.

.

Search This Blog

Category

Sunday, June 06, 2010

panduan miliki telefon bimbit


saya rasa semua orang ada telefon bimbit. sekarang zaman berteknologi, kanak-kanak 7 tahun pun dah memiliki telefon bimbit sendiri. jadi apa kata kita ikut serba sedikit tip memiliki telefon bimbit.


1. LIPUTAN
~ pastikan terlebih dahulu isyarat penyedia perkhidmatan yang mana lebih kuat serta jelas di tempat tinggal anda, tempat kerja dan tempat yang kerap dikunjungi. dapatkan peta liputan yang biasa disediakan oleh jurujual. Selepas memilih pembekal perkhidmatan, dapatkan set telefon yang menyokong pembekal itu dan sesuai dengan keperluan anda. sekiranya anda kerap berkunjung ke tempat lain atau luar negara, pastikan telefon anda mempunyai ciri perayauan automatik. ciri ini memudahkan pencarian/pengesanan gelombang perkhidmatan yang boleh digunakan.

2. MUTU PANGGILAN
~ dua jenis sistem rangkaian telekomunikasi digital ditawarkan di Malaysia iaitu rangkaian 'Personal Communication Networks' (PCN) dan 'Global System for Mobile Communication' (GSM). Walaupn kedua-duanya dalam isyarat digital, mutu panggilan adalah berlainan diantara kedua-dua rangkaian. Di negara kita, ada empat penyedia perkhidmatan PCN iaitu Adam (Time Telekom), TMTouch dan Mobikom (Telekom Malaysia) dan Digi (Mutiara Telecom). dua penyedia perkhidmatan GSM ialah Maxis (Binariang) dan Celcom (Celcom).


;3. HARGA
~ pelbagai bentuk promosi ditawarkan oleh pembekal termasuk potongan kadar caj, panggilan percuma bersyarat, potongan untuk panggilan antarabangsa, potongan untuk panggilan ahli keluarga, tawaran hadiah bagi pengguna baru dan sebagainya. usah mudah terpengaruh dengan tawaran itu, sebaliknya utamakan mutu perkhidmatan kerana ia akan mempengaruhi penggunaannya. harga set telefon juga  perlu diambil kira. biasanya lebih mahal harganya, lebih banyak fungsi dan cirinya. selain itu, jenama telefon turut mempengaruhi harga; lebih popular lebih jugalah harganya. namun, pengguna tidak harus pandang rendah jenama yang kurang popular dengan harga murah. siapa tahu, walaupun murah tapi bermutu tinggi. oleh itu, sekali lagi mutu memainkan peranan, kajian lebih mendalam diperlukan sebelum membeli.

4. MESRA PENGGUNA
~ utamakan keselesaan ketika diguna, terutamanya ketika dipegang dan kesesuaian jarak antara mulut dan telinga anda. perlu diingat, tidak semua telefon menyokong perkhidmatan sama.

5. PERKHIDMATAN TAMBAHAN
~ untuk pengetahuan anda, tawaran perkhidmatan tambahan daripada rangkaian PCN dan GSM berbeza. secara amnya, rangkaian GSM menawarkan perkhidmatan tambahan yang lebih baik, sebab itulah harga telefonnya lebih mahal berbanding set telefon yang menyokong rangkaian PCN, walaupun kadar caj dan yuran capaian masih sama. perlu diingatkan, telefon lebih murah tidak semestinya kurang bermutu tetapi untuk penggunaan yang mudah saja kerana tidak disertakan dengan perkakasan serta perisian operasi untuk perkhidmatan seperti faksimili, data, panggilan menunggu dan pemindahan panggilan. selepas bepuas hati dengan set telefon, boleh mula fikir mengenai aksesori tambahan seperti bateri, pengecas, penutup berwarna, antena, kit bebas tangan dan sebagainya. .


- RAJIHAH RAZALI - BOLEH PANGGIL GEE - COMPUTER SCIENCE STUDENT - COMEL - GATAL - SOMBONG - ANNOYING - COLOURFUL - KECIK -

0 comment:

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget