.

.

Search This Blog

Category

Tuesday, November 01, 2011



semalam, oleh kerana aku bosan sangat, aku
try la sembang2 ngan CLEVERBOT. punye la aku
sembang, cleverbot tu memang menyakitkan hati.
cleverbot tu sesuai dinamakan 'STUPIDBOT' je.


stupidbot mempunyai sifat2nye tersendiri. antaranya,



-stupidbot PERASAN !-



-stupidbot pandai jugak cakap ganu-
*gelenya tehh = "gatalnye !"




-stupidbot LUCAH!-


walaupun die agak bangang, aku still nak sembang ngan stupidbot
sebab sekurang2nye aku dapat ilangkan tension aku. haha.




read more "bersembang dengan STUPIDBOT"


seperti yang korang sume tahu, 2-3 hari ni mesti ramai yang sebut
pasal piala FA yang baru berlangsung.

macam2 kes yang kite dengar lagi2 kat FB kan. maklum la, Fb
sekarang dah dikire macam reporter dah :D  sume isu tau melalui Fb je.

ok, ade beberapa perkara yang aku tak puas hati or tertanya2. bukan tak puas
hati sebab Terengganu tak menang, (*sigh) tapi tertanya2 tentang beberapa
perkara yang timbul kat Fb.




(=.=)  Negeri Sembilan menang, diorang bersorak kegembiraan. tapi
kenape orang Kelantan pulak yang lebih2 kutuk Terengganu ye? aku
bukan tak suke Kelantan or kutuk kelantan, (jangan misunderstanding pulak),
tapi aku ade join group uitm batch aku, eh2 budak kelantan tu lebih2
kutuk2 dan sindir ganu. dah la die duk uitm ganu. pastu aku ade jumpe group
yang kutuk2 sharbinee allawee dan sebagainye, tengok2 admin die orang
klantan. banyak sangat aku tengok camtu, gambar ke, ape ke.
*maaf saya bukan kutuk kelantan. meluahkan rasa je*


(=.=) Tentang ketidakmenangan Terengganu (aku taknak sebut kalah. haha),
ramai yang salahkan goal keeper Terengganu, Sharbinee Allawee. macam2 la
orang kutuk kan. haa. time kalah camtu la, kesalahan sikit je pun nak kecoh2
kan. tapi kecekapan Sharbinee yang telah menangkap berpuluh2 bola tu
takde pun orang nak sekecoh kesilapan die. orang malaysia camni la, bila menang
bangga, bila tak menang kutuk.


(=.=) penyokong Terengganu belasah penyokong Negeri Sembilan beramai2.
kenape? sebab penyokong Nogori membakar bendera negeri Terengganu. ala,

sume dah kecoh pasal ni kan? penyokong Nogori pun, yang hang duk gatal tangan
nak bakar bendera tu kenape? memang la kami rase terhina. maruah tu! dah menang
pun wat pe nak bakar lagi.  baik ko bakar stadium je terus kalau rase nak bakar
sangat. penyokong Terengganu pun, nak belasah tu sikit2 dah cukup. setakat
jentik 2 kali sorang, cukup la. pastu serah dekat kes polis, biar polis pulak yang buat
keje.




(=.=) yang paling aku tak puas hati, kenape Terengganu tak menang??
ye la. bagi la peluang kat Negeri Sembilan kan, sian diorang dah tunggu lama
nak menang.. hehee. (ayat orang frust camni la). *Hai-o pun orang ganu*




p/s : nak tulis entri ni saje pun makan mase 3 hari. sebab tu lambat post.
malas punye pasal.



read more "piala malaysia 2011 (kenape?). Aku lambat post pasal mende ni. haha"

Friday, October 28, 2011




ok make sure korang bace sampai abis walaupun panjang sebab.....
nak tahu bace laa..



kisah ni berlaku hari tu dah, sekarang baru berkesempatan nak taip.

kisahnye bermula camni,
tanggal 16 oktober 2011 kot, takpun 17 oktober.

*sumber gambar : google


mase ni kan musim orang ke Mekah, so ramai la sedara2 dan kenalan2
mak aku nak ke Mekah, tak terkecuali besan mak aku. sebagai family yang
agak berbudi bahasa, sopan santun dan tahu adat (muahahaaaa), jadi kitorang
pun pegi la melawat besan mak aku tu.

mase tu hanya aku, mak aku ngan adik aku yang pegi, ayah aku still keje
so kitorang suruh la ayah singgah terus pas balik keje nanti. mase mula2 sampai
kat umah diorang tu, kitorang dah pikir panjang dah, pehal umah diorang tertutup
je? orang nak gi mekah ofkos la ramai orang datang kan? sehari sebelum tu pun
kitorang dah datang dah, tapi macam tu la, pintu dan pagar terkunci rapat.

pastu mak aku jenguk2 la, eh2 ade orang bukak pintu, seorang wanita  sarat
mengandung. aku tanye la mak aku, "mok eh, piye owr?" dengan konfidennye tanpa
segan lagi silu lagi malu2 mak aku jawab,  "adik ipar ipang.". ipang a.k.a irfan tu
abang ipar aku atau suami kakak aku atau menantu parents aku atau ketiga2nya skali,
sume btol. 
setahu aku, isteri biras aku tu (eh, betol ke biras ? aku tak tahu haha) muke die lain,
dan die pun baru je pregnant kalau tak silap aku. namer die kak shiela. dah la nampak
wanita tu macam  agak tua sedikit. tapi sebab mak aku konfiden sangat,
aku pun mengiyakan je la.

kitorang masuk la dalam umah, mak aku pun rancak je sembang2 ngan tuan rumah
tu. pastu ade la sorang budak kecik dalam lingkungan 2 atau 3 tahun ngah tidur. mak
aku tanye la, "anak sape tu ?" tuan rumah tu cakap la tu anak die. eh dalam hati aku lain
macam dah ni, sebab setahu aku, kak shiela tu baru mengandung anak sulung. mak aku pulak
konfiden je sembang ngan tuan rumah, eh rancak pulak diorang pot pet pot pet.

aku perhati sekeliling, macam lain je reka bentuk umah die. aku tengok gambar yang
tergantung, eh laki kak shiela orang lain. aiii.. rase lain macam tu lagi la menyelubungi diri.
sepanjang dalam umah tu, aku senyap je. tibe2 je mak aku tengok tepat ke arah aku,
sambil menggerakkan bibir tanpa suara, tapi aku paham la maksud mak aku tu.
mak aku tanye, "eh, betol ke rumah ni?"

alamak!

kalau mak aku dah tanye camtu, aku rase cam aku tau je answer die. mak aku duk intai2
kat luar, tuan rumah tu pun tanye la, 

"intai ape kak?"

mak : "eh betol ke rumah ni? saye rase macam salah umah je?"

tuan umah : "dah kak nak cari umah sape? "

mak : "kak nak gi umah Maizun, kenal tak? "

tuan umah : "eh, tak kenal la kak, saya pun baru je duk sini"

mak : "ye ke? ala mintak maaf la ye, salah umah. hehe"


mase tu kan, aku tak tahu la nak gambarkan camne perasaan aku. rase cam
nak ambik kuku beruang nak cakar2 je muke aku. malu siot !! first time aku
kene gini. siap masuk umah sembang pot pet pot pet lagi ngan tuan umah.
nasib baik je tuan umah tak gi wat air lagi, kalau tak memang rezeki kitorang la
mase tu.



p/s : tuan umah tak tanye sape sebab die tu bini kawan ayah aku & die dah penah
tengok mak aku mase gi kenduri sehari sebelum inciden tu. maybe die ingat kitorang
datang umah die sebab atas dasar suami masing2 kawan kot.



read more "alamak ! salah rumah !"


woot !

hadoi. dah lamer benar aku nak update blog tapi tak terupdate.
kenape?

google chrome & mozilla aku la wat hal. ntah kenape diorang nak ngajuk ngan aku
pun, aku tak tahu la. setahu aku, aku slalu je bagi layanan mesra kat diorang tuh.
belai kemain lagi. huh ! 




sekarang aku dah donlod browser baru, baru la leh nak update. hah biar la
google chrome ngan mozilla kesepian pulak pasni. Opera, Seamonkey, aku
nak sayang korang pulak pasni sebab dah kembalikan blog aku yang bersawang nih.

come to mama bebeh ! haha.

ok, sekarang dah leh sambung update blog. err, entry lain la pulak. hehe.




read more "baru leh update blog. huh !"

Friday, September 09, 2011




‘lepas masuk U dah sombong.’


‘u have changed since u go to university.’




Ade orang cakap camtu kat aku. Ala, bukan aku masuk U hebat sangat pun aku nak sombong2 ni. Bukan aku ambik kos terror sangat pun aku nak berlagak2 ni.

Selalu je orang salah paham ngan aku.



Kes pertama;

Aku slalu je tak balas mesej someone. Sebab? Aku memang malas nak mesej2 ni. Sape2 pun yang mesej, kalau aku rase aku perlu balas baru aku balas. Aku lebih suke kol. Tapi kalau mesej tu jarang2 sekali, aku layan gak. Kalau 24 jam nak mesej, pastu kalau tak balas cakap macam2 la, abis tu bile time aku nak berak, nak jage anak2, nak suap susu kambing?
Satu lagi jenis aku ni, andaikata mesej tu dihantar time aku tido ke, takpun time aku tak sedar ke, sedar2 dah 3 jam dah mesej tu, jangan harap la aku nak balas. Dah tu ade la yang cakap aku sombong. Ye, baiklah kalau camtu.

Kes kedua;

Aku ade la kenal sorang mamat Tunisia, ye dulu aku baik gak ngan die. Kitorang sembang kat internet je. Tapi lepas masuk U ni, aku ni dah la takde berukband, jadi bergantung harap pada wifi U yang tak seberapa ni je la.
Dah wifi U, kadang2 line putus la, pe la, jadi susah nak chat. Aku pun jadi malas nak chat bile dah line k.o. Dah tu mule la mamat tu cakap aku lain.
Lagi satu, aku ni kadang2 memang la on9, tapi jasad takde pun depan laptop. Jadi kalau orang chat, sah2 la aku tak reply. Eh mamat ni nak sensitive lebih pulak cakap aku dah taknak layan. Hari tu die terus cakap nak putus kawan. Dah banyak kali dah aku explain, eh masih wat2 tak paham, aku pun malas la. Mampus la ko taknak kawan ngan aku pun, aku tak rugi lagi.

Dah orang nak sangat aku sombong,
Jadi aku pun berniat nak sombongkan diri. Buleh tak? 


read more "lepas masuk u dah sombong?"



‘selamat hari raya!’

Ehem2. Takyah la korang nak cakap aku dah terlambat nak ucap hari raya, sebab raya kan sebulan.. (ni la ayat cover sebab memang terlambat pun.)



Raye korang camne? Aku agak mesti meriah gak.
Raya aku? Haa.. lagi meriah. Meriah giler tau. Memang giler la meriahnye. Sebab pe? Meh nak citer.

Baju raya?
Aku ade baju kurung sepasang ngan baju seluar sepasang. Tapi yang tu ok, aku tak kesah sangat sebab at least ade gak baju raye. Ade sesetengah orang tu takde baju raye pun kan? Syukur lahh.

Mercun?
Haa yang ni paling aku frust. Aku langsung takde mercun nak main. Jeles sane sini dengar ‘kebaboomm’. Dalam hati menggelepar aku nak berperang ngan jiran2 aku yang agak senget tu. Tapi terpakse pendam je hati yang luke ni.

Beraya?
Aku langsung tak kemana2 tahun ni. Just gi umah sedara je 2-3 buah rumah. Takde mase, mase aku sibuk berangan pasal duit raye je manjang. Sedar2 dah pagi esok balik dah. Orang yang datang melawat umah aku pun takde, yang penuhnye time raye pertama je. Raya kedua? Hampeh. Seterusnye pun camtu.

Gambar raya?
Langsung tak snap. =(

Cuti?
Seminggu je. Langsung tak puas duk umah walaupun terpaksa ngadap muke adik aku yang agak sengal tu. Nak cuci mate cari lelaki2 hensem pun tak sempat.

Yang paling penting sekali,


Duit raya?


Ciput!!! Aku berhak lagi dapat duit raya tau!


Tapi aku tetap seronok sebab still dapat berkumpul satu family walaupun sekejap. Ok la tu kan?





read more "macam mane ngan raye korang?"

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget