.

.

Search This Blog

Category

Friday, September 09, 2011







haa.. to be continue.. entri sebelum ni aku ade story  pasal berbasikal ke bukit besi, tapi separuh jalan je. Kali ni aku nak sambung story tersebut. Korang kene bace, aku nak pakse korang bace ni!

Kitorang berkayak agak lamer jugak. Agak lenguh tangan2 ni.  Walaupun aku bukan pakar kayak, tapi  aku tahu la sikit2 skill kayak. Dan aku jugak bernasib baik sebab dapat partner yang agak tahu kawal kayak, so takde la masalah sangat. Lepas kayak, kitorang berendam lagi sekali dalam tasik pastu terus balik ke khemah then mandi. Mase nak tunggu turn mandi tu, ya Allah berjanggut siap beruban lagi. Lamer benor.


Lepas isyak, kitorang perlu buat satu group (bercampur ngan budak2 yang pergi kayak), kene buat trademark. Namer group kitorang blender. Cun tak? Tapi mase tengah syok reka trademark tu, aku terkilan skit sebab aku pening kepala, pastu aku mintak ngan urusetia nak rehat. Tido la kejap dalam 15 minit, baru ilang pening tu. Aku tido2 ayam je, jadi dengar la sikit2 trademark yang group aku reka. Aku masuk je, terus kene buat show trademark kat depan group lain. Nasib baik la menjadi. Tapi group kitorang bukan bagus sangat pun, sebab ade jugak suara2 yang ‘boooo’ kitorang. Hahaaa.


Lepas tu kitorang ade explorace. Mula2 cari klu, agak lamer untuk kitorang nak jumpa klu terssebut. Lepas tu ade wakil kne naik flying fox. Warghh! Aku teringin giler nak naik menatang tu, tapi sebab dah ade wakil so aku terpaksa redha je la. Lagipun aku taknak kasut aku basah sebab dah takde kasut lain, sebab ianya mendarat lam air. Then cari klu balik, dan kitorang perlu buat satu permainan. Yang lelaki perlu melompat tali tanpa mengena tali tersebut dan yang girl pulak kene melalui bawah tali tersebut, dengan cara membengkokkan pinggang ke belakang tanpa sentuh tali tersebut. Ade la segelintir ahli group yang tak pandai mane main permainan tu.

Kitorang diberi klu lepas tu. Lepas jumpe arah tuju, kitorang kene sambung tayar, seat ngan rantai basikal sampai betul2 kemas pastu kene cabut balik. Barang2 tersebut pulak jauh. Aku lah salah seorang yang kene berlari ambik barang2 tersebut. Aku yang offer diri sebab maklum lah, aku memang suke berlari. Hehee. Yang tukang pasang, kaum2 lelaki.. siap je, kami kene letak barang2 tu balik, pastu ke garisan penamat. Group aku dapat no 3, hmm kire ok la tu. Sekurang2nye bukan last. Selesai je, kitorang pun masuk tido krohhh krohhh. Lena diulit mimpi.

Haa sebab lena sangat la semua orang bangun lewat dan majority peserta2 tak mandi pun, termasuk aku. Tapi takpe, kewangian aku still dapat dikekalkan. Just salin baju je. Oleh sebab kitorang bangun lambat, kitorang didenda berlari dan tekan tubi. Dah la atas jalan tu ade taik lembu kering, nasib baik tak kena. Kalau tak, bertambah la perfume aku. Perfume taik lembu pulak tu.



Lepas tu kitorang disuruh gi ke tasik, kene berendam sekali lagi. Diorang cakap terapi air la, ape la.. nasib baik benda tu seronok, takde la aku nak pot pet pot pet sangat. Tapi betul, lepas berendam, aku terasa segar balik, dah takde dah lenguh2 pinggang. Baju? Memang dah basah lencun.

Ingatkan dah boleh balik, eh rupe2nye ade permainan lagi. Permainan ape? Diorang mintak 3 wakil dari group masing. Rupe2nye kitorang kena angkat basikal dan berlari berganti2. Nasib baik aku tak offer diri untuk masuk. Tapi kalau aku masuk pun, aku tak kesah, sebab aku memang suke mende2 camtu.

Habis mainan tu baru kitorang boleh balik. Balik dalam keadaan basah lencun. Sebelum bertolak kitorang bergambar dulu. Ye, 2 hari berturut2 kitorang kayuh basikal sejauh 40 km. dalam perjalanan balik tu ade la satu eksiden basikal, tapi nasib baik tak teruk. Perjalanan balik kitorang dalam keadaan baik.


Baju dan seluar sume kering semasa dalam perjalanan. Tapi aku pakai seluar yang agak tebal, dimana bahagian bawah memang kering, tapi bahagian atas yang terlindung ngan baju tu masih lembab dan Nampak jelas, sekali orang tengok memang orang cakap aku kencing dalam sluar. Malu siot. Macam2 gaya aku tutup sluar aku tu. Nasib baik tak ramai yang perasan. sampai tu kitorang ade majlis penutup, then makan2 sket, baru la dapat balik ke hostel.

Orang lain lepas balik sume cari katil tido. Aku? Sampai je bilik, mandi and salin baju, terus ke kafe pastu online. Hahah.

p/s: perkara yang tak seronok time ikut aktiviti ni? Aku keseorangan. Aku takde member. Jadi hampir setiap masa aku seorang diri, sebab tu aku terasa terpinggir. Bawak basikal pun sorang2 je. T.T





read more "berbasikal ke bukit besi 2"





hadoii.. lamer benar aku tak update blog ni. dah beberapa bulan dah.
so dengan itu aku memang konpem dah takde orang visit sini. T.T ..
takpe, ramadhan baru berakhir aku sabar ye.

mule2 aku citer dulu pasal amende yang berlaku sekitar aku dari
A sampai Z.  dari sebelum puasa sampai raye, barulah aku update
pasal mende lain.. kalau korang bosan, aku tetap nak pakse korang bace.



ok. yang pertame.

'pengalaman aku berbasikal ke bukit besi'.


alah.. berbasikal je.. tu pun nak kecoh.. ehem2. kalau setakat naik
basikal gedek2, aku pun taknak story. tapi lebih kurang sebulan yang
lepas la, kelab basikal bawah uitm ade wat satu aktiviti. kitorang
perlu berbasikal dari dungun ke bukit besi sejauh 40 km. yela, memang


takleh kalahkan pelumba2 basikal, tapi tetap jauh kan? ala kalau tak
jauh pun, korang anggap la jauh, leh aku bangga sikit ngan kudrat aku
yang mengayuh basikal letih2 ni.

kitorang bertolak pagi dalam kul 8, pastu sampai kat bukit besi dalam
pukul 11 lebih. alhamdulillah sepanjang perjalanan takde la kejadian yang
tak dingiini berlaku. cume semasa perjalanan tu ade la sekor babi
melintas jalan. orang2 yang tak penah tengok babi tu mula la kecoh2
"ehhh! tengok tu! babiii!". mungkin babi tu comel sangat kot sampai
diorang exited macam tu.




*gambar babi tak di snap sebab haramm


lepas sampai, kaum2 lelaki siap2 nak gi solat jumaat, sebab hari tu
hari jumaat. kalau hari lain, maka takde la solat jumaat. diorang balik
je dari masjid, kitorang makan. pastu gi kat tasik yang ade kat sane,
kitorang berkayak pulak. sebelum tu, kitorang berendam dulu dalam air
sambil gelak ketawa yang tak berapa comel bunyinye. pastu kitorang
diberi penerangan tentang kayak dan selepas tu, kitorang perlu naik
kayak berpasangan lelaki ngan perempuan. diorang suruh lelaki yang pilih
pasangan, so aku yang terpinggir ni menunggu je la sape2 yang datang.
alhamdulillah ade jugak lelaki yang pilih aku. maklum la, orang terpinggir.

lepas tu? nanti la sambungan entri lepas ni.. nak balik bilik la pulak..
hehee....

*korang mesti bace tau. kalau tak aku ganggu korang tiap2 malam.




read more "berbasikal ke bukit besi 1"

Wednesday, June 15, 2011



Aku mulakan dengan salam.. assalamualaikum…

Fuhh. Dah lamer benar aku tak update. Macam2 story buleh aku citer kat sini. Aku rase sekarang memang takde langsung kot orang yang melawat blog aku. Ye la, sape nak melawat blog yang tak berupdate.


First,
Aku tak online dan tak update blog sebab aku dapat tawaran masuk UITM kampus dungun, iaitu uitm paling jauh dari umah aku. Tiap2 hari boleh balik. Perjalanan dari umah aku ke uitm aku ade lah dalam sejam lebih. Mula2 tu aku frust jugak, sebab aku lebih suka duk jauh, cari pengalaman. Member2 cakap, “best la ko dapat dekat, leh balik slalu”, tapi bagi aku tak best pun, macam anak manja je.




Tapi bile aku duk sini, alhamdulillah best jugak. Tak jauh tapi takde lah dekat sangat.  Tak senang nak balik tapi takde lah susah nak balik. Sebelum ni ade gak aku dapat tawaran form 6 dan last week pihak matrik kol aku bagitau yang aku dapat matrikulasi pulau pinang, tapi aku taknak sebab aku dah selesa kat sini dan aku pun suke kos yang aku ambik, kos sains komputer.

Lepas aku masuk U ni, aku rase cam bile aku jumpe orang baru je, aku terus tegur, sedangkan dulu aku sangat susah nak tegur orang yang tak kenal. Aku pun hepi dapat member2 baru yang agak sporting.  Roommate aku pun sporting. Tapi tak ramai yang hensem2 kat sini. Hak3.

Uitm aku dekat berhadapan pantai, dalam nye ade tasik, bukit pun ade. Yang penting, kera banyak kat sini. Dan yang lagi penting, kera dah pun penah masuk bilik aku, habis bersepah sampah sarap. Dalam hati aku berkata, “memang BERUK la beruk ni!”. Nasib baik takde barang hilang.


Tadi pulak, ade show kat studio kebudayaan.  Show lain aku tak ambik port sangat, tapi yang best ialah show breakdance. Wow! Aku suke breakdance….. syok giler tengok.. tapi takde la setaraf international. Setaraf showdown pun aku rase tak layak lagi kot, setakat just suka2 je pun.  Time nak balikk tu, aku ade la dengar orang panggil, “Rajihah! Rajihah!” eh, sape pulak panggil namer aku? Namer penuh pulak tu, macam skema je. Aku pusing la belakang, ade sorang mamat ni tengok aku sambil sengih2 kambing. Aku tak cam pulak sape, aku tengok la die sambil muke berkerut2 & sambil gigit jari, duk pikir sape la mamat ni. Rupe-rupenye! OMG… kisah lama aku…. Terkedu sejenak…………….







read more "new life at UITM"

Thursday, May 12, 2011


salam. Maaf kalau sejak akhir2 ni aku langsung tak update blog, tak blogwalking
dan tak singgah balik ke blog yang telah melawat blog ni. bukan sombong ke hape,
tapi sekarang memang betul2 busy. ni aku online pun kejap je.

adekah memang busy atau membusykan diri? eh bukan.
aku memang betul2 busy. baru minggu lepas aku dapat tau yang aku leh masuk
UITM kampus Dungun, di mana UITM yang paling jauh, silap haribulan 2 hari
pun belum tentu sampai. maklum la, jauhh..

aku just ade mase 2 minggu je untuk membuat persiapan. sekarang ade
seminggu je, tapi ade lagi perkara yang belum settle. tambah pulak mak aku
pun ngah sibuk ngan urusan kakak aku nak kawen, jadi bertambah la sibuknye.

lepas aku masuk U nanti pun, maybe aku akan jarang update. dan maybe jugak
blog aku akan bersawang. oh tidak! tapi aku tetap akan setia ngan blog buruk aku
ni. jadi aku nak mintak kepada FOLLOWER dan READER (ade ke? haha), korang
rajin2kan lah singgah blog ni, walaupun tak update. tengok2 tulisan, tengok2 header,
tengok2 shoutbox, tengok2 pic, tengok2 background klabu, mane la tahu bile
korang asyik tengok, korang jadi rindu pulak. bukan senang tau nak rindu blog ni.
hahaaa.

tapi aku harap aku ade banyak mase nak tulis kat blog ni dan aku harap
janganla korang tinggalkan blog ni. sian aku sorang2 kalau takde sape singgah
blog ni. korang tak nampak ke muke aku yang sedih tapi kiut ni? :(


read more "maaf aku lamer tak update blog bersebab."

Thursday, May 05, 2011


semalam aku tido. lepas tu aku bangun. ade la dalam pukul 9 gitu aku
bangun tido. bukan 9 pagi tapi 9 malam. perut pun lapar gak, so aku pun gi la
ambik nasik ngan lauk ayam goreng kat dapur. lepas je siap ambik nasik, underwear
on da way aku nak masuk kat ruang tamu, aku pun dengar, kakak aku
cakap,




"blaa.. blaa.. blaa (satu umpatan kepada seseorang)"


kebetulan mak aku ade situ, dengar la bebelan kakak aku tu. sebelum
ni memang mak aku dah tahu kakak aku tu ade tak puas hati kat seseorang
tanpa diketahui sebabnye. tapi semalam mak aku sakit hati sangat, die pun
mula bertanya "blaa blaa blaaa?"


pastu bermula satu perang mulut antara mak ngan kakak aku.


mak : pot pet pot pet


kakak : prung prang prung prang


mak : pung pang pung pang

kakak : gung gang gung gang




pastu, bermula la satu perang yang agak dingin sebab lepas tu
bertambah pulak ahli2 perang iaitu kakak aku dan ayah aku. 




adik aku yang tengah wat homework tu pun tiba2 berbisik,


"kak jihah, jom ar naik atah, tension adik dokleh nok wat keje koloh"


aku ngan adik aku yang takde kaitan ni pun naik la tingkat atas
menyembunyikan diri. (bagus tak aku, tak terlibat dalam gaduh2 ni. haha)
tapi mase tu memang gawat la, satu rumah bising. jiran2 tu mungkin
dengar kot. malu pun ade jugak, tapi ape aku leh buat.


ni first time family aku gaduh2 camni. seram sejuk pulak aku tengok. sejuk
pun tak seram camtu. harap2 la pasni sumenye ok balik. yang kesiannye adik
aku la, nak wat homework pun tak senang. ish.


tapi pape hal pun, dapat gak aku tengok free show malam tadi. takyah 
tunggu smackdown kat tv.




p/s : perbualan terpaksa dirahsiakan sebab ianya peribadi.


*post ni sebenarnye dah semalam, tapi aku baru je post hari ni.











read more "opss. perang dingin dah bermula."

Monday, May 02, 2011


dah lamer aku nak post pasal entri ni, cuma sejak akhir2 ni
aku agak malas sikit.

mesti ramai dah tahu pasal sebuah Band baru kat Malaysia yang kecoh
dikatakan tiru band2 korea atau k-pop. dan ramai yang kutuk2 pasal band
ni iaitu band 24:7 lebih2 lagi peminat FANATIK korea. 

ramai yang tak puas hati sebab 24:7 dikatakan tiru bulat2 band korea,
siap pakai nama k-pop lagi, yang bermaksud keindahan pop.
tapi lagu diorang, aku blom dengar lagi.

aku tak minat sangat Korea, jadi bagi aku sukati diorang la nak tiru pun.
cume kadang2 aku rase macam tak patut gak sebab nampak macam Malaysia
kekeringan idea sebab tak tunjuk kekreatifan diorang sendiri.

tapi bagi pengkritik pun, jangan la korang mengkritik keterlaluan sangat
sampai kadang2 nampak satu dosa besar pulak kalau diorang tu tiru korea, dan aku
pasti sangat kebanyakan pengutuk sume tu adelah FANATIK k-pop. siap ade page
Anti 24:7 lagi. yang paling penting, ramai yang cakap 24:7 berlagak comel dan jambu
 padahal tak comel pun macam korea. *hmm nampak sangat diorang minat hanya sebab
kecomelan.


hairan aku, kenapa la peminat korea ni selalu je FANATIK? tak boleh ke sekadar
minat tanpa perlu fanatik? kalau ye pun fanatik, fanatik sorang2 dah la, takyah la
nak ajak orang yang tak minat ni suruh minat sama. eh? dah jauh pulak topik aku.
SORRY YE PEMINAT K-POP, AKU TAK KUTUK, CUME LUAH JE.


lagi gambar 24:7






so pada korang, macam mane? 



p/s : tak suka korea, tapi tak suka tiru2. kadang2 macam lawak pun ade.





read more "K-pop Malaysia = 24:7?"

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget