.

.

Search This Blog

Category

Friday, December 17, 2010

wanita dan kerja



zaman dah berubah, dunia dah maju.
kalau dulu bercinta selepas kawen, sekarang bercinta sebelum kawen.
kalau dulu anak berderet-deret, sekarang anak 2-3 orang je.
kalau dulu wanita jadi surirumah sepenuh mase, sekarang dah ramai wanita
yang bekerja.


tapi masih ramai jugak wanita yang tak bekerja sekarang. mungkin ramai yang
fikir, "laki aku kan ade doh nok tanggung aku, wak mende gi aku susoh2 gi cari
pitih". ade jugak yang menganggap lepas kawen kene berenti keje sebab kononnye
nak bagi komitmen sepenuhnye kat suami ngan anak.





tapi zaman sekarang, amat penting untuk para wanita bekerja. jadi tukang sapu
taik kambing pun takpe la, asalkan ade pendapatan untuk sara diri. tak payah nak
memilih sangat keje, taknak yang low class, sekarang bukan senang nak ade peluang
keje. lagipun kalau keje high class pun nanti mati masuk kubur class die samer jugak.
orang pun tak pandang hina pada pekerjaan2 low class ni.


ok, sambung topik. kenapa wanita perlu bekerja?
saya dah nampak pengalaman seseorang , iaitu sedare terdekat saye jugak.
sedare saye ni tak keje, pulak tu ade anak kecik2 lagi. awal tahun ke pertengahan
tahun ni, suami die meninggal. anak ramai, sumber pendapatan takde. jadi
sekarang mereka dalam kesusahan dan kesempitan la sikit. ye la, macam yang
saye cakap tadi, bukan senang nak cari keje sekarang.




nak ke korang jadi camtu? mungkin korang cakap, "lambat lagi ajal laki aku".
no.. no.. no.. ajal maut di tangan tuhan. kalau nak mati tu, mati jugak.
baik sediakan bumbung sebelum ujan lebat, ye tak? sekurang-kurangnye kalau
korang ade suami lagi pun, dapat la jugak ringankan beban suami korang, lebih2
lagi bile time korang nak shopping sakan, macam musim hujung tahun ni, musim
sale. confirm dah ramai wanita2 yang serbu shopping complex sekarang. tapi saye
 tak. maklum la, budak baik. haha.


- RAJIHAH RAZALI - BOLEH PANGGIL GEE - COMPUTER SCIENCE STUDENT - COMEL - GATAL - SOMBONG - ANNOYING - COLOURFUL - KECIK -

0 comment:

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget