.

.

Search This Blog

Category

Tuesday, June 01, 2010

tips jimat duit


kalau korang rasa cam korang sentiasa takde duit, atau tak tahu
camne nak simpan duit, maybe leh ikut tip ni kot. tapi ni cara saya,
saya tak tahu la berkesan ke tidak kat korang, tapi kalau saya ikut
agak berkesan.  tapi ape-ape pun, boleh jadi panduan jugak kan?



1. tukar ke not yang lebih besar
~kalau korang ade duit RM1 sepuluh keping, tukar ke not RM10. kalau korang ade duit RM10 lima keping, korang tukar pulak ke not RM50. kalau korang ade duit RM50 dua keping, korang tukar ke not RM100 dan begitulah seterusnya. ni kerana bila korang dah ade not yang lebih besar (seelok-eloknya duit yang baru gitu) korang akan rasa lebih sayang untuk berbelanja, lagi-lagi kalau not tu not yang baru. memang taknak bagi kedut duit tu sampai sentiasa bawak seterika kat mana-mana. tapi kalau jenis yang tak ambik kesah pasal sume tu, teknik ni tak berkesan jugak.



.  2. duit syiling.
~yang ni lebih kurang je macam tips kat atas. kalau korang dapat syiling tak kira la dari sape pun, seposen ke, dua posen ke, apa kata korang simpan dulu. kalau adik korang mintak korang cakap la korang dah bagi kat kambing jiran ke, korang bagi kat toyol ke.. takpun kalau korang nampak duit syiling atas meja ke, ambik je.. (hehe). bile dah simpan lama-lama, mesti banyak kan? pastu korang tukar la ke not yang lebih besar. mane tau duit syiling korang mencecah rm100? jadi kalau korang pegi beraya nanti tapi tuan rumah bagi duit raya 50sen, ambik je, takyah tolak..

3. bawak duit cukup-cukup
~haa.. yang ni dalam iklan kapten cash pun ade cakap. kalau korang plan nak pegi beli sabun ke, nasi ayam ke, aiskrim ke, pastikan korang bawak cukup-cukup ngan harga barangan tersebut. bawak duit untuk beli barang keperluan je. nanti bila korang dah beli barang keperluan, pastu korang ternampak barang yang tak plan pun nak beli, tapi korang dah takde duit, jadi korang dapat berjimat. tapi jangan betul-betul bawak cukup-cukup, disarankan anda bawak duit lebih sebab takut ada emergency yang perlu menggunakan wang segera, niaya pulak ye.



tapi ape-ape pun, berjimat tu agak-agak la ye. kan kalau ada member korang suruh belanja ke,
ape salahnya sekali sekala belanja diorang.  jimat-cermat takpe, jangan jadi seorang yang kedekut
pulak.
 .


- RAJIHAH RAZALI - BOLEH PANGGIL GEE - COMPUTER SCIENCE STUDENT - COMEL - GATAL - SOMBONG - ANNOYING - COLOURFUL - KECIK -

0 comment:

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget