kalau diperhati sekeliling, ramai yang demam sejak akhir2 ni. orang
sekeliling saya sendiri juga ramai yang demam, adik saya dan kawan2
terdekat saya. jom kita tengok apa itu demam.
Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit
lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai
penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37°C, jika melebihi
tahap ini korang akan disahkan demam.
• Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga,
cirit birit, denggi, dan HIV. terbaru, H1N1 atau dikenali sebagai selsema babi khinzir.
• Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia),
batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)
• Demam malaria
• Penyakit sendi
• Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
• Barah
. Rawatan
• Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan
• Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam
badan.
• Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
• Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.
• Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
• Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
• Anda juga boleh pakai baju seminima mungkin, dan berehat di bawah kipas yang
berpusing laju tanpa selimut. Kaedah ini untuk menyejukkan suhu badan anda.
• Seperti cara rawatan yang memang diamalkan oleh kita, letakkan kain basah di atas
dahi, ketiakdan badan.
Bila Perlu Berjumpa Doktor?
Jika anda mempunyai gejala yang serius :
• Jika suhu badan melebihi 39°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
• Baru pulang dari perjalanan luar Negara.
• Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakitsakit
sendi, atau bengkak-bengkak badan
• Sakit perut, mata atau tulang pipi.
• Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
• Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
• Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
• Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
• Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
• Demam berkaitan dengan kecederaan
Pencegahan
• Elakkan dari mendekati seseorang yang sedang demam
• Mengamalkan kebersihan .
• Ambil diet yang seimbang dan sihat.
Bagaimana Mengukur Suhu Badan?
• Untuk memastikan adakan anda demam, gunakan jangkasuhu klinik, yang sesuai dari
farmasi untuk mengukur suhu badan.
• Basuh jangkasuhu badan (termometer) dengan sabun, terutamanya kawasan bulat
yang dimasukkan ke dalam mulut.
• Goncangkan termometer untuk memastikan tahap merkuri bawah dari 35°C.
• Letakkan termometer di bawah lidah atau lengan.
• Alihkan termometer selepas 4 minit di bawah lidah dan 5 minit di bawah lengan. (jika
suhu diambil di bawah lengan, tambahkan 0.5°C untuk suhu badan luaran yang
rendah).
• Ambil bacaan setelah tahap merkuri berhenti.
salah satu faktor demam juga mungkin akibat cuaca panas di negara kita yang semakin
menjadi-jadi. mungkin terlalu banyak pembalakan dan kemusnahan alam semulajadi, pokok2
menyebabkan global warming. saya rasa, dulu2 juga mengalami musim panas, tetapi
takde la terlampau panas macam sekarang. tu la, kerajaan pun dah wat kempen Earth Hour,
nak kurangkan global warming, sekurang-kurangnya ade jugak usaha, tapi taknak kerjasama,
ha, tanggung la.. (ish, saya cakap kat saya sendiri ye.)
*sekarang perlu berhati-hati sebab H1N1 gelombang kedua kembali menular. amalkan cara
0 comment:
Post a Comment