.

.

Search This Blog

Category

Thursday, May 12, 2011


salam. Maaf kalau sejak akhir2 ni aku langsung tak update blog, tak blogwalking
dan tak singgah balik ke blog yang telah melawat blog ni. bukan sombong ke hape,
tapi sekarang memang betul2 busy. ni aku online pun kejap je.

adekah memang busy atau membusykan diri? eh bukan.
aku memang betul2 busy. baru minggu lepas aku dapat tau yang aku leh masuk
UITM kampus Dungun, di mana UITM yang paling jauh, silap haribulan 2 hari
pun belum tentu sampai. maklum la, jauhh..

aku just ade mase 2 minggu je untuk membuat persiapan. sekarang ade
seminggu je, tapi ade lagi perkara yang belum settle. tambah pulak mak aku
pun ngah sibuk ngan urusan kakak aku nak kawen, jadi bertambah la sibuknye.

lepas aku masuk U nanti pun, maybe aku akan jarang update. dan maybe jugak
blog aku akan bersawang. oh tidak! tapi aku tetap akan setia ngan blog buruk aku
ni. jadi aku nak mintak kepada FOLLOWER dan READER (ade ke? haha), korang
rajin2kan lah singgah blog ni, walaupun tak update. tengok2 tulisan, tengok2 header,
tengok2 shoutbox, tengok2 pic, tengok2 background klabu, mane la tahu bile
korang asyik tengok, korang jadi rindu pulak. bukan senang tau nak rindu blog ni.
hahaaa.

tapi aku harap aku ade banyak mase nak tulis kat blog ni dan aku harap
janganla korang tinggalkan blog ni. sian aku sorang2 kalau takde sape singgah
blog ni. korang tak nampak ke muke aku yang sedih tapi kiut ni? :(


read more "maaf aku lamer tak update blog bersebab."

Thursday, May 05, 2011


semalam aku tido. lepas tu aku bangun. ade la dalam pukul 9 gitu aku
bangun tido. bukan 9 pagi tapi 9 malam. perut pun lapar gak, so aku pun gi la
ambik nasik ngan lauk ayam goreng kat dapur. lepas je siap ambik nasik, underwear
on da way aku nak masuk kat ruang tamu, aku pun dengar, kakak aku
cakap,




"blaa.. blaa.. blaa (satu umpatan kepada seseorang)"


kebetulan mak aku ade situ, dengar la bebelan kakak aku tu. sebelum
ni memang mak aku dah tahu kakak aku tu ade tak puas hati kat seseorang
tanpa diketahui sebabnye. tapi semalam mak aku sakit hati sangat, die pun
mula bertanya "blaa blaa blaaa?"


pastu bermula satu perang mulut antara mak ngan kakak aku.


mak : pot pet pot pet


kakak : prung prang prung prang


mak : pung pang pung pang

kakak : gung gang gung gang




pastu, bermula la satu perang yang agak dingin sebab lepas tu
bertambah pulak ahli2 perang iaitu kakak aku dan ayah aku. 




adik aku yang tengah wat homework tu pun tiba2 berbisik,


"kak jihah, jom ar naik atah, tension adik dokleh nok wat keje koloh"


aku ngan adik aku yang takde kaitan ni pun naik la tingkat atas
menyembunyikan diri. (bagus tak aku, tak terlibat dalam gaduh2 ni. haha)
tapi mase tu memang gawat la, satu rumah bising. jiran2 tu mungkin
dengar kot. malu pun ade jugak, tapi ape aku leh buat.


ni first time family aku gaduh2 camni. seram sejuk pulak aku tengok. sejuk
pun tak seram camtu. harap2 la pasni sumenye ok balik. yang kesiannye adik
aku la, nak wat homework pun tak senang. ish.


tapi pape hal pun, dapat gak aku tengok free show malam tadi. takyah 
tunggu smackdown kat tv.




p/s : perbualan terpaksa dirahsiakan sebab ianya peribadi.


*post ni sebenarnye dah semalam, tapi aku baru je post hari ni.











read more "opss. perang dingin dah bermula."

Monday, May 02, 2011


dah lamer aku nak post pasal entri ni, cuma sejak akhir2 ni
aku agak malas sikit.

mesti ramai dah tahu pasal sebuah Band baru kat Malaysia yang kecoh
dikatakan tiru band2 korea atau k-pop. dan ramai yang kutuk2 pasal band
ni iaitu band 24:7 lebih2 lagi peminat FANATIK korea. 

ramai yang tak puas hati sebab 24:7 dikatakan tiru bulat2 band korea,
siap pakai nama k-pop lagi, yang bermaksud keindahan pop.
tapi lagu diorang, aku blom dengar lagi.

aku tak minat sangat Korea, jadi bagi aku sukati diorang la nak tiru pun.
cume kadang2 aku rase macam tak patut gak sebab nampak macam Malaysia
kekeringan idea sebab tak tunjuk kekreatifan diorang sendiri.

tapi bagi pengkritik pun, jangan la korang mengkritik keterlaluan sangat
sampai kadang2 nampak satu dosa besar pulak kalau diorang tu tiru korea, dan aku
pasti sangat kebanyakan pengutuk sume tu adelah FANATIK k-pop. siap ade page
Anti 24:7 lagi. yang paling penting, ramai yang cakap 24:7 berlagak comel dan jambu
 padahal tak comel pun macam korea. *hmm nampak sangat diorang minat hanya sebab
kecomelan.


hairan aku, kenapa la peminat korea ni selalu je FANATIK? tak boleh ke sekadar
minat tanpa perlu fanatik? kalau ye pun fanatik, fanatik sorang2 dah la, takyah la
nak ajak orang yang tak minat ni suruh minat sama. eh? dah jauh pulak topik aku.
SORRY YE PEMINAT K-POP, AKU TAK KUTUK, CUME LUAH JE.


lagi gambar 24:7






so pada korang, macam mane? 



p/s : tak suka korea, tapi tak suka tiru2. kadang2 macam lawak pun ade.





read more "K-pop Malaysia = 24:7?"

Tuesday, April 26, 2011


mungkin kita patut sokong serba serbi tempatan, industri tempatan,
barangan tempatan, media tempatan dan vlogger tempatan.

ya, ramai jugak vlogger tempatan yang hebat2, contohnye Anwar Hadi
Mathlutfi dan Maria Helena, antara vlogger yang pemes. aku pun suke
gak tengok diorang.

tapi sekejap tadi aku ade terjumpe vlogger mat salleh kat youtube. bukan
vlogger tersebut bernama Mat Salleh, tapi maksud aku ialah vlogger orang putih.


walaupun aku kurang paham ape yang mamat ni cakap (maklum la, dah la
cakap omputeh, laju pulak, tak sempat nak tangkap maksud die), tapi
aku suke tengok video die. so nice.

mamat ni nama Charlie. agak giler-giler jugak die ni. jom usha.






yeah.. aku suke tengok vlog ni, sempoi giler.



yang ni pulak memang kreatif. btol2 nampak macam Charlie ni ade 2 orang.



anyway he was so nice. comel pun ade gak. hehe


p/s : masih sokong orang tempatan.






read more "vlogger mat salleh : Charlie"


budak-budak zaman sekaran memang dah terlebih pandai. kejadian ni
berlaku depan mate aku, dan yang paling sedih, berlaku pada adik aku
sendiri.


aku malu. malu dengan tingkah laku budak2 sekarang yang sudah tahu melakukan
perbuatan tak bermoral. dan aku jugak marah, sebab adik aku yang menjadi
mangsa. adik aku trauma sekarang, terlalu trauma sampai tido tak lena, mandi
basah sikit2 je, makan pun sekenyang-kenyangnya.

tapi mak ayah aku pun tak tahu lagi kejadian ni. hanya aku, adik aku, kakak
aku dan budak kecil itu. sungguh berani budak kecil itu, sampaikan bila
aku tangkap gambar perbuatan tak bermoral dia pun dia masih mampu meneruskan
perbuatannya sambil menunjukkan air muka yang langsung dia tak bersalah.

aku geram, aku ambik gambar tu sebagai bukti yang adik aku telah dicabul
kehormatannya oleh seorang budak kecik. dahsyat!
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


tu la, sape suruh pakai spender sangat, kan budak kecik pun geram
gak.




read more "dicabul kehormatan oleh budak kecik"

Sunday, April 24, 2011



Program Mentor 5 baru je abis beberapa jam tadi.
sebenarnye aku bukan la minat sangat pun ngan program2 macam
ni, mentor ke, AF ke. tapi antara Mentor ngan AF, aku lebih
pilih Mentor.

ok, sekarang aku nak tulis pasal Salma iaitu protege kepada Erra Fazira.


sejak mula lagi aku tengok salma ni memang agak ok dan macam ade potensi
nak dibandingkan dengan yang lain.

sebelum2 ni pun memang aku agak suka gak tengok dia, dan kemuncaknye
ialah persembahan malam tadi, apabila Salma berduet ngan Lan dengan lagu
jeritan batinku.

Erra ni memang bijak la, sebab dia memilih Salma yang mempunyai vokal
yang agak mantap, pastu digandingkan pulak ngan Lan yang memang dah femes
ngan suara yang bagus dan lantang dan best, pastu menyanyi pulak lagu yang
agak mencabar vokal.
dan Salma memang terbaek la malam ni.

*sumber video : youtube



p/s : lebih minat program Maharaja Lawak.
read more "salma Mentor 5 - jeritan batinku"

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget