, jadi kalau panjat, bimbang pokok tu patah pastu kanak2 itu jatuh. oleh itu untuk menjaga keselamatan kanak-kanak itu la timbulnye pantang larang, "tak baik panjat pokok betik, nanti burut batu."

'burut batu' membawa maksud buah kemaluan akan menjadi besar.


memotong kuku waktu malam, dikatakan kuku akan mati


perbuatan ini sangat-sangat ditegah, dikatakan kuku itu akan mati, iaitu hodoh rupanya dan tidak mahu tumbuh lagi. yang sebenarnye di rumah orang melayu di kampung dulu2 hanya pakai pelita je, takdenye lampu2 letrik serbaguna macam sekarang ni.jadi membuang kuku dalam keadaan agak gelap takut akan melukakan jari dan sebagainye.


masuk ke dalam jala, dikatakan badan akan menjadi kurap

jala biasanya tergantung, dan kanak-kanak ditegah bermain di dalamnya, dikatakan badan akan menjadi kurap, atau dapat kudis dan gatal. tetapi maksud sebenarnye untuk menjaga keselamatan benda-benda tu supaya tak koyak atau pecah.


duduk atas bantal, nanti terkena bisul

larangan ini sebenarnye bermaksud hendak menjaga keselamatan bantal tu. sebab bantal kalau selalu diduduk diatasnye mesti bantal tu akan pecah dan keluar kekabunye.


tak boleh melangkah senjata, nanti lanjut batu


senjata2 tajam seperti keris, lembing, kapak, golok, pisau dan sebagainye dilarang melangkah. ini dikatakan lanjut batu. sebenarnye disebalik larangan tu, ditakuti bila tidak berhati-hati melangkah senjata-senjata tajam itu nanti mendapat bahaya luka.




mengintai orang berak, mata jadi bertimbil


bertimbil iaitu bengkak di kelopak mata. yang sebenarnye perbuatan ini adalah sangat buruk dan tak manis. jadi dengan maksud hendak menasihat anak-anak yang nakal dari melakukan perbuatan yang keji ini dikatakan mata bertimbil.




Pulang dari telaga, tak membawa setimba air dikatakan nanti mendapat anak bisu

di kampung-kampung pada zaman dahulu kebanyakan tempat mandi di perigi dan jauh pula dari rumah. mereka berjalan biasanya berkaki ayam. jadi bila balik dari perigi tak membawa air tentulah kotor bila naik keatas rumah.




dilarang bersiul-siul di dalam rumah, nanti akan dinaiki ular

yang sebenarnya perbuatan ini kurang manis. sebab boleh jadi orang tuanya sedang tidur waktu tu setelah melepaskan penat lelah bekerja.






pantang minum air bergayung, nanti akan mendapat anak bermulut luas

sebenarnya bertujuan untuk menjaga kebersihan. bekas mulut kanak-kanak itu terlekat pada gayung itu dan jika mulutnya kurang bersih sudah tentu mulut gayung itu pula menjadi kotor. gayung itu digunakan untuk mencedok air dari tempayan dan kotoran itu akan masuk pula ke dalam air tempayan. 






pantang menyanyi di dapur, nanti mendapat suami tua

anak-anak gadis sangat-sangat dilarang menyanyi di dapur, dikatakan nanti payah mendapat suami atau akan dapat suami tua. sebenarnya disebalik larangan ini bertujuan supaya anak-anak gadis itu tidak lalai dari kerja-kerja dapur yang sedang dibuatnya, kerana kalau asyik menyanyi nanti kemungkinan boleh terlupa akan lauk-lauk yang sedang dimasak itu.




makan tebu di senjakala atau di malam hari dikatakan seperti menghisap darah ibu

zaman dahulu, rumah-rumah hanya lah menggunakan pelita dan bukannya lampu letrik macam sekarang. budak-budak kalau makan tebu tentulah ada sebilah pisau untuk mengupas tebu itu. jadi dalam keadaan gelap begitu, ditakuti pisau itu akan melukai tangan kanak-kanak tersebut.




makan di periuk , nanti bila jadi pengantin muka hitam

kalau seseorang mengambil makanan di periuk dan terus memakannya dengan tidak diisi terlebih dahulu ke dalam pinggan, tentulah kurang elok dan kurang manis dipandang. maka terbitlah rekaan bagi mencegah kelakuan tersebut, "jangan makan dalam periuk, nanti jadi pengantin muka hitam."













read more "tujuan pantang-larang dicipta (lepas ni takyah nak caye sangat pantang larang orang2 tua tu betul2 jadi)"

Thursday, May 10, 2012



penah tak dengar orang-orang tua cakap, "jangan duduk atas bantal,
nanti punggung ada bisul."


sebenarnye banyak pantang larang yang orang2 zaman dulu cipta.
yang kat atas tu salah satu je. biasanye pantang larang tu dicipta 
ade sebabnye, bukannye suka2.  antara sebab pantang larang dicipta :-



1-  tujuan mendidik
2 -  untuk menjaga keselamatan
3 -  kepercayaan tua semata-mata


pantang-larang ni sume bukannye terjadi betul pun, so jangan la percaye
100 percent. macam statement yang kat atas, orang dulu cipta ade la tujuannye.
problemnye masih ramai lagi pemuda-pemudi dan petua-petui yang percaya
ngan pantang-larang gini. bukan ape, kan bila dah percaya sangat, tak pasal2
jadi syirik kan. ye, memang akan jadi syirik.

dan antara list pantang larang zaman dulu2 ialah :-


  • panjat pokok betik, nanti burut batu.
  • melangkah parang, nanti buruk kemaluan (perempuan).
  • kerat kuku malam, pendek umur.
  • tidur pakai baju, nanti digigit lipan.
  • kalau selalu panjat tiang, jadi lambat besar.
  • makan duduk bertenggong, payah dapat rezeki.
  • bawa makanan tidak bertutup, nanti diludah hantu.
  • duduk atas nyiru, nanti jatu ke dalam perigi dalam.
  • kucing jangan dimandi, nanti turun hujan dan ribut.
  • buang najis atas kubur, nanti buruk punggung.
  • makan tidak basuh pinggan, nanti kudis kepala anak.
  • makan nasi mentah, nanti ditumbuhi jerawat.
  • meniup api berdua, nanti salah seorang akan jadi bisu.
  • duduk dalam lesung, nanti kena penyakit buasir.
  • tidur meniarap, lekas mati emak.
  • makan kepala ikan, benak mengaji.
  • orang muda makan kerak nasi, jadi pemalas.
  • makan kepala ayam, susah hendak berkhatan.
  • orang yang belum bersanding jangan makan leher ayam, nanti mengantuk diatas pelamin.
  • kanak2 tidak boleh makan daging lidah, nanti tidak khatam mengaji dan lain2 lagi.
  • makan semasa kepala bergondol, dipercayai lekas mati isteri.
  • mengata-ngata nama buruk sesuatu tempat keramat atau tempat pujaan, nanti mulut jadi herot.
  • bersiul dalam rumah, nanti rumah akan dinaiki oleh ular besar.
  • makan buah kembar, nanti beranak kembar.
  • bergambar bertiga akan lekas mati salah seorang daripadanya.
  • berjalan di waktu senja nanti akan disorok oleh hantu.
  • bersikat malam hari nanti rosak mata.
  • bermain di tengah hujan panas, akan dirasuk oleh hantu dan jadi demam.



sume ni hanyalah kata orang2 tua je pun, takde betulnye. contohnye,
orang2 dulu cakap, "kalau bergambar bertiga, mesti salah seorang akan
mati dan biasanya yang tengah." tapi sejak dulu lagi aku banyak
bergambar bertiga, Alhamdulillah, masih lagi dipanjangkan umur sampai
sekarang.



*contoh gambar bertiga
- my friends : Fiza, Aten, Ana -


nak tahu kenapa sesuatu pantang larang tu dicipta, contohnye
pantang larang mendapat bisul bila duduk atas bantal ? ok tunggu
sambungan entri lepas ni. penat dah nak naip ni. hehe.





read more "pantang larang orang dulu-dulu."

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget