.

.

Search This Blog

Category

Friday, May 21, 2010

sambil study sambil makan buah cermai




hari ni nak citer pasal plan aku nak study group. maklum la, exam
dah stat dah, so kena la rajin-rajin. time exam ni la nak tunjuk rajin
sikit, kalau tak exam, alamak bantal dan laptop je la kadi peneman. sebab
tu la sekarang agak jarang mengupdate, sibuk study, study, study walaupun
tak masuk jugak dalam kepala otak. haha.

hari tu aku ngan member-member rancang nak buat study group, ingat nak
study add math dan bio. biasanya yang jadi masalah nak buat study ni, tempat la.
sorang nak buat kat sini, sorang nak buat kat situ. aku ni tak kesah nak buat
mana-mana pun, asalkan tempat tu tak ramai orang dan tak panas sekaligus boleh
menghilangkan panas aku. ye la, kalau dah panas, macam mana nak study, tak
selesa la..

mula-mula nak buat kat surau, sebab member aku si ainul nak sangat study kat
surau, katanya tak panas. so kitorang pegi la surau. tapi bile masuk sane, ish, tak
tertahan aku. hapak betul.. macam mana la surau buleh bau hapak, takde orang
jaga ke? oleh sebab tak jadi buat kat surau, kitorang pindah pulak nak buat kat library.
jalan punyer jalan punya jalan, akhirnya sampai kat library. eh, ramai la pulak orang
kat sana. sekali lagi tak jadi..


last-last kitorang study kat belakang blog pendidikan khas. baru je nak stat buka
buku, kitorang nampak la satu pokok. pokok buah cermai, wahhh.. ape lagi,
kitorang pegi sane, pakat ambik buah cermai.. ade sekali tu, oleh sebab buah die tinggi
sangat, aku panjat je pokok tu.. asal kain tak terselak sudah. tapi tengah panjat tu,
ade jugak aku dengar orang menjerit 'hoiii!'. tapi tak layan. haha. sibuk je die.


last-last, kitorang tak buat study group dah, tapi lunch group.. pakat makan buah
cermai je. 


- RAJIHAH RAZALI - BOLEH PANGGIL GEE - COMPUTER SCIENCE STUDENT - COMEL - GATAL - SOMBONG - ANNOYING - COLOURFUL - KECIK -

1 comment:

miss hav0c said... at May 21, 2010, 3:46:00 AM

uih sedap tuh cermai lama x makan..jeruk lg best

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget