.

.

Search This Blog

Category

Saturday, February 26, 2011


kenapa ye, ade lelaki yang
sukekan lelaki,


dan ade perempuan yang sukakan
perempuan.


kenapa wujud perasaan gitu kat
diorang ye? 

syok ke tengok same2 ade janggut,
same2 ade bonjol?

langsung takde daya penarik kalau
diri sendiri dah ada janggut atau bonjol

hishh. tak paham betul. takde klas betul
diorang kan?

dah lamer aku tertanye2 pasal hal ni,
tapi tak berjawab pun.




p/s : takde alasan kalau cakap terlebih hormon. bukannye takleh
kontrol.


*siyes aku geli ngan GAY & LESBIAN.





read more "kenape diorang gay? lesbian?"

salam.

first aku dengar and tengok iklan kat tv yang Jomheboh bakal


berlangsung kat Terengganu pada 25 & 26 Februari, aku rase macam
ade sedikit keterujaan la dalam hati nak pegi. maklum la, Jomheboh
first buat kat Ganu, lagipun aku tengok acara2 kat Jomheboh dalam
tv macam best je.

so aku pun pegi la Jomheboh petang tadi, janji ngan member nak kuar.
jalan punye jalan punye jalan, ape yang aku tengok, banyak orang jual baju,
belon, bola besar, pastu ade la promote produk2 ape ntah. chipsmore, scotts,
horlick and macam2 la.



pastu ade karaoke, demo cara pengubatan islam, shuffle. orang ramai datang,
tapi aku tak rasa banyak benda menarik pun ade kat sane. tak seperti yang
aku bayang pun.

dengan serta mertanye aku rasa yang hairan pulak, kenapa orang suka sangat
pegi Jomheboh? ape yang specialnye? kalau stakat konsert tu,  takde Jomheboh
pun konsert ade jugak. tapi tak tau la kot Jomheboh kat negeri lain menarik, kat
Terengganu ni je kurang menarik. pic pun aku tak ambil, takde mood langsung nak
bergambar, nak ambik gambar suasana kat sana.

nasib baik la ramai orang, dapat gak aku cuci mate intai abang2 hensem,
hilang gak boring aku ni. kalau tak aku rase cam orang bodoh je duk sane.

Jomheboh kat negeri lain menarik ke?






read more "Jomheboh menarik ke?"

Tuesday, February 22, 2011


nak cakap 'padan muka', tak baik pulak sebab melibatkan kematian. tapi
bagi aku, ni lah balasan bila dah buat jahat kat orang. slalu kite dengar dalam
berita, mangsa ragut maut, koma, cacat dan macam-macam. tapi kali ni,
peragut yang maut disebabkan oleh mangsa ragut.

seorang mati serta-merta kat tempat kejadian, sorang lagi parah. yang mati tu,
mati sebab kerandut zakar die pecah dan yang paling tragis, peragut tu mati
dalam longkang, dalam keadaan yang agak menyedihkan.

*peragut yang parah dan peragut yang maut (dalam bulatan)

pada hari yang sama tuhan tunjuk pembalasan kat diorang. dah la diorang ragut
pakai motor curi. mangsa ragut pulak, aku respect sebab die berani. 
tengok muke cam ayu je, tapi ganas tu. 


harap2 pasni takde la dengar kes ragut lagi. dunia dah makin kejam, bila dunia
nak baik semula?


sumber gambar : harian metro


read more "mase untuk peragut pulak mati"

semenjak due menjak ni aku rase macam malas je nak update blog.
ntah virus ape la sibuk masuk lam badan aku ni. BW pun macam malas.
bile nak maju camni?


ok. sekarang kecoh pasal pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang
kemalangan masa berlumba kat Kejohanan Trek Berbasikal Sesi Piala Dunia
2011 Klasik di Manchester Velodrome, Manchester, England.

ketika sedang berlumbe, Azizulhasni terjatuh menyebabkan kayu sepanjang
tujuh inci (kalau tak silap aku) tercucuk dan tembus kat betis beliauuu. tapi
walaupun keadaan gitu, Azizulhasni still boleh mengayuh lagi sampai akhir dan
dapat tempat ketiga.


respect la kat die. kalau orang biasa gamaknye, aku rase maybe dah masuk
emergency awal2, dah out awal2.



selingan;

aku ade jugak kenal 2-3 orang budak beskal ni. yang paling kenal,
Mohd Zamri Salleh. aku panggil die Za. Macam mane aku kenal?
Za ni bekas tunang kakak aku dulu. tapi sekarang kakak aku dah kawen.


Mohd Zamri Salleh (kiri), dan Harrif Salleh (adik zamri)




Fallanie Ali (kiri)


yang ni time aku pegi kenduri kawen Fallanie mase 12 Februari 2011
hari tu.


aku ade jugak kenal adik Fallanie ngan kazen die, tapi diorang lumba beskal
biase je, takde la sampai ke luar negara macam diorang bertiga ni. hmm.
kalau dah anak-beranak join sukan lumbe basikal.....








read more "kayu tercucuk sampai tembus pun boleh mengayuh lagi"

Monday, February 21, 2011


sedang aku syok duk tengok my favourite TV show, rancangan
'so you think you can dance', tibe-tibe mak aku yang tengah duk
kat dapur tu panggil,

"adikkk. cer mari kejapp.. ni, budok koloh adikk masuk brite ehh"

aik? budak skolah aku dulu masuk berita? kes ape ye?


bila aku ke dapur menonton berita tv3, (kat dapur umah aku ade tv),
rupe-rupenye pelajar STPM SMK Ibrahim Fikri 2010 dapat
cemerlang STPM. wahh. bangga sejenak aku. aku nampak la muke cikgu2
aku dulu kat tv. sumenye senyum kambing blake. cikgu Wan NOr, cikgu
MAt Nizar, sume tersenyum bangga. aku pun bangga jugak.

aku tak kenal namer pelajar-pelajar tersebut, tapi muka dia aku cam la.
tak silap aku, duk kelas sebelah aku je.


papehal, tahniah kepada Nursyahirah Mohd Hasry.
sori pic die aku tak jumpe la.


*wahh. macam mane ngan result SPM pulak ye?




read more "budak sekolah aku masuk berita"

Friday, February 18, 2011


kalau laman sosial biasa, mesti orang pakat berebut nak join facebook.
tapi sekarang dah ada Faceblog untuk khas para blogger. temanye warna
pink, dan seakan facebook.

tentang Faceblog ni (aku copy paste je ye);

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.TERIMA KASIH

Edit



so ape lagi, jom la pakat join ramai2.





read more "jom join Faceblog"

pagi ni semangat bangun awal pagi sebab dah plan nak pegi joging.
dah lamer tak joging, tambah pulak sekarang duduk terperap je dalam
umah duk ngadap laptop 24 jam, dah sah2 badan makin naik. tapi aku
timbang baru-baru ni berat aku tak naik2 pun dari dulu. maybe timbang
rosak kot, maklum la, penimbang beli kat din saya mydin.


minggu lepas aku dah joging kat Bukit Besar, tapi aku pegi petang. orang
takde la ramai sangat. lepas jogging je aku ngan mak aku berjalan kaki sepanjang
jambatan Sultan Mahmud, pastu ayah aku ambik kitorang kat Pulau Duyong sebelum
balik.


semalam dah janji ngan member2 kat satu group dalam FB yang aku nak pegi jogging,
time ajak kemain ramai nak ikut, eh bile pegi 2 orang je yang join. hampeh betul.
takpe la, yang penting aku dapat joging. biasanya aku pegi petang, tapi hari ni aku
pegi pagi.


fuhh.. ramai betul orang joging hari ni. jarang aku tengok seramai ni.
yang paling best, ramai pulak abang2 hensem joging naik bukit. aku
pun ape lagi, sepanjang aku joging, asyik dup dap dup dap je jantung aku ni.


biasenye aku naik bukit skali je, tapi hari ni aku rase cam bertenaga semacam je,
so aku naik bukit 2 kali. sorang2 pulak tu, sebab mak ngan ayah serta member aku
sume kat belakang. aku jugak yang gelenyai sangat nak tinggal diorang. tapi takpe,
aku tak kesah sume tu sebab aku dah ade keje sampingan, iaitu mencuci mate, intai
abang2 hensem.


balik tu aku pegi makan kat nasi dagang kat Batu Buruk, eh terserempak ngan



member lamer pulak, latifah. wahh. dapat melepaskan rindu la, (rindu kawan
ye, aku normal lagi).



dan sekarang aku rase cam bertenaga semacam je. minggu depan aku plan
nak joging pulak, naik bukit 2 kali macam hari ni. biar turun 10 kilo gitu.







read more "joging kat Bukit Besar"

korang mungkin lebih berminat berkawan dengan kaum lelaki, mungkin 
bagi korang kaum lelaki ni lebih sporting, lebih senang bergurau kasar2 
sikit, tak sensitif, straight to the point (wahh banyak pulak aku puji lelaki, 
kaum lelaki jangan kembang hidung ye).


macam aku ni, aku lebih suke kawan ngan lelaki. tapi tak bermaksud
aku gatal ye, walaupun memang aku dah ade sifat2 gatal. hak3.
bagi aku lelaki ni lebih senang nak gurau, lebih gila2. maklum la, aku ni suke gurau.
bukannye aku tak suke kawan ngan pompuan, tapi kadang2
pompuan ni sensitif sket. sebab tu pompuan yang satu kepala ngan aku baru btul2
rapat. Yang lain, pandai mengate ja. haha.

so, bagaimana tip korang nak berkawan rapat ngan lelaki? (kalau kekasih tu
lain citer ye. yang tu sile cari cara tip mengorat).

sebenarnye ada cara die untuk bersahabat dengan lelaki. antaranye,


humor;
lelaki ni bebas bergurau, sebab bagi mereka, gurau ni dapat melepaskan
ketensionan atau ketegangan. so kalau korang nak join member2 lelaki, ape
kate korang show sedikit kehumoran korang, berlawak la sikit. mule2 tu
korang mulakan dengan ketawa besar korang bile dengar mereka berlawak.
tapi jangan la besar sangat, kan buruk pulak bile dengarnye. sebab lelaki
ni akan selesa bila berada bersama ngan orang yang mempunyai kadar humor
yang sama ngan diorang.

*aku kadang2 giler2 jugak. kalau aku buat giler, memang giler la jadinye.
haha

berdikari;
sebahagian besar lelaki beranggapan sahabat lelaki akan lebih menghargai bila
korang tunjukan sedikit sifat2 berdikari korang, maknenye jangan la manja2 sangat,
sebab kalau manja2 keterlaluan kadang2 membuatkan orang lelaki ni menyampah.
aku pun menyampah gak. tak salah kalau korang nak manja pun, asalkan berpatutan
dan tak seperti bermanja ngan pakwe korang.

tahu banyak hal;
mungkin korang perlu up to date sket topik2 terkini. maksudnye topik2 yang
berlaku sekarang la, bukannye topik gosip semata2, mekap semata2, shopping
semata2. ye la, bila korang berkumpul dan bersembang, takkan lelaki nak
borak pasal benda2 tersebut? biasanya lelaki akan berasa senang dengan pompuan
yang boleh diajak berbual tentang beberapa topik kesukaannya, seperti olahraga
ke, bola, automotif ataupun muzik.

straight to the point;
bila sahabat korang buat korang sakit hati ke, tak senang duduk ke, kurang
senang ke, just cakap je kat diorang, tak payah nak berkias2 or nak perli2.
relaks sebab lelaki lebih senang dengan individu yang straight to the point.

good listener;
sentiasa jadi pendengar yang baik, tentu la member korang akan rasa
lebih dihargai. kalau aku pun camtu, rasa lebih dihargai bile orang mendengar
story kite. ni kalau kite ngah syok bercerita, tibe member cakap, "apa dia?"
sape tak sakit ati kan.


dan bile korang nak bersahabat ngan lelaki, korang jangan pulak,

mengongkong;
yang ni sape2 pun tak suke. ye la, aku tak penah dengar lagi orang suke
dikongkong. sedangkan kekasih mahupun suami tak suke dikongkong, kalau
setakat nak berkawan, awal2 lagi si pengongkong ni dah kene reject.

*aku pun tak suke dikongkong dan mengongkong.

gosip;
majoriti kaum pompuan suke gosip. kalau orang kampung cakap, "radio buruk".

bagi lelaki, perkara ni adalah sesuatu yan amat boring atau membosankan.
golongan lelaki hanya suka berminat kalau korang ajak berbual topik yang menarik
perhatian diorang. lelaki jugak akan lebih suka kalau korang ajak wat aktiviti cam
olahraga ke,  aktiviti lasak ke. tapi jangan korang ajak merempit pulak.

*aku pun tak suka gosip. 

hobi mengeluh;
asal ade problem je, mengeluh. ade problem je, mengeluh. tak kire la problem
tu sebab sembelit ke, adik tak ajak main ke, ape ke. kalau sesekali korang
share problem korang, mungkin diorang nak bantu lagi, tapi kalau dah berhari2
asyik mengeluh, orang pun bosan.


betul tak kaum lelaki?



entri ini bersumberkan buku REMAJA. so kalau salah tu, aku tak tahu
la. hehe.





read more "cara untuk bersahabat dengan lelaki"

Thursday, February 17, 2011


tadi mase tengah syok dengar lagu soley soley, sambil joget2
sebijik macam abi hurairah (johan) dalam citer 'hantu kak limah balik rumah',


sambil tu jugak aku cari lagu MCR-nanana kat 4shared.

lagu yang aku cari tak jumpa, tapi aku jumpa tajuk lagu yang agak menarik
perhatian aku.

D'masiv ft My Chemical Romance - you bunuh I dengan love mu.






eh, ade ke d'masiv duet MCR? so aku pun download la..



laa.. rupenye die gabung lagu D'masiv - cinta ini membunuhku dengan
MCR - sori i dont love you.

tapi bagi aku, nice jugak. kreatif bagi sape yang merekanya.

kalau korang nak lagu ni jugak, boleh
download sini;






read more "D'masiv ft My Chemical Romance - you bunuh I dengan love mu"

Wednesday, February 16, 2011


tadi masa online facebook, ade sorang member facebook aku
mintak tolong aku edit pic die. lepas tu, member die pulak mintak
tolong, aku kenal pun tak. tapi tak kesah, sebab aku memang suke
wat keje camni, edit pic.

aku ni baru je belajar dalam pengeditan. jeles betul aku tengok
orang yang pandai edit pic, yang dah profesional.
teringin jugak aku jadi macam diorang. banyak je imaginasi
diorang. aku pulak cam kurang je imaginasi, padahal aku ni
suka berangan. *alamak kantoi*



so kali ni aku nak share skit pic yang aku edit untuk member aku.





















ok. stakat tu je la. banyak2 kan korang meluat pulak. aku yang
tukang tulis ni pun dah prepare 5 baldi tahan loya ni.


sile kritik tentang pengeditan aku ni. ye la, orang utan tua2 cakap,
"belajar dari kesilapan",

so kalau ada salah, leh aku baiki.

tapi kalau korang nak puji leh gak. boleh la aku kembangkan
sikit hidung aku ni yang dah sedia mengembang. hahaha.




read more "how's my edit?"

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget