.

.

Search This Blog

Category

Saturday, June 07, 2014

Umrah di Mekah - DIS 2013



ASSALAMUALAIKUM.

Entri lepas aku story pasal Beijing, entri kali ni aku nak story pasal Umrah pulak.
Alhamdulillah akhir tahun lepas rezeki kami agak murah sebab aku dan family berpeluang
untuk pergi ke tempat yang orang Islam impikan, iaitu Mekah Al-mukarramah.


Aku just pegi 5 orang je sekeluarga, iaitu mak, ayah, abang, adik dan aku sendirilah.
Kami pergi ke sana pada Disember 2013 selama 2 minggu, iaitu seminggu di Madinah
dan seminggu di Mekah.

Ok lah, taknak dipanjangkan cerita, aku terus cerita time sampai kat airport Jeddah.
Sampai je kat airport tu, of kos la kene check passport kan. Dekat arab ni kadang-kadang
orang die pelik jugak, kalau jenis yang buat keje sungguh-sungguh, memang betul2 bersungguh,
tapi kalau yang jenis buat keje lebih kurang, habislah. 

Tiba je giliran aku nak check passport, pegawai tu tiba-tiba buat sibuk, saje biarkan aku
tunggu lama. Siap die cakap-cakap dengan kawan die, gelak ketawa then boleh pulak
die mintak no fon sesama pegawai die sendiri time tu. orang yang beratur belakang aku tu
panjangnye hampir nak keluar pintu dah, betapa ramainye. Lepas beberapa minit barulah
die check passport aku.


MADINAH







Mula-mula kami dari Jeddah terus dibawa ke Madinah, dalam 6 jam gitu jugak
perjalanannye, aku ingat-ingat lupe je. Kalau kitorang terus dibawa ke Mekah, kitorang
perlu terus berada dalam ihram sebab sampai tu kitorang kena terus tawaf, jadi di mana
kami kene berniat di miqat masa dalam flight.



Tapi oleh sebab kami dibawa ke Madinah dulu, jadi kami tak perlu berihram lagi.
Waktu di Arab dan Malaysia bezanya 5 jam, jadi mula-mula tu memang la kami mengalami
jet lag, tapi lama-lama ok lah, dah boleh kontrol. Kalau tak aku ni ngantuk je manjangg.



Cuaca kat Madinah sangat sejuk. Lagi-lagi time pagi ngan malam, fuhhh dinginnye
menusuk ke tulang. Hotel kat sana semuanya berdekatan dengan Masjid Nabawi, di mana
tempat Rasulullah dimakamkan. Jadi senang untuk kami ke Masjid Nabawi untuk solat
5 waktu kat sana. Alhamdulillah aku dapat solat kat makam nabi walaupun untuk pegi ke sana
amatlah bersesak-sesak.


*Member aku Zul dan abangnye Fiy*

Oh ye, masa kat Madinah jugak aku ade terjumpa dengan kawan aku yang agak rapat,
tak sangka sejauh-jauh tempat, rezeki kami jumpe kat sini.


MEKAH






5 hari kami di Madinah, tibalah masa untuk bertolak ke Mekah sekaligus melakukan
umrah. Kami disarankan berpakaian dalam ihram terus dari Madinah, so bila sampai
Mekah boleh terus tawaf dan lakukan rukun umrah yang seterusnya, iaitu saie dan bergunting.
Hotel kami agak jauh jugak ke Masjidilharam, tapi tu bukan masalah untuk kami bersolat
di Masjidilharam. Masjidilharam tu masjid terletaknya kaabah, dan masjid tu jugak luas
dan besar, boleh sesat kalau tak hafal jalan.




SUASANA DI MEKAH

(Kasar)

Mula-mula aku nak bercakap pasal sifat orang arab. Orang arab ni agak kasar, pemarah,
kalau tengok trafik jalanraya diorang, memang kena berhati-hati. Diorang pandu kereta
ikut suka hati, kadang-kadang kereta nampak baru lagi tapi pasti ada bahagian yang dah kemek.
Boleh dikatakan hampir setiap kereta kat situ wajib ada kemek.

Perempuan arab pulak, kalau anak tu nakal sikit je, hahh siaplah ! pung pang pung pang la
anak die kene. Pukul itu perkara biasa. Kadang-kadang kesian tengok budak tu, tapi dah
adat diorang camtu. Penah skali tu aku sentuh anak orang arab dalam stroller, die menangis
lepas tu mak die menjeling 360 darjah, maroh benorrr tu kat aku. Kalau orang kita, suke sangatlah
kan bile orang main-main ngan anak kite.



(Ketika sembahyang)



Kadang-kadang bila diingat balik, kelakar pun ade. kalau kita kan tengah sembahyang
konfem duk diam-diam, tak bergerak. Orang arab tengah-tengah sembahyang, kalau tudung
longgar atau tak selesa dengan selamba je diorang baiki tudung tu, bergerak abih tangan.
Yelah sebab diorang pakai tudung tak pakai kerongsang, main selit-selit je.
Satu lagi kalau anak-anak buas, diorang takde masalah nak tarik, angkat, dukung
anak diorang berulang-ulang kali, kadang-kadang dari berdiri sampai rukuk. Sume tu
diorang buat ketika solat. Yelah kalau ada masalah tak salah bergerak dalam solat, tapi
gitu lah kannn.


(Pemurah)


Walaupun sikap diorang ni pelik-pelik, tapi diorang sebenarnye baik. Suka membantu,
pemurah, selalu bagi makanan secara percuma. Contohnya masa tunggu sembahyang isyak,
biasanya ade lah orang-orang arab bagi buah kurma, ade tu sampai sebekas. Kadang-kadang
diorang bagi air ubat, tolong ambilkan air zam zam, bagi mainan kepada budak-budak yang ada
dalam masjid tu. 


(Hensem / cantik)

Walaupun duk kat sana niatnya nak beribadat, tapi takleh nak hilang jugak sifat suka
cuci mata ni. heheh. Alahh bukan gi ngorat pun, ape yang aku nak cakap kat sini, orang-orang
arab ni memang cantik-cantik dan hensem-hensem. Kalau aku tengok sesama perempuan
pun, terpaku, apatah lagi aku tengok lelaki. Fuhhhh kontrol ! kontrol !


(Sedih)

Walaupun banyak perkara yang aku boleh melihat kat sana, perkara yang aku tak
boleh lupekan dan membuatkan aku insaf ialah tentang semangat-semangat orang islam
untuk beribadat. Kadang-kadang aku amat bersyukur bila dapat ke sana dengan keadaan
yang agak baik, sebab ramai orang kat sana just tido kat masjid, tido depan shopping
kompleks, sebab takde tempat berteduh, ade yang sanggup berjalan jauh, semata-mata 
nak beribadat. 

Ade jugak aku lihat seorang yang sangat tua, sangat-sangat tua, jalan pun slow-slow sebab
terlalu tua, tapi masih lagi semangat mengangkat barang ke sana ke mari sebab nak cari
rezeki. 

Ade jugak sekali masa tawaf, aku ternampak seorang lelaki tua yang tiada kedua-dua belah
kaki, duduk atas papan beroda buatan sendiri dan mendayung dengan tangan untuk bergerak,
tawaf seorang diri tanpa bantuan sesiapa.


Ketika tawaf Wida', iaitu tawaf selamat tinggal, adik aku demam kuat, takleh nak berjalan,
jadi die terpakse naik kerusi roda dan kami tawaf kat tingkat atas sebab kurang sibuk.
Masa tawaf tu, aku ternampak la seorang insan, lelaki, tanpa sebelah kaki dan berjalan pakai
satu tongkat, tawaf seorang diri tanpa bantuan sesiapa. Tawaf tu 7 pusingan, dan kalau tingkat
atas tu bukan nye dekat. Adik aku demam pun pakai wheelchair yang ade orang tolak.
 Sedih, sayu, insaf, Ya Allah kuatnye semangat mereka !


PANDAI CAKAP MELAYU

Sepanjang berada di sana, antara salah satu perkara yang aku rasa menarik
ialah hampir kesemua penjual mahupun pekerja kat sana pandai cakap MELAYU !
Bayangkan bukan orang Malaysia je yang pegi Mekah, pelbagai bangsa yang datang,
tapi bahasa melayu jadi pilihan. Kadang-kadang tu kami just lalu depan kedai je,
mesti diorang panggil, "Mari tengok! Mari tengok ! murah murah ! Malaysia Boleh !"
Ha ha. Padahal takde tande pun yang kami ni Malaysia.

Kalau nak beli barang, tak payah susah-susah nak komunikasi, rasa macam pegi
shopping dekat pasar uptown Malaysia je, sebab sume tahu cakap Melayu.


p/s : Yang penting skali ustaz yang bawa rombongan aku tu cakapnya berlagu,
sekadar dengar die cakap dan bercerita je dah ngantuk. :D :)





- RAJIHAH RAZALI - BOLEH PANGGIL GEE - COMPUTER SCIENCE STUDENT - COMEL - GATAL - SOMBONG - ANNOYING - COLOURFUL - KECIK -

0 comment:

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget