.

.

Search This Blog

Category

Friday, February 18, 2011

cara untuk bersahabat dengan lelaki


korang mungkin lebih berminat berkawan dengan kaum lelaki, mungkin 
bagi korang kaum lelaki ni lebih sporting, lebih senang bergurau kasar2 
sikit, tak sensitif, straight to the point (wahh banyak pulak aku puji lelaki, 
kaum lelaki jangan kembang hidung ye).


macam aku ni, aku lebih suke kawan ngan lelaki. tapi tak bermaksud
aku gatal ye, walaupun memang aku dah ade sifat2 gatal. hak3.
bagi aku lelaki ni lebih senang nak gurau, lebih gila2. maklum la, aku ni suke gurau.
bukannye aku tak suke kawan ngan pompuan, tapi kadang2
pompuan ni sensitif sket. sebab tu pompuan yang satu kepala ngan aku baru btul2
rapat. Yang lain, pandai mengate ja. haha.

so, bagaimana tip korang nak berkawan rapat ngan lelaki? (kalau kekasih tu
lain citer ye. yang tu sile cari cara tip mengorat).

sebenarnye ada cara die untuk bersahabat dengan lelaki. antaranye,


humor;
lelaki ni bebas bergurau, sebab bagi mereka, gurau ni dapat melepaskan
ketensionan atau ketegangan. so kalau korang nak join member2 lelaki, ape
kate korang show sedikit kehumoran korang, berlawak la sikit. mule2 tu
korang mulakan dengan ketawa besar korang bile dengar mereka berlawak.
tapi jangan la besar sangat, kan buruk pulak bile dengarnye. sebab lelaki
ni akan selesa bila berada bersama ngan orang yang mempunyai kadar humor
yang sama ngan diorang.

*aku kadang2 giler2 jugak. kalau aku buat giler, memang giler la jadinye.
haha

berdikari;
sebahagian besar lelaki beranggapan sahabat lelaki akan lebih menghargai bila
korang tunjukan sedikit sifat2 berdikari korang, maknenye jangan la manja2 sangat,
sebab kalau manja2 keterlaluan kadang2 membuatkan orang lelaki ni menyampah.
aku pun menyampah gak. tak salah kalau korang nak manja pun, asalkan berpatutan
dan tak seperti bermanja ngan pakwe korang.

tahu banyak hal;
mungkin korang perlu up to date sket topik2 terkini. maksudnye topik2 yang
berlaku sekarang la, bukannye topik gosip semata2, mekap semata2, shopping
semata2. ye la, bila korang berkumpul dan bersembang, takkan lelaki nak
borak pasal benda2 tersebut? biasanya lelaki akan berasa senang dengan pompuan
yang boleh diajak berbual tentang beberapa topik kesukaannya, seperti olahraga
ke, bola, automotif ataupun muzik.

straight to the point;
bila sahabat korang buat korang sakit hati ke, tak senang duduk ke, kurang
senang ke, just cakap je kat diorang, tak payah nak berkias2 or nak perli2.
relaks sebab lelaki lebih senang dengan individu yang straight to the point.

good listener;
sentiasa jadi pendengar yang baik, tentu la member korang akan rasa
lebih dihargai. kalau aku pun camtu, rasa lebih dihargai bile orang mendengar
story kite. ni kalau kite ngah syok bercerita, tibe member cakap, "apa dia?"
sape tak sakit ati kan.


dan bile korang nak bersahabat ngan lelaki, korang jangan pulak,

mengongkong;
yang ni sape2 pun tak suke. ye la, aku tak penah dengar lagi orang suke
dikongkong. sedangkan kekasih mahupun suami tak suke dikongkong, kalau
setakat nak berkawan, awal2 lagi si pengongkong ni dah kene reject.

*aku pun tak suke dikongkong dan mengongkong.

gosip;
majoriti kaum pompuan suke gosip. kalau orang kampung cakap, "radio buruk".

bagi lelaki, perkara ni adalah sesuatu yan amat boring atau membosankan.
golongan lelaki hanya suka berminat kalau korang ajak berbual topik yang menarik
perhatian diorang. lelaki jugak akan lebih suka kalau korang ajak wat aktiviti cam
olahraga ke,  aktiviti lasak ke. tapi jangan korang ajak merempit pulak.

*aku pun tak suka gosip. 

hobi mengeluh;
asal ade problem je, mengeluh. ade problem je, mengeluh. tak kire la problem
tu sebab sembelit ke, adik tak ajak main ke, ape ke. kalau sesekali korang
share problem korang, mungkin diorang nak bantu lagi, tapi kalau dah berhari2
asyik mengeluh, orang pun bosan.


betul tak kaum lelaki?



entri ini bersumberkan buku REMAJA. so kalau salah tu, aku tak tahu
la. hehe.






- RAJIHAH RAZALI - BOLEH PANGGIL GEE - COMPUTER SCIENCE STUDENT - COMEL - GATAL - SOMBONG - ANNOYING - COLOURFUL - KECIK -

0 comment:

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget