.

.

Search This Blog

Category

Thursday, September 05, 2013




Baru-baru ni kita dikejutkan lagi dengan berita penemuan mayat bayi di dalam loji kumbahan najis dalam UITM kampus Dungun pada 29 ogos 2013 dan bayi tu dijumpai pada jam 11.35 pagi.

Ohhhh berita buruk tu berlaku dalam tempat aku sedang belajar sekarang. Mula-mula dapat tau tu memang terkejut, tak sangka tempat aku belajar tu ade jugak orang yang buat kes sebegitu. Yang paling terkejut bayi tu dijumpai di asrama tempat junior sem 1 menginap, budak-budak yang baru masuk belajar.





Berita ni aku dapat tau dari Twitter yang dipost sendiri oleh UITM Dungun.
Tak lama lepas tu aku terbaca berita kat internet yang mengatakan bayi tu dah 2 hari dibuang dan tengkorak bayi tersebut pecah. Alangkah sedihnye bila dapat tau mende gitu. Kejam dan tak berperikemanusiaan.



Sekarang, budak tu dah dijumpai dah pun. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, cerita sebenar die berbunyi begini :


“Budak tu student sem 1 dari fakulti Hotel dan berasal dari Selangor berumur 19 tahun dan pakwe die tu berumur 20 tahun, bukan student UITM, maybe orang Selangor jugak. Diorang dah terlanjur sebanyak 2 kali dan budak tu didapati mengandung bulan 12 tempoh hari. Kemasukan budak baru bulan June baru ni, bermakna die dah mengandung sebelum masuk belajar lagi. Die beranak pada pukul 10 pagi dimana roommate die tengah kelas masa tu, dan die memang tak pegi kelas la kan. Die beranak dalam bilik lepas tu die bungkus baby yang cukup sifat tu dalam cadar dan bawak ke tandas, kemudian flush bayi tu. Sebab sukar nak masuk pam, die jolok-jolok dulu bayi tu, sebab tu la kepala bayi tu pecah, kemungkinannye. Lepas die kemas2 katil semua, esok harinye die pegi kelas macam biase je, macam takde pape yang berlaku. Die dijumpai sebab kat katil die tu dipercayai ade kesan darah, dan sebenarnye no bilik budak tu menginap pun aku tau, tapi taknak mention kat sini. Member aku jugak cakap, sebenarnye ade orang dengar bunyi tangisan baby mase tu.

Dengar kata, budak tu memang tak campur sangat dengan orang.

Dan dengar kata jugak, ade seorang kawan die yang bantu masa nak flush baby tu.

Wallahualam.”




Ya, dunia dah makin kejam. Sampai hati die bunuh macam tu. Umur baru setahun jagung, tapi dah jadi pembunuh.
Tak hairan la kalau die jenis tak bergaul dengan orang pun, sebab bila dah jadi macam ni, mesti die taknak orang tahu. Kawan pun satu,  sanggup bersubahat tolong pam bayi tu. Astafirullah. Tapi yang pasal kawan die ni tak sahih lagi.

Lagipun, dah la die mengandung sebelum masuk UITM aku, lepas tu sibuk pulak nak beranak kat sini. Memalukan UITM tu tau. Marah ni !




p/s : Ramai pulak yang tanye tentang kes tu kat aku sebab aku belajar kat sana. Haishh bosan !



read more "Kes buang bayi di UITM - full story"



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Final Exam aku semakin hampir, so makin hari makin sibuk la aku jawabnya dengan kerja-kerja, esemen dan projek yang diberi gedebuk dan diminta secara gedebuk plus aku ni dah memang jenis last minute, so paham-paham je lah macam mana keadaannye ye.

So hari ni aku berpeluang mengupdate serba sedikit tentang event Dinner fakulti kampus aku baru ni.
27 Ogos 2013 baru baru ni, junior sem 3 aku handle Dinner untuk fakulti kitorang. Memang secara turun temurun every 2 sem mesti ade Dinner yang dihandle oleh budak part 3. Dan aku and the geng sebagai senior Sem 5, of kos la diraikan dalam event tu. First aku memang nak ucap tahniah and good job la kepada geng part 3 sebab Berjaya handle event tu dengan gempak.





Mula-mula masuk tu kitorang dah dirai dengan berjalan atas red carpet. Fuhhh time tu aku rase macam lady gaga je, rase macam sume orang pandang atas bawah, padahal bile diintai junior2 tu buat tak tahu je pun. Takpe, perasaan itu penting.

Sebenarnye secara pokok pangkal akar daunnye, aku taknak citer pun pasal event Dinner nih. Yela tiap-tiap 2 sem ade Dinner, takkan setiap kali tu jugak aku nak bagitau. Macam kurang 3 suku je kan.. Tapi mende yang aku nak bagitau skaligus berbangga, kembang kempis kencut hidung dan rasa macam nak bergolek-golek atas padang macam lam citer Hindustan sebab……


I’m the Queen of the night !



Kah kah kah gelak jahat kat korang sume.

Mula mula tu wehh, aku rasa macam aku pakai selekeh je, ye la terpegun tengok sume orang pakai cantik-cantik. Tema malam tu ialah Black and White, time tu aku just pakai dress putih and shawl hitam bodo. Dah la hitam, bodo pulak tu. Tu pun aku main belit2 je macam bungkus dodol pun ade aku pakai tudung mase tu. Then tancap la sikit muka tu bagi nampak berseri walaupun hakikatnye lebih ekstrem dari lagy gaga.

Sebelum makan tu sebenarnye dah ade sorang junior aku mintak berdiri then die ambil gambar aku sorang2. Fuhhh aku senyum sampai ke telinga. Then mase nak umum Queen tu, hambik kau setepek ! Diorang tayang gambar aku kat screen besar kat depan. Time snap gambar tu rase dah macam Emma Maembong dah, skali gambar kluar nampak macam… emmm….

By the way, aku tak kesah dah rupe lam gambar tu, sebab aku dah menang ! ngeh ngeh..


Lagi hepi sebab aku menang bukan sebab aku dikenali ramai, tapi menang memang sebab penampilan malam tu. So Thank you lah kepada korang yang pilih aku tu ye sebab membuatkan aku tidur tersengih sorang2 malam tu.

Bersama ‘Akatsuki’


Ok lah, sampai sini saje kot. Aku nak sambung kebongkakan dan keriakan aku pulak ni. Bye u ollss.



p/s : Eleh, Queen Dinner je pun dah nak bangga.




read more "Dinner SISKOM 2013"

Thursday, May 23, 2013





Sebelum ni kalau korang tengok pelakon-pelakon filem dalam
keadaan cergas dan sihat, mesti korang bayangkan yang mereka berlakon
dengan lancar tanpa sebarang kecelakaan. Sebenarnya, ramai artis
yang mengalami kecederaan semasa berlakon nih.

Antaranya :-

1. HALLE BERRY --> GOTHIKA



- Semasa membintangi filem thriller yang dibintanginya bersama-sama Robert Downey Jr, aktress Halle Berry telah mengalami kemalangan yang menyebabkan lengannya patah. Dalam kejadian itu, Robert sepatutnya sedang melakonkan watak menteramkan Halle Berry di sebuah wad pesakit mental dan ketika mereka sedang melakonkan babak tersebut yang melibatkan Halle meronta-ronta, dia terdengar bunyi 'pop' dan serta merta mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku. Katanya kerana Robert tidak memegang tangannya dengan betul, maka terjadilah kemalangan itu.

2. BRUCE WILLIS --> DIE HARD



- Dalam satu babak dimana Bruce sedang menembak menggunakan peluru yang menyebabkan bunyi yang terlampau kuat dari bawah meja tempat dia sedang berada ketika itu. Pihak bertanggungjawab gagal menyediakan penutup telinga itu menyebabkan Bruce kehilangan dua pertiga daripada pendengaran di telinga sebelah kirinya dan mengalami kecacatan kekal.


3. JOSEPH GORDON-LEVITT --> PREMIUM RUSH



- Biasanya dalam filem-filem, dalam babak-babak yang membabitkan para aktor jatuh ke cermin kaca, ia selalunya menggunakan cermin-cermin kaca palsu yang diperbuat daripada gula dan tidak mencederakan para pelakon. Namun dalam kes yang terjadi kepada Joseph ini, ketika dia sedang melakonkan babak tercampak ke cermin belakang sebuah teksi dimana teksi itu adalah teksi sebenar dan tentulah mempunyai cermin daripada kaca sebenar. Akibatnya beliau mengalami luka yang teruk dan terpaksa menerima lebih 31 jahitan untuk rawatan luka yang dialaminya.


4. JACKIE CHAN --> RUMBLE IN THE BRONX & ARMOUR OF GOD



- Sape yang tak kenal Jackie Chan kan, seorang pelakon yang sentiasa melakonkan aksi lasak sendiri tanpa bantuan stuntman. Dalam filem Rumble In The Bronx, kita dapat melihat babak beliau melompat ke atas sebuah hoverkraf yang bergerak dan bila ia jatuh ke dalam hoverkraf itu, dia terus bergolek dan memegang kakinya. Sebenarnya akibat lompatan itu, dia mengalami patah kaki kanannya tapi kerana semangat dan profesionalismenya, Jackie meneruskan penggambaran dengan kaki yang dibalut simen.

Satu lagi kes yang membabitkan Jackie dalam filem Armour Of God, dia menyudahkan satu aksi lasak yang memerlukannya untuk terjun dari sebuah dinding istana ke sebatang pokok di bawahnya. Oleh kerana belum puas hati, dia berhasrat melakukan sekali lagi babak tersebut namuun kali ini dia terlepas untuk jatuh dengan elok di atas pokok sebaliknya kepalanya telah terhantuk ke tanah menyebabkan tengkoraknya telah menusuk ke bahagian otaknya dan darah mulai keluar dari telinganya. Kini Jackie telah pulih sepenuhnya namun masih terdapat satu lubang kekal di kepalanya dengan plag plastik berada di situ untuk melekatkan otaknya agar berada di dalam tengkoraknya.


5. ARNOLD SCHWARZANEGGER & SLYVESTER STALLONE --> THE EXPENDABLES 2



- Mungkin kerana faktor usia telah menyebabkan kedua-dua pelakon tersebut mengalami kecederaan dan terpaksa menjalani pembedahan di bahagian bahu sebaik sahaja penggambaran untuk filem tersebut siap.


6. GEORGE CLOONEY --> SYRIANA



- Ketika menjalani penggambaran untuk aksi lasak dalam filem Syriana, George sedang melakukan aksi lasak sendiri tetapi ianya tidak menjadi seperti yang dirancang menyebabkan tulang belakangnya cedera teruk. Kecederaan yang dialaminya begitu menyakitkan sehingga membuatkan dia terfikir untuk membunuh diri. Mujurlah akhirnya dia berjaya pulih setelah menjalani pembedahan.


7. JAMIE ALEXANDER --> THOR : THE DARK WORLD



- Ketika sedang menjalani penggambaran, Jamie telah terjatuh dari sebuah tangga besi dan akibat kejadian itu, dia mengalami kecederaan di beberapa bahagian tubuhnya daripada bahagian vertebra sehinggalah ke bahagian bahunya.

8. LEONARDO DICAPRIO --> DJANGO UNCHAINED



- Dalam satu babak filem tersebut, Leonardo menghentakkan tangannya ke atas meja dengan sangat kuat sekaligus terhiris tangannya ke satu gelas kaca kordial yang ada disitu sehinggakan ianya terbelah dan berdarah.


9. BRAD PITT--> TROY



- Melalui filem tersebut Brad Pitt tercedera di bahagian tendon 'archilles'nya. Kecederaan itu berlaku ketika Brad Pitt mendarat dari lompatan dalam babak sedang berlari, melompat dan membunuh pahlawan Trojan.





read more "Aktor yang cedera di set filem"

Monday, May 20, 2013





Assalamualaikum..

Hari ni aku nak share tentang pemindahan-pemindahan
wajah yang pernah berlaku kat dunia kita ni. Sebenarnya ramai lagi,
tapi aku share sikit saja dulu, mudah-mudahan kita diberi
sedikit kesedaran tentang bernasib baiknya kita ni berbanding dengan
orang-orang yang kurang bernasib baik.





DALLAS WIENS, 28


Ketika sedang mengecat di sebuah gereja pada tahun 2008, kepala Dallas telah terkena jalur eletrik berkuasa tinggi. Selepas dikejarkan ke Hospital Parkland, doktor memberitahu keluarganya yang harapan Dallas untuk hidup adalah tipis. Tetapi dengan semangat dan ketabahannya, Dallas ingin membuktikan bahawa kata-kata doktor itu salah.

Dia menjalani pemindahan muka itu di Hospital Brigham dan Wanita di Boston dengan melibatkan lebih 30 doktor, jururawat dan pakar bius.

Bagi Dallas Wiens, merasai semula ciuman anak perempuannya adalah pencapaian yang paling bermakna. Kini, dia sudah boleh menunjukkan wajahnya kepada anak perempuannya, Scarlett yang berumur tiga tahun. Dallas Wiens mengakui, jika bukan kerana Scarlett, anak perempuannya, dia tidak akan menandatangani persetujuan untuk menjalani pembedahan bagi menggantikan hidung, bibir, kulit otot dan urat wajahnya yang amat menyakitkan.






RICHARD LEE NORRIS, 37





Richard Lee Norris, selepas 114 hari menjalani pemedahan muka,
Kini sudah dapat menghidu bau dan rasa. Beliau juga boleh tersenyum semula .

Dia kehilangan rahang, lidah, hidung dan bibir pada tahun 1997 apabila senapang patah meletup di mukanya sewaktu dikeluarkan dari sarungnya.

Selepas kemalangan itu, beliau menghabiskan 15 tahun hidup menyendiri, hanya akan keluar untuk membeli-belah pada lewat malam dengan muka cacatnya dilindungi oleh topeng pembedahan.

Pada bulan Mac, pakar bedah Universiti Maryland menghabiskan 36 jam membina semula ciri-ciri dan reattaching saraf dalam pemindahan.






CONNIE CULP






Connie Culp adalah wanita Ohio yang telah memiliki pemindahan wajah pertama di AS setelah ditembak oleh suaminya, Thomas G. Peristiwa tersebut merosakkan hidung, pipi dan lelangit Culp. Culp menjalani pemindahan muka penuh di Cleveland Clinic pada tahun 2008 dengan operasi selama 22 jam yang menggantikan 80 peratus wajah Culp.


Pembedahan terakhir yang dijalaninya melibatkan pembuangan lapisan kulit yang tergantung di pipi dan hujung dagunya yang membuat mukanya menggeleber dan beliau selalu pening. Hasil pembedahan terbaru itu, beliau boleh tersenyum dan dapat merasakan bibir cucu lelakinya yang berusia tiga tahun apabila kanak-kanak itu menciumnya di pipi.Penderma muka bagi Cik Culp ialah seorang wanita sebayanya yang baru meninggal dunia.





CHARLA NASH, 57









Charla Nash, 57, wanita dari Connecticut, AS, yang telah diserang oleh seekor Cimpanzi yang mempunyai berat badan 200 pound, telah menerima transplant wajah penuh di Boston.

Doktor mendedahkan bahawa Nash menjalani pembedahan 20-jam di Brigham dan Hospital Wanita di Boston bulan lepas, oleh pasukan yang diketuai oleh Dr. Bohdan Pomahac.

Nash kehilangan tangan, bibir, hidung dan kelopak mata dalam serangan ganas oleh Cimpanzi yang hilang pertimbangan itu.





ISABELLE DINOIRE





Kerana overdose pil tidur, seorang wanita Perancis bernama Isabelle Dinoire hancur wajahnya kerana dikunyah anjing Labrador miliknya pada tahun 2005 lalu. Anjing kesayangannya itu yang bernama Tania panik lalu mencuba membangunkan Isabelle dengan menggigit dan mengunyah wajahnya.

Akibatnya, bibir, hidung, dagu dan pipinya hilang. Setelah menjalani pembedahan pemindahan wajah pada 27 November 2005 di Pusat Hospitalier Universitaire Nord di Amiens, Perancis, Isabelle menjadi orang pertama yang menjalani transplantasi wajah parsial.









sebenarnya, tujuan utama aku nak cakap pasal teknologi yang semakin hari
semakin canggih. Kalau dilihat gambar bawah ni, semakin meningkat tahun
hasil transplant wajah ni semakin baik dan cantik. Semoga teknologi yang semakin
meningkat ni dapat menaikkan kembali semangat golongan-golongan yang kurang
bernasib baik tu.












read more "Mangsa-mangsa pemindahan wajah."

Saturday, May 04, 2013






- Seseorang yang buta selepas dilahirkan boleh melihat gambar didalam mimpi mereka. Seseorang yang memang dilahirkan buta tidak dapat melihat sebarang gambar.





-Purata seseorang menipu ialah sebanyak 4 kali sehari.



- Berjaga lewat malam membantu badan membakar lebih 30 hingga 50 kalori satu malam.



- "Swag" pada asalnya adalah akronim yang dicipta pada tahun 60-an yang membawa maksud "Secretly we are gay".



- Philophobia bermaksud seseorang yang takut untuk jatuh cinta, menolak untuk membuka hati dan membenarkan sesiapa melukakan hati mereka.




- Perempuan pendek lebih cenderung untuk lebih dipercayai dan setia dalam sesuatu 
perhubungan.



- Glossophobia ialah ketakutan untuk bercakap didepan orang ramai.






- Tahun ini (2013), kamu boleh menggunakan semula kalendar dari tahun 2002, 1991, 1885, 1974, 1963, 1957, 1946, 1935, 1929 dan 1918.



- Kita sudah pun terlupa 40% dari apa yang telah berlaku kepada kita semalam.



- Mendengar muzik ketika bekerja tentang sesuatu yang membosankan membantu untuk meningkatkan tumpuan dan usaha.





- Tidur lewat boleh meningkatkan stamina mental dan fizikal untuk hari esoknya.



- Twilight, kisah cinta vampire dan manusia paling popular di dunia telah ditolak sebanyak 14 kali sebelum ianya betul-betul ditayangkan.




- "Hong Kong" adalah satu-satunya nama tempat yang diketahui boleh disebut tanpa menggerakkan lidah dan bibir.



- Setiap tujuh hingga sembilan tahun, kamu akan kehilangan lebih kurang separuh dari rakan kamu dan menggantikan mereka dengan orang baru.



- Telinga kanan lebih baik untuk mendengar ucapan, telinga kiri lebih baik untuk mendengar muzik.



- Kamu tidak boleh menangis di angkasa. Air mata tidak akan jatuh tanpa graviti.



- Tidur di sebelah seseorang membuatkan lebih mudah tidur, mengurangkan risiko kemurungan dan membantu kamu hidup lebih lama.




- Dalam satu minggu, purata seseorang belajar dari Google lebih 4 tahun dari belajar di sekolah tinggi.



- Minum segelas air sebelum menikmati hidangan membantu kamu makan lebih sedikit dan membakar kalori lebih cepat.



- Berangan ialah cara untuk otak kita fokus kepada sesuatu yang kita betul-betul mahukannya.









read more "Fakta serba sedikit. =D"

Friday, May 03, 2013



Mempunyai gadis idaman ?

Takut untuk berkenalan ?

Ingin mengorat jiran sebelah rumah ?

Terjatuh hati pada gadis taman bunga ?

Taip ON NGORAT dan hantar ke 32344.

*Nombor tu aku reka je tuh.*

Haishh. Macam iklan TV la pulak. Ok kita teruskan dengan topik
kita. Ada sesetengah orang takut untuk berkenalan, dan
ada juga yang menunjukkan sikap terlampau untuk berkenalan.
so sini aku nak bagi tips untuk memulakan perkenalan. Maybe ada yang
berguna untuk digunakan. hahah BM aku failed !





1. Bersedia untuk ditolak
  • Bukan semua orang boleh menerima salam perkenalan contohnya, seorang wanita yang sudah mempunyai teman lelaki atau suami, pastinya tidak akan berasa selesa dengan situasi ini.
  • Oleh itu janganlah tersalah sasaran kerana ia hanya akan membuatkan anda malu pada diri sendiri.  Anda perlu bersedia jika kehadiran anda tidak disenangi dan akhirnya ditolak.

2. Buang rasa malu
  • Perasaan malu itu perlu dikikis kerana ramai orang yang kurang gemar untuk bersahabat dengan seseorang yang terlalu pemalu.
  • Cubalah bersikap terbuka kerana lelaki atau wanita paling suka jika pasangan mereka bersikap positif dan terbuka dengan apa sahaja situasi yang mereka lalui.

3. Belajar memahami
  • Lelaki perlu memahami reaksi yang ditunjukkan oleh seseorang wanita. Jika mereka menunjukkan reaksi positif, anda jangan teragak-agak untuk meneruskan perhubungan tersebut.
  • Wanita pula perlu tunjukkan sikap sabar di dalam perhubungan. Lelaki tidak suka dengan wanita yang gelojoh kerana beranggapan wanita sebegitu sebagai murah atau terdesak untuk mencari calon suami.

4. Ingat nama dan simpan nombor telefonnya
  • Jangan sekali-kali lupa nama teman barumu itu. Jika anda terlupa, itu bermakna anda tidak merasakan kehadiran mereka penting dalam hidup mereka.
  • Jangan sampai tahap di mana anda  membalas SMS dengan pertanyaan 'siapa ni?', sudah pasti perhubungan yang baru sahaja terjalin akan putus di pertengahan jalan.

5. Bersikap positif
  • Golongan wanita tidak menyukai lelaki yang bersikap terlalu kasar. Apatah lagi jika anda baru berkenalan dengannya. Lelaki pula tidak gemar dengan wanita yang terlalu suka mengongkong dan terlalu mengambil tahu akan dirinya.
  • Di dalam aspek ini anda berdua perlu bijak menjaga hati masing-masing dan belajar untuk memahami karektor teman baru anda. Berikan dia masa untuk menyesuaikan diri dengan anda.





read more "Tip memulakan perkenalan"

Wednesday, April 24, 2013



Selalunye kita dengar perempuan yang complicatednye.
Perempuan ni begini, Perempuan tu begitu.
Tapi sebenarnye lelaki pun sama-sama complicated jugak.
sebabnye :






1. Jika kamu melayannye dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
jika kamu berdiam diri dia kta kamu tak ada iQ tggi.

4. jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. jika kamu tidak cinta padanya, dia cuba mndapatkanmu bermati-matian.
jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
jika tidak, dia tuduh kamu tidak mmpercayainya.

7. jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh.
jika dia yg cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. jika kamu mungkir jnji kamu, kamu sangat kejam.
jika dia yang mengingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.

10.JIKA KAMU MENGIRIMKAN INI PADA LELAKI2,
MEREKA PASTI BERSUMPAH SEMUA INI TIDAK BENAR...




read more "10 Perkara bukti lelaki complicated."

Friday, April 19, 2013




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. heheh.

Rasenye dah berbulan-bulan kot aku tak update blog. Argghh bukan
rasenye lagi dah, dah memang konfem berkulat blog aku nih.

sebagai pembukaan untuk pengaktifan balik blog tercinta aku,
aku nak cakap pasal trend terbaru kegilaan gadis-gadis Korea dan
jugak gadis-gadis Malaysia yang konon-kononnye kiut serta comel
iaitu GWIYOMI.


GWIYOMI atau KIYOMI adalah sebuah lagu yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi Korea, Hari. Gwiyomi ni mengisahkan tentang percintaan seorang perempuan dan seorang lelaki. Gwiyomi jugak bila ditranslatekan bermaksud seseorang yang cute dan comel.



THE ORIGINAL SINGER, HARI.



First aku kenal Gwiyomi ni time mula-mula tengok hasil video member
aku sendiri, video tentang "3 Epic Types Of Youtube Trends".





 ok Wan,
aku promote video kau kejap. Dalam video tu termasuk la skali dengan
trend Gwiyomi ni, so mase mula-mula aku nengoknye tu, aku terpikir la,
'menatang hape Gwiyomi ni, tak penah dengar langsung'. Then tak lama
lepas tu baru pemes. Lambat betul orang Malaysia ni ye.

Gwiyomi ni pulak ade macam-macam versi, versi gurls Korea,

versi lelaki, versi pompuan Malaysia pun ade. huh ?



yang ni compilation Gwiyomi.





yang ni versi pompuan Malaysia bertudung. Ermm not bad la. kaum-kaum
jejaka memang tertawan menawan aww aww  gitu.








oh yang ni versi budak skolah. Err, dik kau balik skolah pegi belajar
Geografi je la dik. Malu pulak aku nengoknye.





eh, versi lelaki pun ade ? ohhh please Messi joget dangdut
lagi cute la.







Ni ade petunjuk cara-cara nak joget-joget Gwiyomi. Pasni boleh la
on kamera, record then gedik-gedik sorang diri dalam bilik. Kalau
mak tanye ape bising-bising cakap je tengah bunuh lipas.





Dah siap berlatih ? Tahniah anda berjaya !


Sejujur seiklas seamanah mungkin memang aku tak minat menatang menatang
macam nih. Gedik-gedik ala Justin Bibir mintak disuapkan susu, memang
out of list la....  (-_______-"). 




read more "new trend Gwiyomi ?"

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget