kelmarin aku ade tengok filem yang tengah hot sekarang,
filem "Hantu Kak Limah Balik Rumah" kat astro first.
sinopsis die:
Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya,Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Jabit, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.
Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur.Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut.
rupe2nye Kak Limah tu, bukan hantu, tapi orang gila. patut la.
tapi ade satu part yang aku agak kurang senang. mase bomoh siam nak
panggil hantu Kak Limah, tapi kluar hantu, yang ada benda panjang. mula2
aku tak perasan gi apekah bende tu. pastu pak Abu (zami Ismail) cakap,
"panjangggnye kopekk.."
kopek kalau bahasa baku cakap kupas. tapi kalau loghat Terengganu, (maybe
Perak or Kelantan samer maksud ngan Ganu, tapi aku tak tahu laa.),
'kopek' maksud die 'buah dada', 'tetek', 'payudara'. aku bukan nak melucah,
tapi dah memang maksud die macam tu.
jadi, bagi aku macam lucah je sedikit mase part tadi. adik aku ngan sepupu2
aku yang kecik2 tengok, sumenye pakat gelak sambil sebut2. elok ke sebut
bende senditif macam tu?
tapi aku heran pulak nape orang tak timbul isu ni. mase isu nasi lemak 50 sen
kemain lagi heboh. aku rase isu ni lebih kurang je ngan dialog nasi lemak
50 sen tu. point die, aku sebagai orang perempuan berasa malu. ke aku yang
yang macam emo lebih?
*mase aku tulis ni aku tak emo pun. siap gelak2 lagi.
p/s : aku paling suka part Abi (johan) tengah berak tu. boleh die tutup
ngan tudung saji sebab tak sempat pakai sluar. hak3.
1 comment:
tak tgk lagi cite ni... best ke
Post a Comment