.

.

Search This Blog

Category

Monday, June 07, 2010


suatu hari, korang tengah syok layan perasaan sambil duk kira lembu
Pak  Mat ade berapa ekor, tibe-tibe je telefon korang berbunyi, "mesej! mesej!"

korang dapat text yang tertulis, 'permintaan RM1 dari 01********. sila tekan ok
untuk teruskan transaksi'. alahaiii.. kemain exited konon ingatkan text dari buah hati
jantung pisang, tapi rupe-rupenya orang mintak kredit.


ok. saya sebenarnya tak kesah pun kalau orang mintak kredit ni, saya akan bagi,
tapi syaratnye, kalau dah memang terdesak. contohnya nak tepon mak ayah nak
suruh ambik kat kolej ke, nak tepon bos nak maklum cuti sakit ke, atau apa-apa saja
yang penting. kalau kawan-kawan mintak kredit atas sebab-sebab macam tu, dengan
rela hati tanpa paksaan je saya bagi. tapi kalau nak mintak saya share kredit semata-
mata nak bermessage ngan pakwe/makwe atau nak bergayut cam babun tu, 
JANGAN HARAP saya bagi. saya bukanlah kedekut, tapi kalau setakat nak buat
keje tak berfaedah (tak bermakna saya slalu buat keje berfaedah. hehe), mambazir
je. saya pun ada kegunaan lain jugak. *mentang-mentang la kredit aku banyak. (banyak ke?)
tapi,


. kalau ada jugak orang mintak, saya terus terang je. *tapi kan mesti diorang bagi alasan
konon-konon penting pulak. huhu. saya tahu mesti ramai yang alami keadaan begini kan.
bukan apa saya jadi kedekut, ye la, kan saya share kredit, bukan dapat keuntungan kat saya
pun. lain la kalau saya bagi kredit, diorang message tolong ejaskan sorang guy hensem kat saya ke,
sukarela saya bagi.

saya sendiri pun tak suka request kredit dari orang. sekarang ni ramai yang spesies-
spesies camni, spesies yang pentingkan diri. walaupun sekadar kredit, bukannya sukahati
je korang boleh nak pentingkan diri.

anyway, korang spesies camtu jugak ke? .
read more "kredit request?"

Sunday, June 06, 2010


saya rasa semua orang ada telefon bimbit. sekarang zaman berteknologi, kanak-kanak 7 tahun pun dah memiliki telefon bimbit sendiri. jadi apa kata kita ikut serba sedikit tip memiliki telefon bimbit.


1. LIPUTAN
~ pastikan terlebih dahulu isyarat penyedia perkhidmatan yang mana lebih kuat serta jelas di tempat tinggal anda, tempat kerja dan tempat yang kerap dikunjungi. dapatkan peta liputan yang biasa disediakan oleh jurujual. Selepas memilih pembekal perkhidmatan, dapatkan set telefon yang menyokong pembekal itu dan sesuai dengan keperluan anda. sekiranya anda kerap berkunjung ke tempat lain atau luar negara, pastikan telefon anda mempunyai ciri perayauan automatik. ciri ini memudahkan pencarian/pengesanan gelombang perkhidmatan yang boleh digunakan.

2. MUTU PANGGILAN
~ dua jenis sistem rangkaian telekomunikasi digital ditawarkan di Malaysia iaitu rangkaian 'Personal Communication Networks' (PCN) dan 'Global System for Mobile Communication' (GSM). Walaupn kedua-duanya dalam isyarat digital, mutu panggilan adalah berlainan diantara kedua-dua rangkaian. Di negara kita, ada empat penyedia perkhidmatan PCN iaitu Adam (Time Telekom), TMTouch dan Mobikom (Telekom Malaysia) dan Digi (Mutiara Telecom). dua penyedia perkhidmatan GSM ialah Maxis (Binariang) dan Celcom (Celcom).


. ;3. HARGA
~ pelbagai bentuk promosi ditawarkan oleh pembekal termasuk potongan kadar caj, panggilan percuma bersyarat, potongan untuk panggilan antarabangsa, potongan untuk panggilan ahli keluarga, tawaran hadiah bagi pengguna baru dan sebagainya. usah mudah terpengaruh dengan tawaran itu, sebaliknya utamakan mutu perkhidmatan kerana ia akan mempengaruhi penggunaannya. harga set telefon juga  perlu diambil kira. biasanya lebih mahal harganya, lebih banyak fungsi dan cirinya. selain itu, jenama telefon turut mempengaruhi harga; lebih popular lebih jugalah harganya. namun, pengguna tidak harus pandang rendah jenama yang kurang popular dengan harga murah. siapa tahu, walaupun murah tapi bermutu tinggi. oleh itu, sekali lagi mutu memainkan peranan, kajian lebih mendalam diperlukan sebelum membeli.

4. MESRA PENGGUNA
~ utamakan keselesaan ketika diguna, terutamanya ketika dipegang dan kesesuaian jarak antara mulut dan telinga anda. perlu diingat, tidak semua telefon menyokong perkhidmatan sama.

5. PERKHIDMATAN TAMBAHAN
~ untuk pengetahuan anda, tawaran perkhidmatan tambahan daripada rangkaian PCN dan GSM berbeza. secara amnya, rangkaian GSM menawarkan perkhidmatan tambahan yang lebih baik, sebab itulah harga telefonnya lebih mahal berbanding set telefon yang menyokong rangkaian PCN, walaupun kadar caj dan yuran capaian masih sama. perlu diingatkan, telefon lebih murah tidak semestinya kurang bermutu tetapi untuk penggunaan yang mudah saja kerana tidak disertakan dengan perkakasan serta perisian operasi untuk perkhidmatan seperti faksimili, data, panggilan menunggu dan pemindahan panggilan. selepas bepuas hati dengan set telefon, boleh mula fikir mengenai aksesori tambahan seperti bateri, pengecas, penutup berwarna, antena, kit bebas tangan dan sebagainya. .
read more "panduan miliki telefon bimbit"

Saturday, June 05, 2010



lagi-lagi kes dera. banyak betul la kes dera sekarang ni membabitkan
teman lelaki si ibu. kalau dah budak tu selalu kena dera, sah-sah diorang
tinggal serumah. takkan diorang tengah kuar dating kot baru nak dera.
kes terbaru, budak berusia 3 tahun, Hazrieq Naufal Abdullah mati didera oleh
teman lelaki ibunya. selanjutnya, KLIK SINI.


~eiii comel betol budak. kenapa la diorang sanggup dera
budak secomel ni? (tapi tak bermakna budak tak comel
diorang boleh dera ya)~



kenapa la kejam sangat manusia sekarang. ada anak haram, buang anak takut
malu. ade anak halal, dera pulak. kalau rasa taknak sangat anak tu, apa salahnya
bagi kat insan-insan yang takde anak, sekurang-kurangnya terjamin jugak masa depan
kanak-kanak tu. kalau la alasan diorang dera tu sebab tak sukakan budak-budak,
diorang patut sedar yang diorang pun asalnya budak-budak jugak.
read more "maut didera"

"awak, saya nak jadi abang angkat awak boleh?"
"awak, awak jadi abang angkat saya ye?"

ramai remaja-remaja sekarang sukahati je ambil abang angkat yang
tak rasmi ni. asal baik sikit, asal rapat sikit, asal tua setahun or dua tahun
or lebih sikit, terus jadi abang angkat. kalau dah nama abang angkat, tanggungjawab
pun macam adik-beradik betul, ok takpe.

tapi kan, ramai yang adik-beradik angkat tak rasmi ni, sebijik macam
couple. kenapa tak couple je? ok mungkin diorang rasa kalau couple nanti
mesti dah takde yang ngorat kot, so jadi adik-beradik angkat je la.


kalau adik beradik angkat:

~ takkan berpegangan atau bersentuhan sebijik macam kekasih
~ cakap takde la lemah lembut macam bercakap ngan kekasih
~ takde maknanya nak jeles-jeles ngan lelaki/perempuan lain
~ merajuk kerana memang marah, bukan merajuk sebab mengharapkan
pujukan
~ takde istilah dating. ye la, ade ke adik-beradik nak dating kan?


tapi,



.   adik beradik 'ANGKAT':

~ main pegang-pegang sentuh-sentuh pulak, macam ada sesuatu je kan?
~ cakap ngan member kemain kasar, eh tibe-tibe ngan abang/adik angkat
jadi lembut siap ngan menggoda pulak.
~ adik/abang angkat berkawan je pun ngan laki/girl lain, eh dah jeles nampak?
~ sikit-sikit merajuk, pastu dah pujuk sikit terus ok. korang gitu ke ngan adik-
beradik korang?
~ dating sampai tak ingat dunia.


maaflah kalau ada yang terasa, tapi ni hanya pandangan saya je, mungkin pandangan
orang lain, situasi ni satu kebiasaan je kot. (ye, memang kebiasaan)

.

read more "abang angkat tak rasmi"

Friday, June 04, 2010


maaf sebab lama tak update. maklumla, musim exam so agak sibuk baru-baru
ni. tapi sekarang dah habis exam, mungkin boleh start mengupdate balik.
ok. entri ni sepatutnya dah dipost kelmarin, tapi sekarang baru ade kesempatan.



BIDIK DAHI

KUALA LUMPUR: “Saya hanya ingat mati dan berserah kepada Allah sebaik saja cahaya laser senjata seorang unit komando tentera laut Israel dihalakan tepat ke dahi saya,” kata Ashwad Ismail, 25, wartawan Astro Awani ketika dihubungi sejurus melepasi sempadan Israel-Jordan, semalam.
Beliau antara 12 rakyat negara ini terselamat dalam serangan komando rejim Zionis pada Ahad lalu terhadap kapal Turki, Marvi Marmara yang membawa misi bantuan kemanusiaan bersama kira-kira 700 anak kapal lain ke Semenanjung Gaza untuk penduduk Palestin.

Ashwad berkata dalam kejadian jam 4.15 pagi waktu Turki itu, dia dimaklumkan serangan tentera Israel membabitkan 19 bot komando, empat kapal perang, tiga helikopter dan tiga kapal selam.



“Ketika itu saya bersama jurukamera saya (Shamsul Kamal Latip, 38) dan beberapa sukarelawan lain berada dalam bilik rehat di tingkat tiga kapal. Kami terdengar tembakan bertubi-tubi dan letupan, menyebabkan masing-masing bertempiaran lari menyelamatkan diri.



“Ketika itu saya terpisah dengan Shamsul Kamal, tetapi saya masih mengambil gambar kejadian dengan kamera digital milik saya. Saya menuju bahagian belakang kapal dengan harapan bersembunyi, tetapi langkah saya terhenti apabila menyedari pancaran laser merah dihalakan tepat ke dahi saya oleh komando Israel.



“Anggota komando Israel itu merampas semua barang saya hingga tinggal sehelai sepinggang sebelum mengikat tangan saya dan semua tawanan lain dengan tali kabel. Saya diarahkan berkumpul bersama anak kapal lain yang ditahan. Kami diarahkan duduk dalam beberapa kumpulan di lokasi berasingan dalam kapal,” katanya.



. Menurutnya, kebimbangan maklumat mengenai serangan kapal misi keamanan itu bocor kepada umum menyebabkan tentera Israel sanggup merampas apa saja peralatan komunikasi termasuk pen kerana ingin memastikan kekejaman yang berlaku itu tidak dihebahkan ke pengetahuan masyarakat antarabangsa Ashwad berkata, menurut rakan dalam misi itu, antara tembakan terawal Israel terhadap anak kapal Marvi Marmara ditujukan kepada jurukamera stesen televisyen dari Turki yang membuat siaran langsung kejadian terbabit.

“Komando Israel sengaja menembak di bahagian tangan jurukamera itu untuk memastikan kamera videonya terlepas. Selepas itu, komando Israel menggeledah dan merampas segala alat komunikasi termasuk telefon bimbit, komputer riba, buku catatan, kamera dan pen. Tetapi buku catatan saya tidak dirampas sebab ditulis dalam bahasa Melayu...mungkin komando itu tak faham,” katanya.

Katanya, jika dianalisis kembali, siaran berhubung kejadian itu yang disiarkan media pro Zionis diputar belit kononnya aktivis kemanusiaan terlebih dulu melakukan provokasi walaupun realiti sebaliknya.

Menurutnya, tragedi serangan itu membuka mata dunia mengenai halangan hak kemanusiaan terburuk dan kejam bukan saja kepada misi berkenaan, malah penduduk Palestin yang mengalaminya sejak 1948 ketika Israel ditubuhkan.

Ashwad berkata, selepas ditawan kapal terbabit kemudian menuju ke Pelabuhan Ashdod yang mengambil masa kira-kira 15 jam perjalanan dari lokasi serangan Israel di perairan antarabangsa itu.

Katanya, setiba di Pelabuhan Ashdod, proses untuk keluar dari kapal saja memakan masa hampir 12 jam apabila regim Zionis itu melakukan pemeriksaan seorang demi seorang tawanan dengan prosedur terlalu ketat.

“Pakaian kami dipaksa ditanggalkan semuanya ketika pemeriksaan dilakukan, manakala untuk pemeriksaan semua dokumen itu mengambil masa lebih satu jam.

“Ketika itu, Tuhan yang tahu betapa kasarnya tentera Israel memperlakukan kami tanpa perikemanusiaan. Kami kemudian dibawa ke Penjara Be’er Sheva, Israel dengan menggunakan bas dalam perjalanan selama dua jam...bas yang hanya sesuai untuk pengganas,” katanya.

Menurutnya, Be’er Sheva penjara baru dan kumpulan misi itu ‘banduan’ pertama ditahan di dalam sel berasingan penjara berkenaan. Katanya, dia dan kumpulan misi itu menjangka berada dalam tempoh masa lama dalam penjara terbabit sebelum didatangi wakil dari Pertubuhan Palang Merah dan Kedutaan Jordan yang membawa berita gembira iaitu mereka dibebaskan.

Semalam rombongan misi kemanusiaan daripada Malaysia dibebaskan rejim Zionis sebelum diiringi dengan ketat hingga sempadan King Hussein memisahkan Jordan dan Israel.

Ashwad berkata, rombongan itu kemudian ditempatkan di Hotel Crowne Plaza di Amman, Jordan sebelum disambut Duta Besar Malaysia ke Jordan Datuk Abdul Malek Abdul Aziz.

“Sebaik melepasi sempadan, saya ucap kesyukuran kepada Allah lebih-lebih lagi selepas lebih 16 jam berada di Penjara Be’er Sheva, Israel,” katanya.

Menurutnya, layanan Israel terhadap sukarelawan misi membawa keamanan termasuk bantuan makanan itu bagaikan banduan apabila diperlakukan dengan kasar.





ya Allah kejamnya israel. kenapa sampai begitu sekali diorang tak benarkan
kita bagi bantuan kat palestin ye? saya tak boleh bayangkan macam mana perasaan
saya kalau berada kat tempat diorang. tapi kalau ditakdirkan diorang mati, sekurang-
kurangnya diorang mati dalam berjihad.




sumber : harian metro .
read more "israel oh israel"

Tuesday, June 01, 2010


kalau korang rasa cam korang sentiasa takde duit, atau tak tahu
camne nak simpan duit, maybe leh ikut tip ni kot. tapi ni cara saya,
saya tak tahu la berkesan ke tidak kat korang, tapi kalau saya ikut
agak berkesan.  tapi ape-ape pun, boleh jadi panduan jugak kan?



1. tukar ke not yang lebih besar
~kalau korang ade duit RM1 sepuluh keping, tukar ke not RM10. kalau korang ade duit RM10 lima keping, korang tukar pulak ke not RM50. kalau korang ade duit RM50 dua keping, korang tukar ke not RM100 dan begitulah seterusnya. ni kerana bila korang dah ade not yang lebih besar (seelok-eloknya duit yang baru gitu) korang akan rasa lebih sayang untuk berbelanja, lagi-lagi kalau not tu not yang baru. memang taknak bagi kedut duit tu sampai sentiasa bawak seterika kat mana-mana. tapi kalau jenis yang tak ambik kesah pasal sume tu, teknik ni tak berkesan jugak.



.  2. duit syiling.
~yang ni lebih kurang je macam tips kat atas. kalau korang dapat syiling tak kira la dari sape pun, seposen ke, dua posen ke, apa kata korang simpan dulu. kalau adik korang mintak korang cakap la korang dah bagi kat kambing jiran ke, korang bagi kat toyol ke.. takpun kalau korang nampak duit syiling atas meja ke, ambik je.. (hehe). bile dah simpan lama-lama, mesti banyak kan? pastu korang tukar la ke not yang lebih besar. mane tau duit syiling korang mencecah rm100? jadi kalau korang pegi beraya nanti tapi tuan rumah bagi duit raya 50sen, ambik je, takyah tolak..

3. bawak duit cukup-cukup
~haa.. yang ni dalam iklan kapten cash pun ade cakap. kalau korang plan nak pegi beli sabun ke, nasi ayam ke, aiskrim ke, pastikan korang bawak cukup-cukup ngan harga barangan tersebut. bawak duit untuk beli barang keperluan je. nanti bila korang dah beli barang keperluan, pastu korang ternampak barang yang tak plan pun nak beli, tapi korang dah takde duit, jadi korang dapat berjimat. tapi jangan betul-betul bawak cukup-cukup, disarankan anda bawak duit lebih sebab takut ada emergency yang perlu menggunakan wang segera, niaya pulak ye.



tapi ape-ape pun, berjimat tu agak-agak la ye. kan kalau ada member korang suruh belanja ke,
ape salahnya sekali sekala belanja diorang.  jimat-cermat takpe, jangan jadi seorang yang kedekut
pulak.
 .
read more "tips jimat duit"

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget