hari khamis, 1 april 2010, gee ade join kem sehari
bersama PBSM, yang memerlukan peserta-peserta tido
sehari sahaja kat sekolah. program tersebut bermula dari
pukul 6 petang khamis hingga 4.30 petang jumaat.
aktiviti pertama bermula pukul tepat 8.00 malam, kami
dibahagikan kepada beberapa kumpulan. kumpulan gee ade
6 orang ahli, 2 orang form 5, gee ngan iffah, pastu yang lain
sumenye form 1 dan form 2. iffah jadi ketua dan gee jadi penolong.
aktiviti pertama, kami dikehendaki membakar ayam. sorang gi
ambik ayam, sorang ambik buluh, 3 orang hidupkan api dan sorang
lagi cari batu-bata. ayam yang dibakar tu kena gaul ngan rempah dulu,
pastu dikepit ngan buluh atau disula/dicucuk ngan buluh. agak lama jugak
la ayam tu nak boleh masak, maklum la, separuh ayam. dah la kitorang cucuk
tak betol, sayap ayam asyik jatuh je. hangus pon ade jugak. tapi last-last,
walaupun hangus dan cacat ayam kitorang tu, ramai jugak yang puji best. hehe.
lepas je makan, iffah sakit pulak, so gee terpakse la handle budak-budak group
kitorang.
seterusnya, kitorang dikehendaki membentang tugas yang diberikan oleh
AJK. dah la gee sorang je yang kene present, siap kene 'mapuh' pulak oleh
budak-budak penonton. tapi bukan group aku je, sume group kene camtu.
then, aktiviti yang kena lalu ikut tali, cara-cara rawatan kecemasan dan
mencari check point. kalau ikut jadual, kitorang habis aktiviti jam 4 pagi, baru
boleh tido dan dikehendaki bangun pukul 5 pagi. tapi dengar khabar, cikgu
zul marah, so terpaksa la stop serta-merta, waktu tu jam 3 pagi. Ichu,
pengerusi kitorang habis mengamuk (marah-marah je, takde la sampai macam
orang gile). selain tu, ade orang yang terkena 'cina buta', iaitu ternampak 'benda'.
habis die nangis-nangis.
kami bangun pukul 6 pagi, dan pukul 7 pagi ade senaman. lepas tu kami bermain
kotak beracun. pagi ni, peserta-peserta muhibbah datang (aktiviti bersama kami,
tetapi diorang tak tidur kat sekolah). kami diberikan group baru, yang mane group
ni lebih best dari group yang sebelumnya, sebab paling muda form 3, matured la
sikit. hehe. ketua die, lokman dan penolong, syamim (betol ke tak eja nama die ni).
aktiviti pertama, buat meja dengan buluh. abis sakit tangan sebab tarik tali kuat,
kalau tarik slow-slow, tak kuat pulak. tapi kami tak dapat tiang die la, sebab buluh
tak cukup.
aktiviti kedua, kene bakar telur dalam tanah, pastu bakar ikan kering atasnye.
ikan kering kami best la jugak, tapi telur semuanya tak masak. sebiji je yang separuh
masak, jadi lokman yang makan.
aktiviti seterusnya pulak, kami dikehendaki menyampaikan mesej. sume mesej
kami sampaikan, tak betol. so, dapat 0 markah. haha.
pukul 4.30, bersurai.
*gambar tak ada, sebab henset kami kene pegang oleh AJK. huhu
0 comment:
Post a Comment