.

.

Search This Blog

Category

bodoh (18) brainfrizzzzz (6) cerita aku (87) cool (3) download (31) fakta (8) hairstyle (4) halal haram (1) kempen / contest (2) lawak (22) lirik (18) ngeri (7) on tv (28) pandangan korg..? (40) sekeliling (41) seram (5) tip dan rahsia (24) trend (1) uncategories (53)
Showing posts with label seram. Show all posts
Showing posts with label seram. Show all posts

Friday, June 29, 2012




sihir dan gangguan jin adalah perkara yang digunakan oleh
ramai orang untuk membalas dendam, perasaan dengki dan
untuk menjatuhkan kebahagiaan seseorang.

sejak dari dulu lagi, malah di zaman millenium yang serba
canggih sekarang pun, tabiat menggunakan sihir semakin
menjadi-jadi. kebanyakan mangsa2 sihir tidak menyedari
akan perbuatan tersebut dan merasakan sakit2 yang mereka
alami itu mungkin penyakit biasa.

oleh itu, mari kita ketahui serba sedikit tentang tanda-tanda
gangguan jin.


.TANDA-TANDA GANGGUAN JIN.


TANDA-TANDA BERMULA SERANGAN JIN.

  • pesakit berdebar-debar tanpa sebab. Pesakit mungkin berasa tidak sedap hati ataupun berasa tidak tenteram buat seketika.
  • pesakit dapat merasakan desiran angin yg bergerak pantas sama ada di sebelah telinga atau kedua-dua sekali. kadang-kadang pesakit mungkin dapat berasakan telinganya berdesing.
  • pesakit mendapat lintasan wajah seseorang dalam mindanya secara sepintas lalu. ini tidak berlaku kepada semua pesakit.



TANDA-TANDA JIN CUBA MEMASUKI TUBUH

  • pesakit berasa hujung jari-jemari tangan ataupun kaki seperti dicucuk jarum. Ada pesakit yang dapat menggambarkan seperti rasa terbakar ataupun panas di hujung jari-jemari.
  • pesakit berasa kebas pada anggota tangan, kaki ataupun muka.
  • pesakit berasa sakit pada pinggang, bahu, tengkuk ataupun kepala.
  • pesakit berasa seolah-olah mabuk laut, loya ataupun seperti mahu muntah.
  • sakit perut memulas-mulas ataupun seperti dijerut tali.
  • pesakit berasa seram sejuk ataupun seperti mahu demam.
  • pesakit berasa meremang tengkuk ataupun bulu roma.




TANDA-TANDA PESAKIT DALAM KEADAAN JAGA

  • gejala yang biasa adalah sakit kepala ataupun pening yang berlanjutan ataupun berulang-ulang. Pesakit mengadu sakit itu tidak sembuh dengan memakan ubat dan doktor tidak dapat mengesa punca penyakit yang dihidapinya.
  • malas melakukan ibadat, tidak berminat mendengar perkara agama dan selalu lalai mengingati Allah.
  • berasa sakit-sakit ataupun lenguh-lenguh badan, lemah lesu dan tidak bermotivasi bekerja, berusaha ataupun belajar.
  • sakit belakang, bahu, tengkuk, lutut ataupun sendi-sendi tangan. pesakit juga mengalami rasa sakit yang teruk ketika bangun tidur.
  • terasa sakit dibawah tapak kaki seolah-olah berjalan di atas paku ataupun batu tajam.
  • melihat sesuatu yang menakutkan ketika dalam keadaan seperti bebola api terbang, makhluk ganjil hodoh berwarna hitam, ular hitam, kucing hitam, burung gagak, lalat, langau dan kadang-kadang pesakit terlihat hanya sebahagian tubuh jin seperti kaki ataupun tangan yang berbulu. Ada yang dapat melihat kelibat-kelibat makhluk ataupun benda bergerak yang tidak jelas di dalam rumah yang melintas dihadapan, sisi ataupun belakang.
  • mendengar bisikan, suara yang memanggil nama tanpa melihat orang yang berkata-kata, bunyi cakaran di dinding, bunyi orang berjalan di atas bumbung, mendengar orang berjalan-jalan diluar rumah atau mengetuk pintu tapi tiada orang diluar rumah, dan terdengar dengusan nafas seperti nafas haiwan.
  • tercium bau wangi, bunga-bungaan, bau tahi ataupun sampah dan bau kemenyan yang dapat dihidu secara sebentar saja.
  • mempunyai sakit ketumbuhan, kanser yang sukar diubati.
  • terasa seperti diperhatikan orang ketika bersendirian dan berasa gerun secara tiba-tiba walaupun duduk bersendirian.
  • tidak mampu fokus ketika berfikir di tempat2 tertentu seperti dirumah, pejabat ataupun premis perniagaan. Pesakit mudah berasa resah ataupun berdebar apabila dalam perjalanan menuju ke tempat2 itu.
  • lemah jiwa dan tidak bersemangat untuk hidup. Ada pesakit yang didatangi bisikan-bisikan hasutan supaya membunuh diri.
  • mudah menjadi stress, marah dan panas baran tanpa alasan yang kukuh dan kadangkala membawa kepada perlakuan yang mampu mencederakan orang lain.
  • tidak mampu mengawal emosi. Pesakit sering berasa hiba yang keterlaluan ataupun terlalu sensitif.
  • berasa mengantuk ketika solat, membaca al-Quran ataupun berzikir.
  • mengalami kesukaran mengandung dan sekiranya mengandung sering mengalami keguguran. Keluarnya darah haid yang melebihi tempoh 15 hari dan sering mengalami senggugut yang teruk ketika haid.
  • perempuan yang sedang mengalami haid pada masa yang sama mengalami gangguan jin. 
  • penyakit gila atau dalam bahasa perubatan dikenali sebagai skizofrenia. Pada keadaan ini minda pesakit sudah dikawal sepenuhnya oleh syaitan dan iblis. pesakit tidak mampu membezakan antara alam nyata dan alam ghaib. mereka seperti hidup di alam sendiri dan lebih suka menyendiri. pesakit juga kelihatan bercakap seorang diri.




TANDA-TANDA KETIKA SEDANG TIDUR


  • sukar tidur ataupun tidur yang selalu terganggu dapat memberikan kesan kepada kesihatan pesakit.
  • sering terkejut semasa tidur dan apabila ini berlaku, pesakit berasa cemas, letih, berpeluh-peluh, mengalami degupan jantung yang kencang dan ketakutan.
  • mengalami fenomena seperti ditindih, iaitu pesakit dalam keadaan sedar dan mampu berfikir tetapi tidak boleh bergerak. hati dapat berkata-kata tapi mulut bagai dikunci.
  • mengalami mimpi yang buruk2 dan ia berlaku secara berulang-ulang ataupun bersambung-sambung. 
  • menangis, merintih, ketawa ataupun menjerit-jerit ketika tidur.
  • mengetap-ngetap ataupun berlaga gigi.
  • berdiri dan berjalan ketika tidur.





p/s :     tapi tak sume apabila salah satu keadaan-keadaan di atas berlaku, bermakna korang dah diiktiraf ade gangguan jin.. aku pun ade gak sikit2 keadaan kat atas, tapi alhamdulillah ok lagi, tak bermakna ade gangguan. kadang2 tu sebab tabiat atau habit korang sendiri.




read more "tanda-tanda gangguan jin"

Thursday, November 10, 2011




kawasan-kawasan yang paling berhantu di semenanjung Malaysia;

1. Kondominium runtuh di Highland Tower, Kuala Lumpur 



2. Institut Victoria, Kuala Lumpur 


3. Kediaman Elit Bukit Tunku, Kuala Lumpur 


4. Jirat Cina Ampang, Kuala Lumpur 


5. Jirat Cina Brickfield, Kuala Lumpur 


6. Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur 




7. Hospital Lady Templer. 




8. Kawasan Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang, Kuala Lumpur 


9. Berhampiran Poliklinik Cheras. 



10. Jalan Kuala Lumpur ke Genting Highland Resort 


11. Penjara Pudu, Kuala Lumpur 




12. Sekitar Puchong, Kuala Lumpur 


13. Berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Ampang 


14. Kawasan berhampiran Maktab Rendah Sains Mara, Kuala Kubu 
Bharu, Selangor 


15. Kawasan Bukit Damansara, Selangor 


16. Kellies Castle, Perak 



17. Kawasan berhampiran Tambun Inn,Perak 


18. Kawasan Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Jambatan Sungai 
Perak, Perak 


19. Jalan Simpang Masuk dua hala ke Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak 


20. Simpang tiga di tengah bandaraya Georgetown berhampiran 
Sekolah Tinggi Union, Pulau Pinang. 


21. Kawasan Lorong Petani, Alor Star, Kedah 


22. Kawasan pejabat Bernama lama berhampiran Pekan Rabu, Alor Star Kedah. 


23. Kawasan jambatan berhampiran jambatan Titi Haji Idris, Alor Star, Kedah. 


24. Kawasan Kubur Panjang, Pendang.



25. Tobiar, Pendang. 


26. Kawasan berbukit di Telok Chempedak, Kuantan Pahang. 


27. Kawasan hutan bakau di Kuantan, Pahang 

28. Kawasan Kota Lama, Melaka






read more "kawasan berhantu di semenanjung Malaysia"

Thursday, November 03, 2011






sebuah rancangan luar yang berbentuk keagamaan tengah wat satu conservation,
pastu biase la, ade la yang kol ni kan. ade la sorang pompuan ni kol, die ngadu
la yang ade someone nak buat sesuatu menggunakan ilmu hitam kat die dan ade jin
dalam badan die. pompuan tu cuba la melawan dengan solat macam2. tengah2
ngadu tu, tibe2 suare pompuan tu kasar & macam tersekat2 gitu (jin mengacau).
pastu die ok balik dan sambung bercakap. tibe2 skali lagi, pompuan tu bertukar
suara sambil ketawa ngilai2 gitu. jin tu mengacau skali lagi. jin tu non-muslim.



nak tengok? video tu di sini. :



semoga wanita itu dapat bebas dari cengkaman jin tersebut.




read more "kene rasuk ketika menelefon rancangan tv live."

Sunday, January 09, 2011




hujan semakin lebat. detumm detamm detumm detamm.
begitulah bunyi-bunyi angin kencang. dulu kipas buka paling
maksimum pun panas kemain lagi. tapi sekarang takyah buke
kipas pun terpakse pakai stoking macam orang tengah berpantang.

tibe-tibe teringat pulak kat satu story time duk kat hostel
dulu. tapi takde kene mengena pun cuaca ujan ni.

dulu penah jugak aku duk kat hostel setengah tahun, time form 1.
penah satu malam tu, member aku kejutkan aku ajak pegi tandas.

'kacau betul minah ni, aku baru je nak layan feeling
mimpi ngan abg botak' 


read more "pontianak?"

Friday, July 09, 2010



nampak macam pelik tak gambar ni? kalau korang
perasan, perempuan kat belakang tu takde kaki. 
pic ni original, bukan edit tau. ish.. misteri betul..

read more "takde kaki pulak dah.."

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget