.

.

Search This Blog

Category

Tuesday, April 13, 2010

mat rempit lagi






 KUALA LUMPUR: Aksi ‘Superman’ iaitu menunggang sambil meniarap dengan kaki dilurus ke belakang di atas motosikal Yamaha RXZ yang dilakukan seorang remaja dipercayai ketika berlumba berakhir tragedi apabila dia maut dengan kaki kanannya putus manakala perutnya hampir terburai selepas badannya tercampak sejauh 20 meter di laluan bertentangan.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin di Kilometer 11.3 Lebuhraya Grand Saga berhampiran Maktab Polis, Cheras, di sini, rakan mangsa yang menunggang sebuah lagi motosikal turut cedera parah, selepas kenderaan ditunggang kedua-dua remaja terbabit merempuh belakang sebuah Perodua Viva yang berhenti di lebuh raya tiga lorong itu..

Mangsa, Mohd Noor Affendy Adnan, 20, dari Taman Delima, di sini, dipercayai berlumba sambil menggayakan aksi bahaya sebelum melanggar Perodua Viva yang berhenti di tengah lebuh raya berkenaan untuk membantu sepasang suami isteri yang terbabit dalam kemalangan di tempat sama sejurus sebelum itu.




Pemandu Perodua Viva berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Fairuz, 24, berkata ketika kejadian dia berada di luar keretanya bagi membantu pasangan suami isteri warga emas yang cedera selepas motosikal ditunggangi mereka dilanggar sebuah kereta yang menukar laluan secara tiba-tiba di tempat kejadian.


“Pasangan berkenaan terbabas di hadapan saya. Saya membantu mengangkat motosikal dan memapah mereka ke tepi jalan yang ketika itu sesak.


“Ketika saya sedang memberi minuman kepada pasangan warga emas berkenaan, saya melihat dua cahaya lampu menghala laju di laluan kanan jalan berkenaan sebelum melanggar belakang kereta saya,” katanya.



Fairuz berkata, kejadian berlaku begitu pantas sebelum dia melihat badan mangsa tercampak ke laluan bersebelahan selepas melanggar keretanya.

Menurutnya, akibat rempuhan itu mangsa terpelanting kira-kira 20 meter dengan kaki kanannya putus dan tersangkut pada besi pembahagi jalan manakala badannya tercampak di atas laluan bertentangan.


Rakan mangsa yang belum dikenali pula tercampak tidak jauh dari situ.



Fairuz berkata, saksi kejadian mendakwa mangsa melakukan aksi ‘Superman’ di atas motosikal ditunggangnya sebelum menghentam belakang kereta.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood ketika dihubungi berkata, polis masih menyiasat punca sebenar kejadian dan tidak menolak kemungkinan mangsa gagal mengawal motosikalnya.





agak-agak la kan, kita nak simpati ke, nak ucap "dapat pun balasannya?" dalam kes camni?



*ni gambar mayat bayi yang dibuang dalam tong sampah. betapa KEJAM nya...


sumber : Harian Metro.


- RAJIHAH RAZALI - BOLEH PANGGIL GEE - COMPUTER SCIENCE STUDENT - COMEL - GATAL - SOMBONG - ANNOYING - COLOURFUL - KECIK -

2 comment:

akmal hacks said... at Apr 16, 2010, 5:21:00 AM

rempit oh rempit..

ingtkan dah ditelan zaman dah,,

gEe said... at Apr 16, 2010, 9:09:00 AM

xkan hilang ditelan zamannye. diorg makin bangga ade la..

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget