Search This Blog
Category
bodoh
(18)
brainfrizzzzz
(6)
cerita aku
(87)
cool
(3)
download
(31)
fakta
(8)
hairstyle
(4)
halal haram
(1)
kempen / contest
(2)
lawak
(22)
lirik
(18)
ngeri
(7)
on tv
(28)
pandangan korg..?
(40)
sekeliling
(41)
seram
(5)
tip dan rahsia
(24)
trend
(1)
uncategories
(53)
Friday, April 16, 2010
personaliti berdasarkan elemen
korang mesti penah dengar, sikap seseorang ni bergantung
jugak pada elemen @ unsur alam yang dimiliki, contohnya
api, bumi, air dll.. so ape kate sekarang, korang pilih elemen
korang, pastu lihat la personaliti korang tu, jahat ke, baik ke,
gatal ke...
API
~ memiliki semangat yang tinggi serta berjiwa berani. korang tak ambik kisah tentang apa orang kata mengenai sikap korang yang garang dan tegas asalkan ianya memuaskan hati korang. kemarahan korang susah sikit nak diduga sebab bila2 masa je boleh meletup. saper2 yang cari masalah, pasti orang tersebut tak dapat lari dari dimarahi korang. tak dapat dinafikan korang ni mudah bergaul dengan orang ramai tapi pada masa yang sama, korang juga dikatakan suka mencetuskan pergaduhan.
~ Jenis yang mudah simpati dan pemurah. jika sesiapa ahli keluarga atau teman2 rapat ditimpa kesusahan, korang sanggup membantu walaupun diri korang sendiri dalam kesusahan. walau bagaimanapun, perasaan korang ni agak sensitif sikit sebab tak boleh orang lain mempersendakan kebaikan yang korang buat. mood sering berubah-ubah macam puting beliung. memang jarang marah tapi sekali mengamuk, semua orang cabut.
AIR
~ Mcm mana sejuknya, macam tu jugak la diibaratkan diri korang. walaupun dalam keadaan marah, korang tau macam mana nak kontrol suasana tu. selalunya, bagi yang mempunyai elemen air dikatakan seorang yang pandai menyanyi dan bersuara merdu. disamping itu, korang juga memiliki personaliti dan rupa yang mampu memikat hati seseorang. pada pandangan orang lain, korang digambarkan sebagai sebagai seorang yang periang, lembut dan tak suka bermusuh-musuhan dengan orang lain.
~ amat sukakan bunga dan tumbuh-tumbuhan. selain tu, korang jugak memiliki sifat kelembutan yang amat menarik hati. mudah didampingi oleh orang ramai kerana pandai mengambil hati serta peramah. tapi adakalanya agak lurus dan mudah dipermainkan orang. namun sifat penyabar yang ada dalam diri membuatkan korang sentiasa tenang dalam menangani masalah2 yang mencabar.
MALAM
~ suka menyendiri dan tak suka bergaul. sekiranya korang dalam kesusahan, korang lebih suka melakukan sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. perwatakan korang agak misteri skit sebab korang terlalu banyak menyimpan rahsia. hanya orang yang tertentu saja yang betul2 dapat memahami korang. selain tu, korang juga digambarkan sebagai orang yang kreatif dan bijak tapi tak suka menunjuk-nunjuk kat orang lain. down to earth la ni..
hmm.. bagi saya la kan, saya pilih malam. tapi takde la
sampai tak suka bergaul sebab saya suka berkawan lebih-lebih
lagi dengan orang yang agak gila2 (bukan orang gila ye)..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
::link exchange::
::LINK EXCHANGE:::
5 comment:
mak kita kata, anak petama tanah, anak kedua air, anak ketiga api, anak keempat angin..malam xpenah tahu plak..hehe
salam ziarah..^.^
oh ye ke? malam ank kelima kot, sbb sy mmg ank kelima. =p
sy no 5..apa ye..ahaha
malap tdop ke?
hehe.
btw,sy rs sy angin la.sbb sy kn baek.
huhu.
◘c!k.dina◘
debok, malap reka diri ar. haha.
yedop baik?
Post a Comment