.

.

Search This Blog

Category

Thursday, May 23, 2013

Aktor yang cedera di set filem





Sebelum ni kalau korang tengok pelakon-pelakon filem dalam
keadaan cergas dan sihat, mesti korang bayangkan yang mereka berlakon
dengan lancar tanpa sebarang kecelakaan. Sebenarnya, ramai artis
yang mengalami kecederaan semasa berlakon nih.

Antaranya :-

1. HALLE BERRY --> GOTHIKA



- Semasa membintangi filem thriller yang dibintanginya bersama-sama Robert Downey Jr, aktress Halle Berry telah mengalami kemalangan yang menyebabkan lengannya patah. Dalam kejadian itu, Robert sepatutnya sedang melakonkan watak menteramkan Halle Berry di sebuah wad pesakit mental dan ketika mereka sedang melakonkan babak tersebut yang melibatkan Halle meronta-ronta, dia terdengar bunyi 'pop' dan serta merta mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku. Katanya kerana Robert tidak memegang tangannya dengan betul, maka terjadilah kemalangan itu.

2. BRUCE WILLIS --> DIE HARD



- Dalam satu babak dimana Bruce sedang menembak menggunakan peluru yang menyebabkan bunyi yang terlampau kuat dari bawah meja tempat dia sedang berada ketika itu. Pihak bertanggungjawab gagal menyediakan penutup telinga itu menyebabkan Bruce kehilangan dua pertiga daripada pendengaran di telinga sebelah kirinya dan mengalami kecacatan kekal.


3. JOSEPH GORDON-LEVITT --> PREMIUM RUSH



- Biasanya dalam filem-filem, dalam babak-babak yang membabitkan para aktor jatuh ke cermin kaca, ia selalunya menggunakan cermin-cermin kaca palsu yang diperbuat daripada gula dan tidak mencederakan para pelakon. Namun dalam kes yang terjadi kepada Joseph ini, ketika dia sedang melakonkan babak tercampak ke cermin belakang sebuah teksi dimana teksi itu adalah teksi sebenar dan tentulah mempunyai cermin daripada kaca sebenar. Akibatnya beliau mengalami luka yang teruk dan terpaksa menerima lebih 31 jahitan untuk rawatan luka yang dialaminya.


4. JACKIE CHAN --> RUMBLE IN THE BRONX & ARMOUR OF GOD



- Sape yang tak kenal Jackie Chan kan, seorang pelakon yang sentiasa melakonkan aksi lasak sendiri tanpa bantuan stuntman. Dalam filem Rumble In The Bronx, kita dapat melihat babak beliau melompat ke atas sebuah hoverkraf yang bergerak dan bila ia jatuh ke dalam hoverkraf itu, dia terus bergolek dan memegang kakinya. Sebenarnya akibat lompatan itu, dia mengalami patah kaki kanannya tapi kerana semangat dan profesionalismenya, Jackie meneruskan penggambaran dengan kaki yang dibalut simen.

Satu lagi kes yang membabitkan Jackie dalam filem Armour Of God, dia menyudahkan satu aksi lasak yang memerlukannya untuk terjun dari sebuah dinding istana ke sebatang pokok di bawahnya. Oleh kerana belum puas hati, dia berhasrat melakukan sekali lagi babak tersebut namuun kali ini dia terlepas untuk jatuh dengan elok di atas pokok sebaliknya kepalanya telah terhantuk ke tanah menyebabkan tengkoraknya telah menusuk ke bahagian otaknya dan darah mulai keluar dari telinganya. Kini Jackie telah pulih sepenuhnya namun masih terdapat satu lubang kekal di kepalanya dengan plag plastik berada di situ untuk melekatkan otaknya agar berada di dalam tengkoraknya.


5. ARNOLD SCHWARZANEGGER & SLYVESTER STALLONE --> THE EXPENDABLES 2



- Mungkin kerana faktor usia telah menyebabkan kedua-dua pelakon tersebut mengalami kecederaan dan terpaksa menjalani pembedahan di bahagian bahu sebaik sahaja penggambaran untuk filem tersebut siap.


6. GEORGE CLOONEY --> SYRIANA



- Ketika menjalani penggambaran untuk aksi lasak dalam filem Syriana, George sedang melakukan aksi lasak sendiri tetapi ianya tidak menjadi seperti yang dirancang menyebabkan tulang belakangnya cedera teruk. Kecederaan yang dialaminya begitu menyakitkan sehingga membuatkan dia terfikir untuk membunuh diri. Mujurlah akhirnya dia berjaya pulih setelah menjalani pembedahan.


7. JAMIE ALEXANDER --> THOR : THE DARK WORLD



- Ketika sedang menjalani penggambaran, Jamie telah terjatuh dari sebuah tangga besi dan akibat kejadian itu, dia mengalami kecederaan di beberapa bahagian tubuhnya daripada bahagian vertebra sehinggalah ke bahagian bahunya.

8. LEONARDO DICAPRIO --> DJANGO UNCHAINED



- Dalam satu babak filem tersebut, Leonardo menghentakkan tangannya ke atas meja dengan sangat kuat sekaligus terhiris tangannya ke satu gelas kaca kordial yang ada disitu sehinggakan ianya terbelah dan berdarah.


9. BRAD PITT--> TROY



- Melalui filem tersebut Brad Pitt tercedera di bahagian tendon 'archilles'nya. Kecederaan itu berlaku ketika Brad Pitt mendarat dari lompatan dalam babak sedang berlari, melompat dan membunuh pahlawan Trojan.






- RAJIHAH RAZALI - BOLEH PANGGIL GEE - COMPUTER SCIENCE STUDENT - COMEL - GATAL - SOMBONG - ANNOYING - COLOURFUL - KECIK -

0 comment:

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget