.

.

Search This Blog

Category

Friday, September 09, 2011

berbasikal ke bukit besi 2







haa.. to be continue.. entri sebelum ni aku ade story  pasal berbasikal ke bukit besi, tapi separuh jalan je. Kali ni aku nak sambung story tersebut. Korang kene bace, aku nak pakse korang bace ni!

Kitorang berkayak agak lamer jugak. Agak lenguh tangan2 ni.  Walaupun aku bukan pakar kayak, tapi  aku tahu la sikit2 skill kayak. Dan aku jugak bernasib baik sebab dapat partner yang agak tahu kawal kayak, so takde la masalah sangat. Lepas kayak, kitorang berendam lagi sekali dalam tasik pastu terus balik ke khemah then mandi. Mase nak tunggu turn mandi tu, ya Allah berjanggut siap beruban lagi. Lamer benor.


Lepas isyak, kitorang perlu buat satu group (bercampur ngan budak2 yang pergi kayak), kene buat trademark. Namer group kitorang blender. Cun tak? Tapi mase tengah syok reka trademark tu, aku terkilan skit sebab aku pening kepala, pastu aku mintak ngan urusetia nak rehat. Tido la kejap dalam 15 minit, baru ilang pening tu. Aku tido2 ayam je, jadi dengar la sikit2 trademark yang group aku reka. Aku masuk je, terus kene buat show trademark kat depan group lain. Nasib baik la menjadi. Tapi group kitorang bukan bagus sangat pun, sebab ade jugak suara2 yang ‘boooo’ kitorang. Hahaaa.


Lepas tu kitorang ade explorace. Mula2 cari klu, agak lamer untuk kitorang nak jumpa klu terssebut. Lepas tu ade wakil kne naik flying fox. Warghh! Aku teringin giler nak naik menatang tu, tapi sebab dah ade wakil so aku terpaksa redha je la. Lagipun aku taknak kasut aku basah sebab dah takde kasut lain, sebab ianya mendarat lam air. Then cari klu balik, dan kitorang perlu buat satu permainan. Yang lelaki perlu melompat tali tanpa mengena tali tersebut dan yang girl pulak kene melalui bawah tali tersebut, dengan cara membengkokkan pinggang ke belakang tanpa sentuh tali tersebut. Ade la segelintir ahli group yang tak pandai mane main permainan tu.

Kitorang diberi klu lepas tu. Lepas jumpe arah tuju, kitorang kene sambung tayar, seat ngan rantai basikal sampai betul2 kemas pastu kene cabut balik. Barang2 tersebut pulak jauh. Aku lah salah seorang yang kene berlari ambik barang2 tersebut. Aku yang offer diri sebab maklum lah, aku memang suke berlari. Hehee. Yang tukang pasang, kaum2 lelaki.. siap je, kami kene letak barang2 tu balik, pastu ke garisan penamat. Group aku dapat no 3, hmm kire ok la tu. Sekurang2nye bukan last. Selesai je, kitorang pun masuk tido krohhh krohhh. Lena diulit mimpi.

Haa sebab lena sangat la semua orang bangun lewat dan majority peserta2 tak mandi pun, termasuk aku. Tapi takpe, kewangian aku still dapat dikekalkan. Just salin baju je. Oleh sebab kitorang bangun lambat, kitorang didenda berlari dan tekan tubi. Dah la atas jalan tu ade taik lembu kering, nasib baik tak kena. Kalau tak, bertambah la perfume aku. Perfume taik lembu pulak tu.



Lepas tu kitorang disuruh gi ke tasik, kene berendam sekali lagi. Diorang cakap terapi air la, ape la.. nasib baik benda tu seronok, takde la aku nak pot pet pot pet sangat. Tapi betul, lepas berendam, aku terasa segar balik, dah takde dah lenguh2 pinggang. Baju? Memang dah basah lencun.

Ingatkan dah boleh balik, eh rupe2nye ade permainan lagi. Permainan ape? Diorang mintak 3 wakil dari group masing. Rupe2nye kitorang kena angkat basikal dan berlari berganti2. Nasib baik aku tak offer diri untuk masuk. Tapi kalau aku masuk pun, aku tak kesah, sebab aku memang suke mende2 camtu.

Habis mainan tu baru kitorang boleh balik. Balik dalam keadaan basah lencun. Sebelum bertolak kitorang bergambar dulu. Ye, 2 hari berturut2 kitorang kayuh basikal sejauh 40 km. dalam perjalanan balik tu ade la satu eksiden basikal, tapi nasib baik tak teruk. Perjalanan balik kitorang dalam keadaan baik.


Baju dan seluar sume kering semasa dalam perjalanan. Tapi aku pakai seluar yang agak tebal, dimana bahagian bawah memang kering, tapi bahagian atas yang terlindung ngan baju tu masih lembab dan Nampak jelas, sekali orang tengok memang orang cakap aku kencing dalam sluar. Malu siot. Macam2 gaya aku tutup sluar aku tu. Nasib baik tak ramai yang perasan. sampai tu kitorang ade majlis penutup, then makan2 sket, baru la dapat balik ke hostel.

Orang lain lepas balik sume cari katil tido. Aku? Sampai je bilik, mandi and salin baju, terus ke kafe pastu online. Hahah.

p/s: perkara yang tak seronok time ikut aktiviti ni? Aku keseorangan. Aku takde member. Jadi hampir setiap masa aku seorang diri, sebab tu aku terasa terpinggir. Bawak basikal pun sorang2 je. T.T






- RAJIHAH RAZALI - BOLEH PANGGIL GEE - COMPUTER SCIENCE STUDENT - COMEL - GATAL - SOMBONG - ANNOYING - COLOURFUL - KECIK -

0 comment:

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget