.

.

Search This Blog

Category

Friday, May 07, 2010





rakan Aminulrasyid Amzah memberi keterangan tentang kejadian ditembak
polis hari tu. sedih pulak bila dengar ape yang terjadi. tapi ape-ape pun, kita tak
tahu yang mane betul yang mane salah. mungkin dua-dua pihak memang bersalah.
(bagi saya la). ape-ape pun, takziah kepada keluarga si mati.



sumber : HarianMetro
read more "rakan Aminulrasyid memberi keterangan"

kenal dengan buah cermai? saya tak tahu la kot2 negeri lain panggil buah ni
dengan name lain dan saya pun tak tahu nama saintifiknye ape, yang pasti kami 
panggil dia buah cermai. saya jugak tak tahu korang sume ni kenal ke tidak ngan
buah cermai sebab hari tu cousin saya yang datang dari KL cakap dia tak penah
kenal ngan buah ni. kawan saya pun tak kenal ngan buah ni. maybe buah ni banyak
kat kampung2 je kot.


buah ni rasenye masam, dan warnanya hijau. oleh sebab saya ni memang suka masam,
jadi saya memang suka la makan buah cermai ni. bagi yang tak penah makan tu la
paling best bile tengok mimik muke diorang, berkerut-kerut.


lagi satu, saya suka makan buah cermai ni cicah garam, garam kasar. kalau  buah yang
masam-masam memang best bila cicah ngan garam kasar, pastu dikenyek ngan cili macam
buah pauh (mempelam putik), buah cermai dan belimbing buluh. kalau musim buah cermai
ni tiba, macam sekarang, memang banyak giler yang tergantung kat pokok die. so sekarang
memang seronok saya makan buah cermai ye. opss.. kat umah saya takde pokok cermai, camne
saya dapat buah dia ye?


. 

ok. jiran saya yang ade pokok cermai. oleh sebab hampir separuh pokok die masuk
lam pagar saya, tak ke dikire buleh ambik? so kami (saya dan kakak saya) ambik le buah
cermai tersebut. pastu ape lagi, berpiknik la kitorang.


.
read more "buah cermai"


anda membela hamster? hati-hati membela hamster kerana, ...


~jimi dan jeni~

saya dah bela hamster tahun lepas lagi. mule-mule ok je, jage baik2,
bersih sarang die, main2 ngan dia, dia gigit2 saya. tapi sekarang dia dah
besar, kami pun jarang menjaga dia, kesian pulak.

nak dijadikan cerita, hari tu ayah saya nak bersihkan sarang dia sebab kakak
saya nak tunang, ye la, takkan nak suruh dia kotor macam tu pulak. time ayah saya
pegang dia nak alih tu, tibe-tibe je dia gigit. gigit sikit je, tapi darah die, mak aiiii..
banyak giler, macam darah kena bunuh pun ade..


~darah kena gigit hamster.. ngeee~

silap kami jugak, dulu tak beli pengasah gigi untuk tumpulkan gigi hamster. kesian
pulak saya tengok ayah saya.

lepas hari tunang tu, kitorang lupe nak alih kat tempat teduh sebab mase tu kitorang
alih kat tempat takde bumbung, untuk sementara je. last2 esok tu kitorang tengok
hamster dah mati semuanya. uhuk2 sedih sangat2.. oh jimi dan jeni ku..


~sekarang tinggal sarang dia je..~
read more "hamster ku~"

Thursday, May 06, 2010




sudah agak terlewat untuk saya mengepost entri ni, tapi takpe la, nak post jugak.
minggu lepas, kakak kembar saya bertunang. tunang hari jumaat, malam. maknenye malam
sabtu la. alhamdulillah, pertunangan tersebut berjalan lancar. tapi bagaimanapun, ada jugak
perkara yang agak lucu sebelum pertunangan.


~snow white dan 4 orang kerdil. 3 lagi menghilang~

mula-mula hari masa nak beli baju tunang, kakak saya cakap yang tunang dia bagitau
baju tunang tu mak dia dah beli. jadi kitorang pun tak jadi beli la. tup2 masa nak ambil
baju tu, sehari sebelum tunang, mak tunang dia cakap baju tu untuk hantaran. tunang dia salah
faham. jadi kami terpaksa la terburu-buru cari baju, tak tau nak pakai baju pe. mak saya
bagi cadangan, pakai blouse yang dibeli kat langkawi hari tu ngan skirt putih dan inner.


. so kami pegi la cari. skirt putih yang sepadan ngan kakak kembar saya tu, memang susah
nak jumpe. satu hari kitorang pegi cari. last2, jumpa jugak pagi keesokan hari tu a.k.a pagi
sebelum tunang. walaupun baju tu baju last minit, tapi ianya tetap lawa. wahhh. tak sangka ye.


~baju last minute. papepun tetap cantik~


~ saya nampak sungguh gemuk dalam ni dan sume gambar pertunangan..
adekah saya dah makin gemuk? arhh, tidakkk~
 .
read more "pertunangan kakak saye."

Wednesday, April 28, 2010


kelmarin time pagi2 time sampai kat sekolah tu, saya terus je letak beg.
oleh sebab saya seorang yang berkaca mata a.k.a rabun, saya terus ambik
cermin mata dalam beg, nak lap2 sikit. sebelum ni pun, cermin mata saya memang
skrunye yang sebatang tu longgar sikit.. dah banyak kali kemas, tapi tetap longgar.
tapi time nak belajar ni pulak la, tibe-tibe skru dia tercabut dan hilang. aisehh..




oleh sebab emergency a.k.a saya kene pkai jugak spek tu sebab mata saya memang
tak nampak, so saya pon baiki secara emergency. cara dia?


.   kebetulan kat kotak pensil tu memang ada pin, saya ambik pin tu, gantikan skru yang hilang,
pstu pusing2 sikit, sampai dah ok..

dalam bulatan : pin.. amacam? ok tak?

bab kata pepatah melayu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. walau ditimpa masalah,
tetap ada jalan penyelesaiaannya.. haha..  
 ..
read more "oh cermin mataku!"

Tuesday, April 27, 2010


tadi terdetik di hati saya nak check salah satu e-mail yang dah lama saya
tak check. kebanyakan e-mail yang terdapat dalam inbox hanyalah e-mail twitter.
tapi tibe-tibe saje saya terpandang dan terbuka satu e-mail yang entah dari sape.




i am Mrs. Bintu Mahmud. Please contact my lawyer Ramli Sariman (barr_ramli_sariman12@gala.net)
for a very important thing ALLAH wants you to do for Him. May ALLAH be with you always.


hairan. sape la yang tibe2 send e-mail sebegitu. dah tu, ade ke die cakap contact peguam
dia sebab ALLAH mahu saya buat sesuatu yang penting? adakah ini salah satu sebaran
ajaran sesat? Astafirullahalazim.. nasib baik saya tak jahil lagi.. kepada sesiapa yang turut dapat
e-mail sebegini, jangan layan dan jangan tunjukkan kejahilan anda.

. .
read more "e-mail ajaran sesat?"

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget