.

.

Search This Blog

Category

Sunday, April 04, 2010

katak




KITARAN HIDUP SEEKOR KATAK

Kitaran hidup seekor katak adalah sebagaimana berikut:
Telur yang tersenyawa berkembang menjadi berudu.
Berudu matang mempunyai kaki belakang.
Berudu matang menjadi anak katak.
Anak katak menjadi katak dewasa.
Kitaran hidupan berterusan apabila katak dewasa bertelur.




KATAK

1.Katak puru mempunyai gigi yang terletak di bahagian atas dalam mulutnya dan mempunyai lidah yang kuat mampu melambung mangsanya terus ke dalam mulutnya. Katak puru mampu melompat sejauh dua meter. Seekor katak puru amat mementingkan kawasan masing-masing dan melindunginya dengan pelbagai cara termasuk mengeluarkan bunyi, mengejar penceroboh, menyerang dengan melompat termasuk ‘bergusti‘.

2.Katak puru betina amat tertarik dengan katak puru jantan yang mampu menyediakan makanan yang banyak dalam kawasannya. Seekor katak puru betina mampu mengeluarkan 25,000 biji telur yang bercantum antara satu sama lain dan terapung-apung di permukaan air. Haiwan tersebut akan menjaga anak-anaknya yang dikenali sebagai berudu sehingga ia berusia dua tahun. Jika saiz seekor berudu itu panjang bermakna ia bertukar menjadi katak puru yang cukup besar selepas metamorfosis bermakna ia mempunyai peluang hidup yang lama. Pendengaran adalah deria yang paling penting bagi haiwan ini kerana katak puru jantan berlumba-lumba ‘menyanyi’ di kawasan kolam yang dijadikan tempat pembiakan. Manakala katak puru betina akan menyahut ‘nyanyian’ itu secara agresif dan tanpa henti.

3.Oleh kerana kurangnya katak betina, katak-katak jantan mengamuk di dalam sebuah kolam di Britain pada tahun 1977. Rebutan mendapatkan pasangan untuk persenyawaan di kalangan katak menyebabkan semua ikan emas yang terdapat di dalam kolam itu mati. 

4.Katak dipercayai wujud pada zaman jurasik, iaitu lebih 190 juta tahun dahulu. Katak-katak pada zaman itu mempunyai kaki belakang yang kuat untuk membolehkanya melompat dengan jauh bagi mengelak daripada di makan dinosour. 

5.Saintis telah menemui katak zaman purba yang digelar Devil Frog, hidup kira-kira tujuh puluh tahun dahulu. Menurut pakar Paleontologis dari Stoony Brook University of New York, David Krause, Devil Frog adalah katak raksasa yang paling besar pernah wujud. Malah, dalam kajian mereka, sumber makanan bagi Devil Forg adalah anak-anak dinasour!. Menurut kajian mereka katak jenis ini boleh membesar sehingga 29 sentimeter, berat kira-kira 4.5 kilogram mempunyai mulut yang luas serta gigi yang tajam dan kuat. 

6.Terdapat kira-kira 4000 jenis amfibia(berdarah sejuk dan bertulang belakang) di planet bumi ini, dan salah satunya ialah katak. Haiwan jenis ini lazimnya bertelur di dalam air. 

7.Katak hanya akan makan bintang yang bergerak seperti labah-labah dan lalat. Namun tidak semua katak memakan serangga. ada juga spesies yang makan tumbuh-tumbuhan. 

8.katak boleh merubah warna kulitnya untuk meyesuaikan diri dengan keadaan sekitar bagi mengelak daripada haiwan pemangsa. 

9.Katak tidak boleh hidup di laut dan air masin. 

10.Katak meyerap air menggunakan kulitnya, jadi binatang tersebut tidak perlu minum. katak juga menggunakan kulitnya untuk menyerap oksigen. 

11.Sesetengah daripada spesies katak boleh meloncat 20 kali lebih tinggi daripada ketinggianya sendiri. 

12.Conraua Goliath frog, yang hidup di perhutanan cameroon Afrika Barat adalah spesies katak yang terbesar pernah ditemui.Panjangya boleh mencecah 75 sentimeter dan berat 3.3 kilogram Glod frog pula adalah katak spesies katak terkecil hanya berukuran 9.8 milimeter (dari hujung kaki hadapan ke hujung kaki belakang) dan banyak di temui di selatan Brazil. 

13.Orang asli Australia dan Red indian di America pecaya, katak adalah haiwan pembawa hujan. Kalau katak berbunyi dengan kuat dan bersahut-sahutan maknanya hujan akakn turun .Ertinya kita juga mempunyai pendapat yang sama dengan kaum asli ini!. 

14.Masyarakat di India pula percaya katak adalah jelmaan guruh di langit. Di china, mereka pecaya gerhana bulan terjadi kerana katak yang hidup di bulan itu mahu memakan bulan tersebut! Berbeza dengan di jepun, Penduduk negara tersebut pecaya katak adalah simbol kepada bernasib baik. 

15.Musuh katak adalah haiwan pemangsa seperti ular, biawak,burung dan ikan. Tetapi, untuk pengetahuan anda, musuh katak yang paling utama,yang boleh menghancurkan serta menghapuskan keturunan mereka dari bumi ini ialah pencemaran alam sekita!. Siapa pula yang melakukan pencemaran itu? Tidak lain dan tidak bukan, manusia! Diulangi ...MANUSIA. 

16.Kajian mengenai hutan amazon, Brazil yang dikeluarkan pada 26 januari 1998 menunjukkan kehilangan hutan itu akibat aktiviti pembalakan dan pencerobohan manusia, amat menakutkan Imej satelit mendapati sejumlah 14 000 kilometer persegi hutan itu telah ditebang ,di bakar dan digondolkan antara tahun 1995 hingga 1997. Jumlah itu terus meningkat, dan salah satu kesan buruk yang berlaku akibat pencemaran alam itu ialah pupusnya pelbagai spesies katak.



ok. kenapa saya tulis pasal katak?

sebab : saya seorang PENCINTA KATAK.....







- RAJIHAH RAZALI - BOLEH PANGGIL GEE - COMPUTER SCIENCE STUDENT - COMEL - GATAL - SOMBONG - ANNOYING - COLOURFUL - KECIK -

0 comment:

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget