.

.

Search This Blog

Category

Friday, June 29, 2012




kalau dulu-dulu zaman 60-an, rambut kembang atau dikenali
sebagai rambut afro dijadikan trend yang agak femes. dan sekarang zaman
rambut kembang ni kembali lagi. ramai yang bergaya dengan
rambut kembang sekarang, artis-artis pun ramai. contohnya Hafiz, Johan, Girin
Nidji dan Anas mentor 6.

dan aku pun memang suke ngan jejaka rambut kembang, cool gitu.
heheh. bad taste? i dont care. its a fashion. hahah.


*my lovely BO ! *



ok2. kenapa dengan rambut kembang nih ?

jom usha kelebihan berambut kembang.


1. tak payah beli sikat, sebab beli sikat pun tak boleh sikat gak. jadi,
save money, save energy. (sikat rambut pun gune energy gak,
lagi-lagi kalau rambut dah kembang cenggitu).


2. kalau pegi ke mana-mana yang ada peraturan, korang leh bawak
barang-barang terlarang sebebasnye. takut kena rampas? rambut kan
ada, sorok je la.


3. mop hilang ? jangan bimbang. rambut anda boleh membantu.
gantikan je mop dengan rambut.


4. argghh ! asyik-asyik ade je yang membebel. takyah bimbang,
korang dah ade headphone sendiri, sumbat je rambut tu dalam
lubang telinga. bukan setakat dapat avoid dengar bebelan tu, tapi
dapat krim rambut kaler oren skali.


5. kalau gi tengok wayang, disarankan duk depan skali. konfem
orang belakang tak nampak. mase nye untuk TROLL !


6. ade kutu? dont worry. konfem kutu akan sesat jalan. jadi kutu2
pun tak brani nak masuk dalam rambut tu.


7. nak basuh pinggan tapi span pulak takde. gantikan je ngan
rambut, bukan setakat berguna, malah pinggan lebih bersih
dari biase.


8. kalau jumpe musuh ataupun mengalami peristiwa yang memalukan,
tutup je muke ngan rambut tu. konfem orang takkan nampak.


9. kalau nak kejar penjahat, libas je ngan rambut, konfem terbelit
tangan penjahat tu, sah2 diorang takleh lari.


10. kalau korang ade bini, tentu malam-malam bini korang boleh
putar-putar, main-main ngan rambut sebelum tidur. macam main
ngan bantal busuk tu... mesti bini korang lena tiap2 malam. :D







read more "10 kelebihan berambut kembang"



sihir dan gangguan jin adalah perkara yang digunakan oleh
ramai orang untuk membalas dendam, perasaan dengki dan
untuk menjatuhkan kebahagiaan seseorang.

sejak dari dulu lagi, malah di zaman millenium yang serba
canggih sekarang pun, tabiat menggunakan sihir semakin
menjadi-jadi. kebanyakan mangsa2 sihir tidak menyedari
akan perbuatan tersebut dan merasakan sakit2 yang mereka
alami itu mungkin penyakit biasa.

oleh itu, mari kita ketahui serba sedikit tentang tanda-tanda
gangguan jin.


.TANDA-TANDA GANGGUAN JIN.


TANDA-TANDA BERMULA SERANGAN JIN.

  • pesakit berdebar-debar tanpa sebab. Pesakit mungkin berasa tidak sedap hati ataupun berasa tidak tenteram buat seketika.
  • pesakit dapat merasakan desiran angin yg bergerak pantas sama ada di sebelah telinga atau kedua-dua sekali. kadang-kadang pesakit mungkin dapat berasakan telinganya berdesing.
  • pesakit mendapat lintasan wajah seseorang dalam mindanya secara sepintas lalu. ini tidak berlaku kepada semua pesakit.



TANDA-TANDA JIN CUBA MEMASUKI TUBUH

  • pesakit berasa hujung jari-jemari tangan ataupun kaki seperti dicucuk jarum. Ada pesakit yang dapat menggambarkan seperti rasa terbakar ataupun panas di hujung jari-jemari.
  • pesakit berasa kebas pada anggota tangan, kaki ataupun muka.
  • pesakit berasa sakit pada pinggang, bahu, tengkuk ataupun kepala.
  • pesakit berasa seolah-olah mabuk laut, loya ataupun seperti mahu muntah.
  • sakit perut memulas-mulas ataupun seperti dijerut tali.
  • pesakit berasa seram sejuk ataupun seperti mahu demam.
  • pesakit berasa meremang tengkuk ataupun bulu roma.




TANDA-TANDA PESAKIT DALAM KEADAAN JAGA

  • gejala yang biasa adalah sakit kepala ataupun pening yang berlanjutan ataupun berulang-ulang. Pesakit mengadu sakit itu tidak sembuh dengan memakan ubat dan doktor tidak dapat mengesa punca penyakit yang dihidapinya.
  • malas melakukan ibadat, tidak berminat mendengar perkara agama dan selalu lalai mengingati Allah.
  • berasa sakit-sakit ataupun lenguh-lenguh badan, lemah lesu dan tidak bermotivasi bekerja, berusaha ataupun belajar.
  • sakit belakang, bahu, tengkuk, lutut ataupun sendi-sendi tangan. pesakit juga mengalami rasa sakit yang teruk ketika bangun tidur.
  • terasa sakit dibawah tapak kaki seolah-olah berjalan di atas paku ataupun batu tajam.
  • melihat sesuatu yang menakutkan ketika dalam keadaan seperti bebola api terbang, makhluk ganjil hodoh berwarna hitam, ular hitam, kucing hitam, burung gagak, lalat, langau dan kadang-kadang pesakit terlihat hanya sebahagian tubuh jin seperti kaki ataupun tangan yang berbulu. Ada yang dapat melihat kelibat-kelibat makhluk ataupun benda bergerak yang tidak jelas di dalam rumah yang melintas dihadapan, sisi ataupun belakang.
  • mendengar bisikan, suara yang memanggil nama tanpa melihat orang yang berkata-kata, bunyi cakaran di dinding, bunyi orang berjalan di atas bumbung, mendengar orang berjalan-jalan diluar rumah atau mengetuk pintu tapi tiada orang diluar rumah, dan terdengar dengusan nafas seperti nafas haiwan.
  • tercium bau wangi, bunga-bungaan, bau tahi ataupun sampah dan bau kemenyan yang dapat dihidu secara sebentar saja.
  • mempunyai sakit ketumbuhan, kanser yang sukar diubati.
  • terasa seperti diperhatikan orang ketika bersendirian dan berasa gerun secara tiba-tiba walaupun duduk bersendirian.
  • tidak mampu fokus ketika berfikir di tempat2 tertentu seperti dirumah, pejabat ataupun premis perniagaan. Pesakit mudah berasa resah ataupun berdebar apabila dalam perjalanan menuju ke tempat2 itu.
  • lemah jiwa dan tidak bersemangat untuk hidup. Ada pesakit yang didatangi bisikan-bisikan hasutan supaya membunuh diri.
  • mudah menjadi stress, marah dan panas baran tanpa alasan yang kukuh dan kadangkala membawa kepada perlakuan yang mampu mencederakan orang lain.
  • tidak mampu mengawal emosi. Pesakit sering berasa hiba yang keterlaluan ataupun terlalu sensitif.
  • berasa mengantuk ketika solat, membaca al-Quran ataupun berzikir.
  • mengalami kesukaran mengandung dan sekiranya mengandung sering mengalami keguguran. Keluarnya darah haid yang melebihi tempoh 15 hari dan sering mengalami senggugut yang teruk ketika haid.
  • perempuan yang sedang mengalami haid pada masa yang sama mengalami gangguan jin. 
  • penyakit gila atau dalam bahasa perubatan dikenali sebagai skizofrenia. Pada keadaan ini minda pesakit sudah dikawal sepenuhnya oleh syaitan dan iblis. pesakit tidak mampu membezakan antara alam nyata dan alam ghaib. mereka seperti hidup di alam sendiri dan lebih suka menyendiri. pesakit juga kelihatan bercakap seorang diri.




TANDA-TANDA KETIKA SEDANG TIDUR


  • sukar tidur ataupun tidur yang selalu terganggu dapat memberikan kesan kepada kesihatan pesakit.
  • sering terkejut semasa tidur dan apabila ini berlaku, pesakit berasa cemas, letih, berpeluh-peluh, mengalami degupan jantung yang kencang dan ketakutan.
  • mengalami fenomena seperti ditindih, iaitu pesakit dalam keadaan sedar dan mampu berfikir tetapi tidak boleh bergerak. hati dapat berkata-kata tapi mulut bagai dikunci.
  • mengalami mimpi yang buruk2 dan ia berlaku secara berulang-ulang ataupun bersambung-sambung. 
  • menangis, merintih, ketawa ataupun menjerit-jerit ketika tidur.
  • mengetap-ngetap ataupun berlaga gigi.
  • berdiri dan berjalan ketika tidur.





p/s :     tapi tak sume apabila salah satu keadaan-keadaan di atas berlaku, bermakna korang dah diiktiraf ade gangguan jin.. aku pun ade gak sikit2 keadaan kat atas, tapi alhamdulillah ok lagi, tak bermakna ade gangguan. kadang2 tu sebab tabiat atau habit korang sendiri.




read more "tanda-tanda gangguan jin"

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget