.

.

Search This Blog

Category

Wednesday, April 28, 2010


kelmarin time pagi2 time sampai kat sekolah tu, saya terus je letak beg.
oleh sebab saya seorang yang berkaca mata a.k.a rabun, saya terus ambik
cermin mata dalam beg, nak lap2 sikit. sebelum ni pun, cermin mata saya memang
skrunye yang sebatang tu longgar sikit.. dah banyak kali kemas, tapi tetap longgar.
tapi time nak belajar ni pulak la, tibe-tibe skru dia tercabut dan hilang. aisehh..




oleh sebab emergency a.k.a saya kene pkai jugak spek tu sebab mata saya memang
tak nampak, so saya pon baiki secara emergency. cara dia?


.   kebetulan kat kotak pensil tu memang ada pin, saya ambik pin tu, gantikan skru yang hilang,
pstu pusing2 sikit, sampai dah ok..

dalam bulatan : pin.. amacam? ok tak?

bab kata pepatah melayu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. walau ditimpa masalah,
tetap ada jalan penyelesaiaannya.. haha..  
 ..
read more "oh cermin mataku!"

Tuesday, April 27, 2010


tadi terdetik di hati saya nak check salah satu e-mail yang dah lama saya
tak check. kebanyakan e-mail yang terdapat dalam inbox hanyalah e-mail twitter.
tapi tibe-tibe saje saya terpandang dan terbuka satu e-mail yang entah dari sape.




i am Mrs. Bintu Mahmud. Please contact my lawyer Ramli Sariman (barr_ramli_sariman12@gala.net)
for a very important thing ALLAH wants you to do for Him. May ALLAH be with you always.


hairan. sape la yang tibe2 send e-mail sebegitu. dah tu, ade ke die cakap contact peguam
dia sebab ALLAH mahu saya buat sesuatu yang penting? adakah ini salah satu sebaran
ajaran sesat? Astafirullahalazim.. nasib baik saya tak jahil lagi.. kepada sesiapa yang turut dapat
e-mail sebegini, jangan layan dan jangan tunjukkan kejahilan anda.

. .
read more "e-mail ajaran sesat?"




wahh... sekarang betul2 busy. homework berlambak-lambak. nak study lagi,
exam dah dekat. hadoii.

ok. dah terlewat untuk menulis, tapi saya nak tulis jugak. minggu lepas sekolah saya 
ada wat kem untuk pelajar2 elit PMR dan SPM (huh, elit ke??). kem tu stat 23-24 april
kat Sumai Suite Hotel.. pagi2 lagi dah kene bertolak sebab slot pertama stat pukul 8 pagi.

bilik pulak diletakkan mengikut nama. ok, nasib baik saya dapat geng2 yang agak menceriakan
dan sekepala. tapi ade la jugak sorang, yang agak kurang menyenangkan kitorang. saya dapat
bilik 706 kat tingkat 7, iaitu bilik kedua paling tinggi dalam group kami dan bilik perempuan yang
paling tinggi. best woo~ dapat bilik tinggi2. sebenarnye, bukan bilik jugak, tapi apartment. satu
apartmen ade 3 bilik, jadi kitorang leh pilih nak bilik mana satu.


pemandangan dari bilik kami. nampak bot penambang yang popular
kat seberang takir.


belajar pulak, kitorang study dalam dewan yang disediakan. oleh sebab dewan tersebut ber-air-cond
dan saya duduk tepat di bawah aircond dan saya jugak terlupe nak bawak sweater, jadi bayangkan
betapa sejuk dan mengigilnye saya.


pic ni lawak.

bab makan, fuhh.. kerap jugak kitorang disediakan makanan, sampai buncit perut yang
dah sedia membuncit ni.. asyik makan, makan, makan...  malam sebelum tido yang paling best.
kitorang lepak2 kat koridor hotel, sambil sembang2 ngan orang bawah dan orang atas..
dah tu, sebelum tido gosip2 jap, dan yang paling penting, kami sebilik 6 orang, sorang tidur kat
luar, sorang tido atas lantai, dan atas katil 4 orang sekali tido.. waaa.. sempit2.. tapi kami tido
jugak sebab nak buat keje gila sikit. hehehe.


kami nak jadi model tuala

esok tu kami sambung belajar mengikut slot yang ditetapkan. tapi yang paling aku takleh
lupe, mase naik lif on the way nak naik bilik, ade la 2 orang lelaki ni, mule2 die tanya sekolah
mane. pastu salah seorang dari lelaki tu tibe2 cakap, "eh, aku rase macam nak kentut je, tapi
takleh la, kan bau pulak," kawan die pon jawab, "nanti keluar kan kau kentut la.." dah la kuat die
cakap, ish, selambe ayam die je cakap nak kentut depan kami kaum perempuan ni. hahaha.


saya suka tengok kampung sebegini..

dan yang paling takleh lupe jugak, ade rakan-rakan kem tersekat dalam lif sebab ramai
sangat yang naik.. hahaha.. nasib baik leh keluar..

tapi pape pun, ianya adalah kem yang agak best dan tak boring serta saya lebih
bersemangat belajar sebab belajar dalam aircond.


jalan depan Sumai suite hotel..
read more "kem di Sumai Suite Hotel"

Thursday, April 22, 2010




kepada wanita dan gadis,
agak-agak korang le, nak beli tak scarf camni?

read more "new scarf"



contoh 1:

nma:: dirahsiakn

die brumor 3 taon

die x de MULUT n MATA

die niwh da meninggal dunia

sesiape yg da bce..

tp x forwardkan...

mlm nie die akn dtg

sbelah katil anda

dan memperhatikan anda

dia juga akn berada di syiling

untok memperhatikan anda'

jika x percaya

kisah ini berlaku pd 29hb6 taon 1914

ade sesetengah org

yg tlah mati trkjot krana

tidak mempercyai

msg ini da memadamnya

org pertama

adalah kekasih anda...

dan seterusnya..

akn hilang perlahan lahan

dlm msa 24 jam

forwardkan msg niwh kepada 24 org

keluarga anda tdk akn d'gngu

slepas 10 ary

org yg anda ska akn menyukai anda

maafkan sy~~

sy jga tlah d'paksa forward msj ny

***************************************************

contoh 2:

Ada seorang budak kecil yang tinggal di sebuah rumah usang.Yang tidak mempunyai ibubapa atau pun salah seorang ahli keluarga...pada suatu hari,budak tersebut telah terjumpa sebuah laptop yang masih elok untuk di guna....budak tersebut mengambil laptop tersebut dan masuk kedalam rumahnya semula.dia mendapati bahawa ada email yang masih belum dibaca oleh tuan laptop itu...budak itu tidak menghiraukan messege tersebut mala dibuang...budak itu pun 'SIGN UP' dirinya ke dalam "YAHOO" tersebut....beberapa hari kemudian,budak tersebut pun membuka emailnya...dia telah mendapati bahawa ada email yang sama seperti yang tuan laptop itu...dia juga tidak mengendahkan messege tersebut malah dibuang juga...keesokkan hari...dia telah didapati mati dalam keadaan yang sangat teruk...polis yang mengsiasat kes itu telah mendapati bahawa budak itu telah pun memiliki sebuah laptop...polis tersebut pun telah tahu apa kejadian sebenarnya...isterinya juga mati akibat kejadian membuang messenge tanpa mengfowardkan ke kawan-kawannya...budak tersebut telah di tikam oleh benda yang sangat tajam tetapi bukan pisau....ini adalah kisah benar...


Fowardkan messege ini kepada 20 orang kawan...Jika tidak...malam ini juga saya akan menemani kamu dan membuat perkara yang sepatutnya...saya akan mengopek-gopek kulit kamu jika tidak mengfowarkan messege ini....

WARNING!!!

Ini bukan messege yang dimain-mainkan....semua hantu ini adalah benar....ia akan menjelma malam in jika anda tidak melakukan tugas ini...

Fowardkan balik messege ini kepada saya walaupun saya yang menghantar messege ini kepada anda...INI ADALAH UNTUK KESELAMATAN... saya pun telah dipaksa!! mnx maaf
*************************************************


pernah tak anda dapat message2 seperti ni? sama ada anda memperoleh dari laman-laman
web sosial seperti Tagged atau Myspace dan sms dari handphone. dua contoh ni je saya buleh
letak kat sini, sebab dah merata cari, tapi tak jumpa. tapi kalau tak cari, banyak pulak jumpa. 
kadang-kadang tu, geram jugak bile ade orang text mesej2 macam ni. kadang2 tu mesej diorang
mengandungi isi "kalau anda tak forward kepada blaa..blaa.. orang, anda akan mendapat 
bala/musibah/nasib yang buruk dan sebagainya selama blaa..bla.. tahun". dah la cakap dapat
bala, bertahun-tahun pulak. mana la diorang tahu semua tu, sedangkan bala dan takdir Allah yang
tentukan.


seperti contoh yang saya paparkan, diorang cakap kalau tak forward, kita akan mati atau
seumpamanya. bila saya dapat je mesej macam tu, saya terus delete dari inbox telefon dan
buat bodoh je kalau dapat kat tagged/myspace. Alhamdulillah, saya masih hidup dan tiada
siapa yang mengganggu saya setakat ni walaupun mesej yang saya dapat tu dah berkurun-kurun
lamanya.


saya hairan apa tujuan pencipta-pencipta surat berantai sebegini. adakah mereka akan hidup
senang? ataupun dapat duit? ataupun masuk syurga? Wallahualam.

jadi kepada sape2 yang bile dapat mesej macam tu je, terus panik dan cepat-cepat forward
sebab takut ugutan tersebut benar-benar berlaku, jangan perbodohkan diri anda.
kita tak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. kalau anda percaya ngan mesej2


sebegini, silap-silap jadi syirik pulak. dosa tuu..
.
read more "surat berantai a.k.a chain letter"


lama tak update blog ni, kerinduan mule terasa. bukan taknak update,
tapi saya busy akhir2 ni, so takde masa sangat nak update. Tiap2 hari saya
online tapi tak kesempatan jugak nak tulis entry2 baru.

kelmarin masa waktu sekolah hampir2 tamat, ada announcement yang
minta semua pelajar form 5 pegi dewan aspura, katanya ada ceramah sempena
jelajah 1Malaysia, atau lebih kurang macam tu la.. yang syoknya, salah satu penaja
program tersebut ialah celcom, dan diakhir ceramah tu, kitorang bakal diberi
started pack S.O.X celcom percuma.


seperti yang sedia maklum, sape2 yang dah pakai S.O.X tu, hanya boleh pakai
satu nombor je, sebab ianya hanya boleh didaftar atas satu kad pengenalan. dan saya
pun memang dah sedia ada nombor S.O.X. tapi sebelum tu, cikgu ade announce,
diorang tak minta I/C pun. kitorang pon boleh nak ambik starter pack 2-3 keping, bagi
hadiah kat kawan ke, ape ke. jadi, walaupun saya dah takleh daftar S.O.X, ingat
nak ambik la jugak sekeping.


die announce suruh berkumpul pukul 1.30, tapi pukul 2 lebih baru stat. cikgu cakap
ceramah kejap je, dalam 30 minit atau sejam. tapi penceramah die cakap, 2 jam, maknenye
habis dalam pukul 4 atau 4.30. aduss.. lamernye..

last2 lepas setengah jam dan lebih penceramah itu memberikan ceramah mengantuknya,
dia cakap, "awak semua boleh ambik starter pack percuma, yang ade I/C boleh ambik hari
ni, yang tak bawak I/C hantar borang pendaftaran esok. yang dah ade, tak boleh ambik dah,"
aisehh... sakit hati betul.. last2, saya keluar je dari dewan time orang ceramah. saya bukannye
buleh pun starter pack tu, lagipun saya ada masalah peribadi sikit, jadi tak payah buang masa
lama2 dengar ceramah.

ape2 hal, sebagai mewakili siapa2 yang dapat starter pack percuma, saya sangat gembira
sebab bukan senang nak dapat starter pack free kat SEKOLAH. dan tahniah jugak pada
korang yang dapat ye.
.
read more "starter pack S.O.X"

Monday, April 19, 2010


kalau diperhati sekeliling, ramai yang demam sejak akhir2 ni. orang
sekeliling saya sendiri juga ramai yang demam, adik saya dan kawan2
terdekat saya. jom kita tengok apa itu demam.



Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit
lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai
penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37°C, jika melebihi
tahap ini korang akan disahkan demam.


Penyebab Demam
• Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga,
cirit birit, denggi, dan HIV. terbaru, H1N1 atau dikenali sebagai selsema babi khinzir.
• Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia),
batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)
• Demam malaria
• Penyakit sendi
• Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
• Barah

Rawatan

• Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan
• Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam
badan.
• Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
• Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.
• Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
• Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
• Anda juga boleh pakai baju seminima mungkin, dan berehat di bawah kipas yang
berpusing laju tanpa selimut. Kaedah ini untuk menyejukkan suhu badan anda.
• Seperti cara rawatan yang memang diamalkan oleh kita, letakkan kain basah di atas
dahi, ketiakdan badan.

Bila Perlu Berjumpa Doktor?
Jika anda mempunyai gejala yang serius :
• Jika suhu badan melebihi 39°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
• Baru pulang dari perjalanan luar Negara.
• Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakitsakit
sendi, atau bengkak-bengkak badan
• Sakit perut, mata atau tulang pipi.
• Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
• Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
• Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
• Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
• Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
• Demam berkaitan dengan kecederaan

Pencegahan
• Elakkan dari mendekati seseorang yang sedang demam
• Mengamalkan kebersihan .
• Ambil diet yang seimbang dan sihat.

Bagaimana Mengukur Suhu Badan?
• Untuk memastikan adakan anda demam, gunakan jangkasuhu klinik, yang sesuai dari
farmasi untuk mengukur suhu badan.
• Basuh jangkasuhu badan (termometer) dengan sabun, terutamanya kawasan bulat
yang dimasukkan ke dalam mulut.
• Goncangkan termometer untuk memastikan tahap merkuri bawah dari 35°C.
• Letakkan termometer di bawah lidah atau lengan.
• Alihkan termometer selepas 4 minit di bawah lidah dan 5 minit di bawah lengan. (jika
suhu diambil di bawah lengan, tambahkan 0.5°C untuk suhu badan luaran yang
rendah).
• Ambil bacaan setelah tahap merkuri berhenti.




salah satu faktor demam juga mungkin akibat cuaca panas di negara kita yang semakin
menjadi-jadi. mungkin terlalu banyak pembalakan dan kemusnahan alam semulajadi, pokok2
menyebabkan global warming. saya rasa, dulu2 juga mengalami musim panas, tetapi
takde la terlampau panas macam sekarang. tu la, kerajaan pun dah wat kempen Earth Hour,
nak kurangkan global warming, sekurang-kurangnya ade jugak usaha, tapi taknak kerjasama,
ha, tanggung la.. (ish, saya cakap kat saya sendiri ye.)


*sekarang perlu berhati-hati sebab H1N1 gelombang kedua kembali menular. amalkan cara
hidup yang sihat. renung-renungkan dan selamat beramal...~.
read more "demam oh demam"

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget