.

.

Search This Blog

Category

Thursday, May 27, 2010



Ardi Rizal, baru je umur 2 tahun, nak pakai pampers sendiri pun tak pandai lagi,
tapi dah pandai hisap rokok. dah la hisap rokok, ketagih pulak tu sampai setiap hari
kena hisap 40 batang rokok. kalau tak diberi, Ardi Rizal akan mengamuk. bayangkan
 kalau besar nanti, mesti hati berkulat-kulat, gigi pulak mesti macam dicat hitam ye. 
tapi saya rasa la kan, budak ni tak sempat membesar kot.

Ardi Rizal mula menghisap rokok sejak berumur 18 bulan selepas ayah die
memperkenalkan rokok tu kat die. ish, sanggup ayah die bagi rokok kat budak-budak
yang tak tahu-menahu lagi pasal dunia ni. tengok gayanya duduk atas lori, sebijik macam
samseng. dah nampak masa depan negara macam mana kalau ramai yang macam ni.
nasib baik la kes ni bukan kat Malaysia.
read more "kecik-kecik dah tahu hisap rokok"

Monday, May 24, 2010



korang tengah syok layan perasaan, takpun korang tengah bagi
kamibing makan ke, tengah bergembira bersama katak kesayangan,
tengah buang hajat kat tandas ke, pastu tibe-tibe telefon buruk korang
berbunyi, 'kringgg.. kringg..' (zaman bila ye still bunyi camtu lagi)


korang : hello, hello, anak orang bercakap.

pemanggil : hello awak.

korang : yup, awak nak cakap ngan sape?

pemanggil : saya nak cakap ngan awak la, boleh?

korang : errr.. awak salah nombor kot.

pemanggil : tak la, saya memang nak cakap ngan awak,
nak kenalan boleh?

korang : ape? nak kenalan apanye, saya ni dah ada cucu
dah pun. still nak ngorat saya lagi ke?




pernah tak korang kena kes camni? kadang-kadang,


korang : ni nak cakap ngan sape?

pemanggil : nak cakap ngan Melah. Melah ade tak?

korang : maaflah, salah nombor. Melah takde kat sini.

pemanggil : oh yeke. kalau camtu nak kenalan ngan awak la.



 haa.. ni mesti kes si pemanggil tu nak sangat awek
kot, jadi diorang main tekan-tekan nombor yang dia rasa berkenan, pastu diorang call. 
kalau dah confirm yang diorang bakal dapat girl yang cun-melecun dan muda pulak tu, takpe
la jugak. tapi kalau dapat maknyah yang sebijik macam girl, siap layan pulak tu, ha, padan muka!
hahaha.


semalam lepas makan, telefon mak saya berbunyi. pastu die angkat la, ingatkan si pemanggil tu
salah nombor, sekali nak berkenalan pulak. pastu mak saya cakap, "nak kenalan apenye, saya anak
dah ramai, siap nak dapat cucu dah ni," haaaa.. pastu tak tau la pe citer. malu gamaknye..

.
read more "nak kenalan boleh?"

Friday, May 21, 2010



terengganu catat penagih dadah teramai. 1 daripada 100 orang di negeri ni penagih
dadah. tak sangka aku, negeri terengganu lebih ramai penagih dari Kuala Lumpur.
rasenye dulu terengganu takdela teruk macam ni. tapi aku rase macam tahu je kenapa
terengganu boleh jadi camni. sekarang ni dah heboh yang mungkin ade sindiket pengedar
dadah *tutt tapi orang cakap polis memang tak tahan die. aku pun tak tahu citer ni betul
ke tidak, tapi tak mustahil betul kalau tengok dari segi kekayaan die yang terlampau
kaya.

lagi satu, terengganu ni mungkin jugak mat rempit teramai kot, sebab kalau sekali mat-mat
rempit keluar, beribu-ribu.. memang terlalu ramai.

ape nak jadi la orang melayu sekarang, berlumba-lumba nak jadi top perkara yang tak sepatutnya
top. baik diorang beli sabun top, ade jugak faedahnya. bila la orang melayu nak maju.
read more "terengganu catat penagih dadah teramai"



hari ni nak citer pasal plan aku nak study group. maklum la, exam
dah stat dah, so kena la rajin-rajin. time exam ni la nak tunjuk rajin
sikit, kalau tak exam, alamak bantal dan laptop je la kadi peneman. sebab
tu la sekarang agak jarang mengupdate, sibuk study, study, study walaupun
tak masuk jugak dalam kepala otak. haha.

hari tu aku ngan member-member rancang nak buat study group, ingat nak
study add math dan bio. biasanya yang jadi masalah nak buat study ni, tempat la.
sorang nak buat kat sini, sorang nak buat kat situ. aku ni tak kesah nak buat
mana-mana pun, asalkan tempat tu tak ramai orang dan tak panas sekaligus boleh
menghilangkan panas aku. ye la, kalau dah panas, macam mana nak study, tak
selesa la..

mula-mula nak buat kat surau, sebab member aku si ainul nak sangat study kat
surau, katanya tak panas. so kitorang pegi la surau. tapi bile masuk sane, ish, tak
tertahan aku. hapak betul.. macam mana la surau buleh bau hapak, takde orang
jaga ke? oleh sebab tak jadi buat kat surau, kitorang pindah pulak nak buat kat library.
jalan punyer jalan punya jalan, akhirnya sampai kat library. eh, ramai la pulak orang
kat sana. sekali lagi tak jadi..


last-last kitorang study kat belakang blog pendidikan khas. baru je nak stat buka
buku, kitorang nampak la satu pokok. pokok buah cermai, wahhh.. ape lagi,
kitorang pegi sane, pakat ambik buah cermai.. ade sekali tu, oleh sebab buah die tinggi
sangat, aku panjat je pokok tu.. asal kain tak terselak sudah. tapi tengah panjat tu,
ade jugak aku dengar orang menjerit 'hoiii!'. tapi tak layan. haha. sibuk je die.


last-last, kitorang tak buat study group dah, tapi lunch group.. pakat makan buah
cermai je. 
read more "sambil study sambil makan buah cermai"

cuba anda perhatikan, apa yang pelik kat motor ni?


jawapan : plat motor die.. besar giler tu.. bukan no die je yang besar,
papan die pun besar. tak penah lagi aku tengok plat sebesar ni. 30 km dah 
nampak plat motor ni. agaknye la kan,
tuan punye motor ni takut polis trafik tak nampak kot, tu die pakai plat
besar-besar. sape la tuan punye motor agaknye ye?


read more "besar ye."

Sunday, May 16, 2010



ni kali kedua sy post pasal jenis-jenis orang kat tagged.
hari tu dah post pasal orang yang agak bangang. klik sini . kali ni pun agak
bangang. huhu.


kisahnya begini, seperti biasa, ade saje yang add sebagai friend kat tagged.
sebagai menghargai diorang sebab sudi add saya yang tak seberapa ni,
saya comment la diorang. saya cakap, "hye, thnks add.. :)" wahh.. ayu gitu.


tiba-tiba hari ni saya tengok ade orang comment,




eh mamat ni, kalau die tak request saya, takkan sesuka hati pulak saya nak
comment die. takde mase la, baik saya tolong anak saya bagi kambing makan,
lagi bagus (eh, aku tak kawin lagi).. dah tu pulak, kalau setakat comment "thnks add"
pun 'awek' die nak jeles, baik ko takyah main laman web sosial. ko main je laman
web aku dan dia, special untuk ko 2 orang. (ade ke ha?).. ade ke patut? saya yang tak
tahu menahu, profile dia pun tak ingin nak tengok, tiba-tiba je kene tuduh camtu.


*kesimpulannya : laman web sosial untuk berkenalan, bukan untuk menyerang.

read more "Tagged lagi"

Friday, May 14, 2010



ramai yang menyebut piala thomas sekarang. sini piala thomas, situ piala thomas.
Piala thomas separuh akhir antara Malaysia baru sahaja berlangsung sebentar tadi.

oleh kerana saya pegi bandar, jadi saya tak tengok le siaran langsung piala thomas tersebut.
rugi betul. nak tengok camne aksi-aksi pemain Malaysia. tapi pape hal pun, saya dengar
keputusannya melalui radio HOTfm. Malaysia kalah ngan China. wahh.. sayang betul..

tapi walaubagaimanapun, dah syukur dah, sekurang-kurangnya Malaysia masih kuat, dapat
jugak pegi separuh akhir. Ya saya akui, China memang terror. kalau Malaysia boleh lawan
China, kira hebat la tu. pape hal tahniah untuk Malaysia. takpe, mungkin lain kali diorang mampu
memenangi piala tersebut.


"majulah sukan untuk negara"
read more "Malaysia kalah piala Thomas"

Thursday, May 13, 2010



lagu ni khas untuk golongan2 yang suka buang bayi, walaupun dah buat satu kesalahan 
hamil luar nikah, jangan buat kesalahan lagi, simpan dan jaga la bayi tersebut. ambik teladan
untuk kisah yang lalu..




Kertas Benih Kita



Seketika duka lahir
Penuh keluh kesah
Seharusnya tak kau bencilah hati kita meski
Dia terlahir tanpa pernikahan

Jangan kau sesali apa yang tlah kita lakukan
Usah kau tangisi semua yang tlah terjadi
Karna kamu meminta dariku

Ini benih kita dari cinta yang tercipta untuk kita
Jangan sampai dia terhina hanya karna kita terpisah

Jangan kau sesali apa yang tlah kita lakukan
Usah kau tangisi semua yang telah terjadi

Ini benih kita dari cinta yang tercipta untuk kita
Jangan sampai dia terhina hanya karna ku tak ada

Asal kita menyatu ...
Ini kesalahan kita ...
Yang tak semestinya ...




read more "kertas band - benih kita"


pernah kah korang mengalami;

selama korang hidup, korang tak penah pun ambik tahu atau cari pasal tentang seseorang 
individu atau sekumpulan individu, tapi tiba-tiba je korang dapat tau dia/diorang mengutuk korang?
dah la mengutuk, menyakitkan hati pulak..

ramai jugak manusia-manusia yang berperangai setan pelik macam ni. tujuan diorang, nak cari
kawan, nak bergaul atau nak menarik perhatian dengan mengutuk orang sekeliling. kalau mengutuk
secara bergurau seperti  'minah kampung' sebab die berlakon jadi minah kampung, atau 'cik latah'
sebab die kuat latah, masih boleh diterima lagi. tapi kalau dah membabitkan fizikal, keluarga atau maruah,
ni dah kira melampau tahap babi babun dan tahap cipan dah ni. contohnya dikutuknye kita 'hitam',
'gemuk',  'anak si kudung' atau 'budak sial'. 

diorang mungkin menganggap,  bile dah ade benda yang boleh dijadikan bahan kutukan, diorang
akan dapat geng, bila diorang berkumpul dan borak tentang bahan kutukan mereka.
kenapa perlu mengutuk untuk mendapat perhatian? saya rasa la kan, diorang tu memang terdesak
sangat kot sebab takde orang nak beri perhatian, so terpaksa gune cara ni untuk dapat kawan.
kasihan pulak ye bile terfikirkan tentang diorang. hihihi. tapi,...


masalahnye, nak kutuk pun, agak-agak la ye. sanggup cari, teliti dan perhati setiap orang untuk
dikutuk. kadang-kadang, subjek yang diorang kutuk tu tak betul pun, hanya rekaan semata-mata.
kalau mereka mengutuk sebab dendam atau tak berpuas hati dengan seseorang, ok, saya faham tindakan
diorang tu, sebab saya pun kadang-kadang memang macam tu (saya ngaku saya memang jahat). tapi
kalau mangsa kutukan sendiri pun tak pernah nak kenal dengan suspek pengutuk, ape kes? kalau dengan
mengutuk tu dapat duit ke, rumah ke, kereta ke, dah lama saya join mesyuarat kutuk-mengutuk ni. 
tapi hakikatnya, taik hidung pun tak dapat. perhatian? banyak lagi cara lain. kalau diorang cuba pakai
baju badut sambil menari-nari, dapat jugak perhatian. melalak kuat-kuat pun dapat perhatian. bukan
susah sangat pun sampai perlu sesi mesyuarat kutuk-mengutuk ni. walaupun hanya bermodalkan air
liur, tapi effectnye, diorang tetap dapat kutukan balik. mungkin kutukan tu adalah satu penghargaan untuk
diorang kot.
saya rasa ramai sangat yang spesies macam ni, termasuk la kaum-kaum lelaki classmate saya.

saya dapat tau, ramai jugak rakan-rakan perempuan saya yang tak pernah bercakap pun dengan
diorang, eh tibe-tibe pulak mamat ni dan mamat tu kutuk kaw-kaw, minah ni kepala senget, minah tu
tidur bertemankan air liur basi, minah tu jugak hidung kembang, minah ni blaa blaa blaa. kopi kapal
api pun takde la kaw sampai macam tu sekali. motif diorang mengutuk seperti yang diperkatakan; untuk
mendapatkan perhatian. persoalannya : sempurna sangat ke diorang?


p/s: semua kutukan yang ditulis tu hanya rekaan semata-mata..
read more "perlu ke mengutuk?"

Sunday, May 09, 2010



tak tahu kenapa,
saya suka dengar lagu Twisties mesti mau ni.
lagunya agak nice.
mungkin korang dengar tidak.
tapi papehal, layan je..
jom kite nyanyi samer-samer.




read more "Twisties mesti mau"

Saturday, May 08, 2010



hari ibu makin tiba. so saya nak ucapkan

SELAMAT HARI IBU
kepada semua ibu-ibu, especially my mom,

AIZAN BT ALI.
read more "hepi mother's day"


tengah syok duk menung-menung kat atas katil sambil layan perasaan, ditambah
pulak dengan deringan mp3 dari henpon saya, tibe-tibe je teringat tentang waktu dulu,
dimane saya kuar jalan2 ngan ayah saya berdua. tahun lepas rasanya.


masa tu saya ajak ayah saya pegi batu buruk or syahbandar, sebab ade pertunjukan
band-band sekolah. sekolah saya pon ade join, nak tengok la jugak camne diorang wat
show. time nak pegi tu dah lewat, hampir-hampir pukul 6 petang. saya ajak la sis saya
sorang ni ikut samer. punye la lamer tunggu dia, tup-tup dia cakap taknak pegi sebab mak
saya pun tak pegi. last-last kitorang pegi berdua je, dalam keadaan marah la jugak.

kitorang tak jadi pegi ke destinasi utama, sebab dah merajuk hati dah, lagipun masa tu
memang dah lewat, rasenya show pun dah abis. alang-alang keluar, tambah pulak hati tengah
panas, kitorang pun pegi la jalan-jalan jauh sket, kat kuala berang (kira jauh la tu). jalan-jalan
cari durian (sebab masa tu musim durian), tengok-tengok kampung, tengok pemandangan.
best sangat rasa masa tu, meluangkan masa berdua bersama ayah tersayang. biasanya kalau
nak kuar jalan-jalan, pegi satu family. kalau berdua pun, abis-abis nak pegi beli barang. tapi waktu
tu, memang menyeronokkan, ibarat keluar dengan kekasih, betapa syoknya.. kitorang kuar 
sampai malam, baru balik.

yang tambah best lagi, masa tu sehari lepas besday saya. oleh sebab saya tak dapat tengok
band sekolah saya buat show, tambah pulak geram ngan kakak saya tu, ayah saya bagi duit Rm50,
katanya sebagai hadiah besday. wahhh.. that's my dad. haha..
bila la pulak saya boleh meluangkan masa ngan ayah saya macam hari tu.
miss that moment.



*entri ni saje-saje je, teringat kenangan manis waktu dulu, ape salahnya share kan?

read more "waktu itu..."

Friday, May 07, 2010


kepada sape-sape nak download lagu ost Qalesya ngan ost Adamaya,
boleh download kat sini. hanya klik kat tajuk lagu..




Ada satu yang hilang
Didalam hatiku
Mengusik lara hati
Saat menginginkanmu
Terapi luruh jiwaku
Sejak kau pergi
Dan aku hanya diam
Biarkan kau menghilang
Dan untuk selamanya

Kini haruskah aku sendiri
Tanpamu lagi
Temani aku
Lihat hatiku merintih diri
Menantikan mu
Dalam pelukanku



OST Ada Maya - Yang Terindah.mp3

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah


*saya masih tak tahu sape yang nyanyikan lagu-lagu ni.
read more "OST Qalesya dan Adamaya"


anda ada Tagged? penah main Tagged? kenal dengan Tagged?
Tagged adalah salah satu laman web sosial dan saya adalah salah satu
ahli Tagged. saya memang gemar main Tagged selain Myspace, Facebook
dan lain2.

sebabnye, ahli kat tagged memang ramah, tak macam kat laman sosial lain.
tiap2 hari ade saja yang nak berkawan. tapi ade jugak yang saya tak puas hati
ni. ape ye?



salah satunya ramai jugak yang agak gila s*ks ni. 2 daripada 10 ahli
yang profile die ade gambar-gambar lucah. oii,,,, ni kan laman web umum,
merangkumi sume umur.. gambar kat atas pulak, hadoii.. ade ke mintak
gambar bogel? kalu nak sangat pegi mintak ngan pel***r la.



yang ni pulak, saya tak penah chat, mesej atau comment, tapi tibe2 je
cakap kasar2. ntah pape la mamat ni. sumpah saya memang tak kenal
die. sebenarnya ramai jugak yang spesies macam ni, tapi gambar ni la salah
satu bukti yang saya ada, yang lain malas nak cari.


kesimpulannya, spesies-spesies yang saya sebutkan ni, memang spesies yang bodoh.


read more "member di laman web sosial a.k.a Tagged"

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget