.

.

Search This Blog

Category

Thursday, June 05, 2014

Holiday ke BEIJING - Part 2 (Ni baru kisah Holiday)



ASSALAMUALAIKUM.

Kali ni barulah betul2 aku nak bercerita pasal holiday kat Beijing. Selepas
program kitorang tergendala satu hari, akhirnye kami berjaya berlepas
ke Beijing jam 12.25 AM, 18 Nov 2013.

Guess what ? Flight yang kami naik tu ialah flight MH370, di mana
flight yang hilang misteri sampai sekarang dan kapten pun kapten sama.
Masa mula-mula dengar berita tentang MH370 tu, aku terkejut bukan
main lagi. First memang terkejut bila insiden sebegini berlaku, kedua tu
lagi terkejut sebab terbayangkan kalaulah insiden tu berlaku time kitorang duk
dalam tu. ishh tak sanggup ! Sekeluarga pulak duk dalam flight tu.

Ape-ape hal pun, #PrayForMH370, semoga ahli keluarga mangsa
tabah menghadapi ujian yang berat ini.


MENCARI TOUR GUIDE SENDIRI

Sampai je kat airport Beijing, masing2 memang sibuk mencari tandas.
Tandas kat sana pulak takde air, just ade tisu je untuk ngelap2, ye lah
orang kat sana bukan reti basuh pakai air pun. Nasib baik lah kitorang dah ade
spare air mineral, tu pun memang kena berjimat la, sebotol air mineral bukannye
banyak sangat pun. Kalau air dah habis, terpaksa la hulur botol kat bawah
mintak tolong kakak atau mak tolong isikan air kat sink tu. Seksa weiiiii !

Dah tu bukan sorang nak buang air, hampir semua kami 2 family yang
ketinggalan dalam group pakej kami ni nak buang air. Memang lama la
ambik masa semua nak selesai kan. Nasib baik pakcik geng kami tu ade nombor
tour guide tu, so sempatlah kami jumpe sebab tour guide tu, Sumi namanye,
dah hampir tinggalkan kami sebab nunggu lama sangat. Fuhhh.



RUGI SEHARI DAN KEJUTAN CUACA



Oleh sebab awal-awal tu kami ada masalah penerbangan, holiday kami tak cukup
sehari, secara otomatikelinye ade dua tempat yang kami tak sempat pegi.
sedih, sob.. sob.. sob...



*Summer Palace*


Dah la ketinggalan dua tempat, tempat yang first diorang bawak pulak
tempat yang agak extreme. Extreme tu maksudnya terlalu sejuk dan kami dalam
keadaan kurang bersedia. Ye dari awal lagi memang kitorang dah tau cuaca kat
Beijing time tu memang sejuk tapi group kami dibawa ke tempat Summer Palace
kat mane tempat tu terlalu berangin dan angin pulak memang sejuk tahap cipan
kene cirit lahh. Perghhhh dah la baju kurang tebal, memang beku lah.
Yang paling kesian kat anak sdare aku Iris yang baru umur 2 tahun. Memang
betul-betul beku !




GREAT WALL



Sebenarnya tujuan kitorang holiday kat Beijing ni just sebab nak pegi jenguk
Great Wall, di mana salah satu dari 7 keajaiban dunia, dan memang betul-betul


ajaib. Bayangkan binaan yang tinggi dan panjang, dan binaan mereka yang
sejak berabad2 lagi sangat kukuh. Bab Great Wall ni memang aku kagum giler.
















Satu lagi mende yang aku memang kagum giler ialah akrobatik orang cina.




Tempat kami nonton tu macam pentas wayang, tapi akrobatik ni lebih syok
dari wayang. Tubuh yang meliuk-liuk, imbangan tahap kambing berdiri atas


cungkil gigi, dan yang paling kagum bile 5 buah motosikal berpusing2 dalam
sangkar bulat tanpa berlanggar. Fuhhh seram sejuk ~~


SIFAT ORANG CHINA

First aku nak ulas tentang bisnes kat China. Biasanya berlambak-lambak peniaga
tepi jalan yang jual macam-macam, dan kalau taknak beli, memang disarankan lari or
jangan layan dan yang penting, jangan sentuh barang tersebut.

Walaupun tak layan, mak aku dah berapa kali kene kejar di peniaga2 tu.
Aku kira mak aku dah boleh juara marathon kalau bertanding larian
kat mana2 pertandingan sukan nih. Sekali sentuh barang diorang, diorang akan lepaskan
barang tu terus dan otomatikelinye dikire kite beli. Kalau tak, habislahh.
Penyeluk saku pun ramai, kene jage-jage.





Bab komunikasi pulak, kalau pakej aku tak bawak kat tempat biase pelancong
Malaysia datang, memang takleh nak komunikasi langsung. Sebab kebanyakan
tempat yang dibawa tu, diorang boleh speaking dan ade jugak yang boleh cakap
Melayu. Kalau kat tempat lain, alamak memang tergaru-garu siap berkurap lah kepala
sebab nak paham bahasa diorang.



Contohnya ada skali tu aku pegi dekat shopping mall berhampiran tempat aku
nginap, tempat tu aku saje2 je nak jalan ngan family. Aku just nak tanya harga baju
je, baru sebut, "How much?", diorang dah bengong kepale. Tu belum aku kluar
cerita pak pandir dengan sang kancil lagi tu. Alat komunikasi hanyalah kalkulator. sedihh.
sorang ayam, sorang itik, begitulah keadaannye.




Akhir kata, holiday kali ni rase sangat bermakna sebab kitorang dapat pergi
sekeluarga, kecuali kakak sulung ngan family sebab die tengah sarat pregnant. Yelah
bile masing-masing dah besar ni bukan senang nak bercuti ramai-ramai gini.
Pastu bile pulang pulak kitorang dapat ahli keluarga baru pulak, baby Rizqy.
Time tu memang bahagialah. Yang penting perjalanan kami selamat pegi dan pulang.
Itulah saja cerita si katak dan si tapir dari saye yang comel. :)









- RAJIHAH RAZALI - BOLEH PANGGIL GEE - COMPUTER SCIENCE STUDENT - COMEL - GATAL - SOMBONG - ANNOYING - COLOURFUL - KECIK -

0 comment:

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget