sudah agak terlewat untuk saya mengepost entri ni, tapi takpe la, nak post jugak.
minggu lepas, kakak kembar saya bertunang. tunang hari jumaat, malam. maknenye malam
sabtu la. alhamdulillah, pertunangan tersebut berjalan lancar. tapi bagaimanapun, ada jugak
perkara yang agak lucu sebelum pertunangan.
~snow white dan 4 orang kerdil. 3 lagi menghilang~
mula-mula hari masa nak beli baju tunang, kakak saya cakap yang tunang dia bagitau
baju tunang tu mak dia dah beli. jadi kitorang pun tak jadi beli la. tup2 masa nak ambil
baju tu, sehari sebelum tunang, mak tunang dia cakap baju tu untuk hantaran. tunang dia salah
faham. jadi kami terpaksa la terburu-buru cari baju, tak tau nak pakai baju pe. mak saya
bagi cadangan, pakai blouse yang dibeli kat langkawi hari tu ngan skirt putih dan inner.
. so kami pegi la cari. skirt putih yang sepadan ngan kakak kembar saya tu, memang susah
nak jumpe. satu hari kitorang pegi cari. last2, jumpa jugak pagi keesokan hari tu a.k.a pagi
sebelum tunang. walaupun baju tu baju last minit, tapi ianya tetap lawa. wahhh. tak sangka ye.
~baju last minute. papepun tetap cantik~
~ saya nampak sungguh gemuk dalam ni dan sume gambar pertunangan..
adekah saya dah makin gemuk? arhh, tidakkk~
.
0 comment:
Post a Comment