tapi still ramai tak tahu kenapa sume tu dicipta. adakah memang
betul2 ade pantang larang, atau ade sebabnye.?
ok meh kite bace sebabnye. :-
memanjat pokok betik, nanti burut (besar) batu
anak-anak ditegah sekali memanjat pokok betik sebab batang pokok betik tu tak kuat, jadi kalau panjat, bimbang pokok tu patah pastu kanak2 itu jatuh. oleh itu untuk menjaga keselamatan kanak-kanak itu la timbulnye pantang larang, "tak baik panjat pokok betik, nanti burut batu."
'burut batu' membawa maksud buah kemaluan akan menjadi besar.
memotong kuku waktu malam, dikatakan kuku akan mati
perbuatan ini sangat-sangat ditegah, dikatakan kuku itu akan mati, iaitu hodoh rupanya dan tidak mahu tumbuh lagi. yang sebenarnye di rumah orang melayu di kampung dulu2 hanya pakai pelita je, takdenye lampu2 letrik serbaguna macam sekarang ni.jadi membuang kuku dalam keadaan agak gelap takut akan melukakan jari dan sebagainye.
masuk ke dalam jala, dikatakan badan akan menjadi kurap
jala biasanya tergantung, dan kanak-kanak ditegah bermain di dalamnya, dikatakan badan akan menjadi kurap, atau dapat kudis dan gatal. tetapi maksud sebenarnye untuk menjaga keselamatan benda-benda tu supaya tak koyak atau pecah.
duduk atas bantal, nanti terkena bisul
larangan ini sebenarnye bermaksud hendak menjaga keselamatan bantal tu. sebab bantal kalau selalu diduduk diatasnye mesti bantal tu akan pecah dan keluar kekabunye.
tak boleh melangkah senjata, nanti lanjut batu
senjata2 tajam seperti keris, lembing, kapak, golok, pisau dan sebagainye dilarang melangkah. ini dikatakan lanjut batu. sebenarnye disebalik larangan tu, ditakuti bila tidak berhati-hati melangkah senjata-senjata tajam itu nanti mendapat bahaya luka.
mengintai orang berak, mata jadi bertimbil
bertimbil iaitu bengkak di kelopak mata. yang sebenarnye perbuatan ini adalah sangat buruk dan tak manis. jadi dengan maksud hendak menasihat anak-anak yang nakal dari melakukan perbuatan yang keji ini dikatakan mata bertimbil.
Pulang dari telaga, tak membawa setimba air dikatakan nanti mendapat anak bisu
di kampung-kampung pada zaman dahulu kebanyakan tempat mandi di perigi dan jauh pula dari rumah. mereka berjalan biasanya berkaki ayam. jadi bila balik dari perigi tak membawa air tentulah kotor bila naik keatas rumah.
dilarang bersiul-siul di dalam rumah, nanti akan dinaiki ular
yang sebenarnya perbuatan ini kurang manis. sebab boleh jadi orang tuanya sedang tidur waktu tu setelah melepaskan penat lelah bekerja.
pantang minum air bergayung, nanti akan mendapat anak bermulut luas
sebenarnya bertujuan untuk menjaga kebersihan. bekas mulut kanak-kanak itu terlekat pada gayung itu dan jika mulutnya kurang bersih sudah tentu mulut gayung itu pula menjadi kotor. gayung itu digunakan untuk mencedok air dari tempayan dan kotoran itu akan masuk pula ke dalam air tempayan.
pantang menyanyi di dapur, nanti mendapat suami tua
anak-anak gadis sangat-sangat dilarang menyanyi di dapur, dikatakan nanti payah mendapat suami atau akan dapat suami tua. sebenarnya disebalik larangan ini bertujuan supaya anak-anak gadis itu tidak lalai dari kerja-kerja dapur yang sedang dibuatnya, kerana kalau asyik menyanyi nanti kemungkinan boleh terlupa akan lauk-lauk yang sedang dimasak itu.
makan tebu di senjakala atau di malam hari dikatakan seperti menghisap darah ibu
zaman dahulu, rumah-rumah hanya lah menggunakan pelita dan bukannya lampu letrik macam sekarang. budak-budak kalau makan tebu tentulah ada sebilah pisau untuk mengupas tebu itu. jadi dalam keadaan gelap begitu, ditakuti pisau itu akan melukai tangan kanak-kanak tersebut.
makan di periuk , nanti bila jadi pengantin muka hitam
kalau seseorang mengambil makanan di periuk dan terus memakannya dengan tidak diisi terlebih dahulu ke dalam pinggan, tentulah kurang elok dan kurang manis dipandang. maka terbitlah rekaan bagi mencegah kelakuan tersebut, "jangan makan dalam periuk, nanti jadi pengantin muka hitam."
- RAJIHAH RAZALI - BOLEH PANGGIL GEE - COMPUTER SCIENCE STUDENT - COMEL - GATAL - SOMBONG - ANNOYING - COLOURFUL - KECIK -
0 comment:
Post a Comment