pernah kah korang mengalami;
selama korang hidup, korang tak penah pun ambik tahu atau cari pasal tentang seseorang
individu atau sekumpulan individu, tapi tiba-tiba je korang dapat tau dia/diorang mengutuk korang?
dah la mengutuk, menyakitkan hati pulak..
kawan, nak bergaul atau nak menarik perhatian dengan mengutuk orang sekeliling. kalau mengutuk
secara bergurau seperti 'minah kampung' sebab die berlakon jadi minah kampung, atau 'cik latah'
sebab die kuat latah, masih boleh diterima lagi. tapi kalau dah membabitkan fizikal, keluarga atau maruah,
ni dah kira melampau tahap babi babun dan tahap cipan dah ni. contohnya dikutuknye kita 'hitam',
'gemuk', 'anak si kudung' atau 'budak sial'.
diorang mungkin menganggap, bile dah ade benda yang boleh dijadikan bahan kutukan, diorang
akan dapat geng, bila diorang berkumpul dan borak tentang bahan kutukan mereka.
kenapa perlu mengutuk untuk mendapat perhatian? saya rasa la kan, diorang tu memang terdesak
sangat kot sebab takde orang nak beri perhatian, so terpaksa gune cara ni untuk dapat kawan.
kasihan pulak ye bile terfikirkan tentang diorang. hihihi. tapi,...
. masalahnye, nak kutuk pun, agak-agak la ye. sanggup cari, teliti dan perhati setiap orang untuk
p/s: semua kutukan yang ditulis tu hanya rekaan semata-mata..
dikutuk. kadang-kadang, subjek yang diorang kutuk tu tak betul pun, hanya rekaan semata-mata.
kalau mereka mengutuk sebab dendam atau tak berpuas hati dengan seseorang, ok, saya faham tindakan
diorang tu, sebab saya pun kadang-kadang memang macam tu (saya ngaku saya memang jahat). tapi
kalau mangsa kutukan sendiri pun tak pernah nak kenal dengan suspek pengutuk, ape kes? kalau dengan
mengutuk tu dapat duit ke, rumah ke, kereta ke, dah lama saya join mesyuarat kutuk-mengutuk ni.
tapi hakikatnya, taik hidung pun tak dapat. perhatian? banyak lagi cara lain. kalau diorang cuba pakai
baju badut sambil menari-nari, dapat jugak perhatian. melalak kuat-kuat pun dapat perhatian. bukan
susah sangat pun sampai perlu sesi mesyuarat kutuk-mengutuk ni. walaupun hanya bermodalkan air
liur, tapi effectnye, diorang tetap dapat kutukan balik. mungkin kutukan tu adalah satu penghargaan untuk
diorang kot.
saya rasa ramai sangat yang spesies macam ni, termasuk la kaum-kaum lelaki classmate saya.
saya dapat tau, ramai jugak rakan-rakan perempuan saya yang tak pernah bercakap pun dengan
diorang, eh tibe-tibe pulak mamat ni dan mamat tu kutuk kaw-kaw, minah ni kepala senget, minah tu
tidur bertemankan air liur basi, minah tu jugak hidung kembang, minah ni blaa blaa blaa. kopi kapal
api pun takde la kaw sampai macam tu sekali. motif diorang mengutuk seperti yang diperkatakan; untuk
mendapatkan perhatian. persoalannya : sempurna sangat ke diorang?
0 comment:
Post a Comment