.

.

Search This Blog

Category

Tuesday, April 27, 2010

kem di Sumai Suite Hotel





wahh... sekarang betul2 busy. homework berlambak-lambak. nak study lagi,
exam dah dekat. hadoii.

ok. dah terlewat untuk menulis, tapi saya nak tulis jugak. minggu lepas sekolah saya 
ada wat kem untuk pelajar2 elit PMR dan SPM (huh, elit ke??). kem tu stat 23-24 april
kat Sumai Suite Hotel.. pagi2 lagi dah kene bertolak sebab slot pertama stat pukul 8 pagi.

bilik pulak diletakkan mengikut nama. ok, nasib baik saya dapat geng2 yang agak menceriakan
dan sekepala. tapi ade la jugak sorang, yang agak kurang menyenangkan kitorang. saya dapat
bilik 706 kat tingkat 7, iaitu bilik kedua paling tinggi dalam group kami dan bilik perempuan yang
paling tinggi. best woo~ dapat bilik tinggi2. sebenarnye, bukan bilik jugak, tapi apartment. satu
apartmen ade 3 bilik, jadi kitorang leh pilih nak bilik mana satu.


pemandangan dari bilik kami. nampak bot penambang yang popular
kat seberang takir.


belajar pulak, kitorang study dalam dewan yang disediakan. oleh sebab dewan tersebut ber-air-cond
dan saya duduk tepat di bawah aircond dan saya jugak terlupe nak bawak sweater, jadi bayangkan
betapa sejuk dan mengigilnye saya.


pic ni lawak.

bab makan, fuhh.. kerap jugak kitorang disediakan makanan, sampai buncit perut yang
dah sedia membuncit ni.. asyik makan, makan, makan...  malam sebelum tido yang paling best.
kitorang lepak2 kat koridor hotel, sambil sembang2 ngan orang bawah dan orang atas..
dah tu, sebelum tido gosip2 jap, dan yang paling penting, kami sebilik 6 orang, sorang tidur kat
luar, sorang tido atas lantai, dan atas katil 4 orang sekali tido.. waaa.. sempit2.. tapi kami tido
jugak sebab nak buat keje gila sikit. hehehe.


kami nak jadi model tuala

esok tu kami sambung belajar mengikut slot yang ditetapkan. tapi yang paling aku takleh
lupe, mase naik lif on the way nak naik bilik, ade la 2 orang lelaki ni, mule2 die tanya sekolah
mane. pastu salah seorang dari lelaki tu tibe2 cakap, "eh, aku rase macam nak kentut je, tapi
takleh la, kan bau pulak," kawan die pon jawab, "nanti keluar kan kau kentut la.." dah la kuat die
cakap, ish, selambe ayam die je cakap nak kentut depan kami kaum perempuan ni. hahaha.


saya suka tengok kampung sebegini..

dan yang paling takleh lupe jugak, ade rakan-rakan kem tersekat dalam lif sebab ramai
sangat yang naik.. hahaha.. nasib baik leh keluar..

tapi pape pun, ianya adalah kem yang agak best dan tak boring serta saya lebih
bersemangat belajar sebab belajar dalam aircond.


jalan depan Sumai suite hotel..


- RAJIHAH RAZALI - BOLEH PANGGIL GEE - COMPUTER SCIENCE STUDENT - COMEL - GATAL - SOMBONG - ANNOYING - COLOURFUL - KECIK -

0 comment:

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget