.

.

Search This Blog

Category

Thursday, April 22, 2010

surat berantai a.k.a chain letter




contoh 1:

nma:: dirahsiakn

die brumor 3 taon

die x de MULUT n MATA

die niwh da meninggal dunia

sesiape yg da bce..

tp x forwardkan...

mlm nie die akn dtg

sbelah katil anda

dan memperhatikan anda

dia juga akn berada di syiling

untok memperhatikan anda'

jika x percaya

kisah ini berlaku pd 29hb6 taon 1914

ade sesetengah org

yg tlah mati trkjot krana

tidak mempercyai

msg ini da memadamnya

org pertama

adalah kekasih anda...

dan seterusnya..

akn hilang perlahan lahan

dlm msa 24 jam

forwardkan msg niwh kepada 24 org

keluarga anda tdk akn d'gngu

slepas 10 ary

org yg anda ska akn menyukai anda

maafkan sy~~

sy jga tlah d'paksa forward msj ny

***************************************************

contoh 2:

Ada seorang budak kecil yang tinggal di sebuah rumah usang.Yang tidak mempunyai ibubapa atau pun salah seorang ahli keluarga...pada suatu hari,budak tersebut telah terjumpa sebuah laptop yang masih elok untuk di guna....budak tersebut mengambil laptop tersebut dan masuk kedalam rumahnya semula.dia mendapati bahawa ada email yang masih belum dibaca oleh tuan laptop itu...budak itu tidak menghiraukan messege tersebut mala dibuang...budak itu pun 'SIGN UP' dirinya ke dalam "YAHOO" tersebut....beberapa hari kemudian,budak tersebut pun membuka emailnya...dia telah mendapati bahawa ada email yang sama seperti yang tuan laptop itu...dia juga tidak mengendahkan messege tersebut malah dibuang juga...keesokkan hari...dia telah didapati mati dalam keadaan yang sangat teruk...polis yang mengsiasat kes itu telah mendapati bahawa budak itu telah pun memiliki sebuah laptop...polis tersebut pun telah tahu apa kejadian sebenarnya...isterinya juga mati akibat kejadian membuang messenge tanpa mengfowardkan ke kawan-kawannya...budak tersebut telah di tikam oleh benda yang sangat tajam tetapi bukan pisau....ini adalah kisah benar...


Fowardkan messege ini kepada 20 orang kawan...Jika tidak...malam ini juga saya akan menemani kamu dan membuat perkara yang sepatutnya...saya akan mengopek-gopek kulit kamu jika tidak mengfowarkan messege ini....

WARNING!!!

Ini bukan messege yang dimain-mainkan....semua hantu ini adalah benar....ia akan menjelma malam in jika anda tidak melakukan tugas ini...

Fowardkan balik messege ini kepada saya walaupun saya yang menghantar messege ini kepada anda...INI ADALAH UNTUK KESELAMATAN... saya pun telah dipaksa!! mnx maaf
*************************************************


pernah tak anda dapat message2 seperti ni? sama ada anda memperoleh dari laman-laman
web sosial seperti Tagged atau Myspace dan sms dari handphone. dua contoh ni je saya buleh
letak kat sini, sebab dah merata cari, tapi tak jumpa. tapi kalau tak cari, banyak pulak jumpa. 
kadang-kadang tu, geram jugak bile ade orang text mesej2 macam ni. kadang2 tu mesej diorang
mengandungi isi "kalau anda tak forward kepada blaa..blaa.. orang, anda akan mendapat 
bala/musibah/nasib yang buruk dan sebagainya selama blaa..bla.. tahun". dah la cakap dapat
bala, bertahun-tahun pulak. mana la diorang tahu semua tu, sedangkan bala dan takdir Allah yang
tentukan.


seperti contoh yang saya paparkan, diorang cakap kalau tak forward, kita akan mati atau
seumpamanya. bila saya dapat je mesej macam tu, saya terus delete dari inbox telefon dan
buat bodoh je kalau dapat kat tagged/myspace. Alhamdulillah, saya masih hidup dan tiada
siapa yang mengganggu saya setakat ni walaupun mesej yang saya dapat tu dah berkurun-kurun
lamanya.


saya hairan apa tujuan pencipta-pencipta surat berantai sebegini. adakah mereka akan hidup
senang? ataupun dapat duit? ataupun masuk syurga? Wallahualam.

jadi kepada sape2 yang bile dapat mesej macam tu je, terus panik dan cepat-cepat forward
sebab takut ugutan tersebut benar-benar berlaku, jangan perbodohkan diri anda.
kita tak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. kalau anda percaya ngan mesej2


sebegini, silap-silap jadi syirik pulak. dosa tuu..
.


- RAJIHAH RAZALI - BOLEH PANGGIL GEE - COMPUTER SCIENCE STUDENT - COMEL - GATAL - SOMBONG - ANNOYING - COLOURFUL - KECIK -

0 comment:

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget