.

.

Search This Blog

Category

Tuesday, June 08, 2010

fakta mengandam


sebut saja mak andam, pasti korang terbayangkan jurusolek untuk pengantin
perempuan. maknanya di mana ada pengantin, kat situ jugak la ada mak andam.
dulu-dulu saya ingat tugas mak andam ni hanyalah make up kan pengantin je,
tapi rupe-rupenya ade jugak kepercayaan lain yang mak andam perlu buat untuk
menambah seri pengantin.


~:: bukan sekadar mengenakan solekan kepada pengantin sebaliknya segala peraturan 
dan pantang larang dilakukan mempunyai maksud tersirat. ia bermula daripada sebelum majlis
 hinggalah naik pelamin. ada amalan yang ditinggalkan kerana bercanggah dengan 
agama dan sebagainya. ::~


~:: mengikut fahaman masyarakat melayu, berandam bererti wanita yang hendak dikahwinkan 
perlu dicukur dan diperelokkan bentuk bulu keningnya dan dicukur andam anak rambut 
di sepanjang anak dahinya. ::~


~:: tujuan mencukur bulu roma pada wajah supaya solekan tampak lebih jelas dan jika pengantin
berpeluh, ia tidak mengalir di celah bulu roma sehingga menjejaskan solekan. memantis kening
pula bertujuan membezakan antara lelaki dan perempuan. ::~


~:: gigi pengantin perempuan diasah dengan sejenis batu pengasah gigi supaya saiz dan kedudukan
gigi dapat disama ratakan. semua ini dilakukan orang tua-tua zaman dahulu dengan tujuan baik,
iaitu menambah kecantikan dan seri kepada bakal pengantin. ::~



~:: bakal pengantin dimandi dengan air daun buah limau purut dan mak andam akan menjalankan


upacara sintol langir yang mengikut kepercayaan bagi membuang rasa takut, sial, malang dan
malapetaka yang bakal mengganggu anak dara berkenaan. selepas itu bakal pengantin disapu
bedak. ::~


~:: apabila siap dimandikan, maka hujung 10 jari tangan, di tengah-tengah kedua belah tapak
tangan dan di sekeliling kedua-dua belah kaki anak dara diinai. upacara menepek inai ini
dilakukan terlebih dahulu sebelum adat berinai di pelamin dijalankan. ::~



p/s : kepada bakal-bakal pengantin, digalakkan anda pilih jurusolek je, sebab takut
terjerumus ngan perkara-perkara syirik pulak. tapi tak bermaksud kene mengetepikan
                  mak andam sampai diorang kena letak jawatan pulak. *maaf ye mak andam! .


- RAJIHAH RAZALI - BOLEH PANGGIL GEE - COMPUTER SCIENCE STUDENT - COMEL - GATAL - SOMBONG - ANNOYING - COLOURFUL - KECIK -

2 comment:

- zuriey - said... at Jun 9, 2010, 1:10:00 AM

siap kena asah gigi.. macam nak asah parang sembelih ayam pulak..

Amri Bahruji matPuisi said... at Jun 9, 2010, 8:56:00 AM

nnti solekkan i tau.. ahaks..

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget