.

.

Search This Blog

Category

Thursday, June 24, 2010

pengakuan bekas mat rempit



PENGAKUAN NGERI SEORANG BEKAS MAT REMPIT



kisah pertama :
~ waktu tu aku berada di Jelutong. jalan tu kan penuh sesak. badan aku pulak
besar sedikit. pada hari tu  aku menumpang seorang kawan pergi ke Komtar
naik motor kapcai. Dia pun kaki rempit jugak macam aku. kitorang selit sana
selit sini, wheely sana wheely sini. sampai satu tempat dia mencelah antara dua kereta.
motor lepas, dia lepas, tapi dua-dua lutut aku tak lepas. KEDEBUk! aku terduduk
tengah jalan sambil terkangkang. semua orang tengok aku! cinabeng, macam sami
buddha yang duduk sorang-sorang tengah jalan yang penuh sesak dengan 
kenderaan. lepas tu kawan aku patah balik sambil gelak nak putus urat merih dia.
siott.. malu aku, maluuu..




kisah kedua :
~ hari tu aku tumpang member serempit naik motor pergi town. sampai kat traffic light
dia pun berhenti. entah apa angin, masa tu lah aku teringat nak hisap rokok. aku pun
turunkan kedua-dua kaki dan berdiri sedikit, seluk poket nak ambil lighter dalam poket
seluar. Tapi waktu tulah jugak lampu bertukar menjadi hijau. kawan aku terus wheely
meninggalkan aku yang tengah berdiri sambil berjingkit nak ambil lighter dalam seluar.
Phuii.. satu bandar orang nampak aku berdiri terkangkang sorang-sorang kat lampu isyarat?
macam apa entah?  nasib baik aku tak kene lenyek dengan lori kat belakang aku.


kisah ketiga :~ ni kisah lama sikit, waktu sekolah tingkatan tiga. lepas sekolah cepat-cepat aku balik
ambil motor buruk ayah aku, kerana nak pergi pekan. waktu tu kalau boleh bawak
motor dah kira hebatlah tu. tujuan aku bukan nak beli barang sangat, tapi nak mengurat.
waktu tu awek-awek sekolah tengah berlonggok tunggu bas nak balik rumah. waktu tulah
jugak aku nak menayang betapa machonya aku. ada motorlah katakan. tapi pada hari tu
kejadian yang sangat memalukan telah berlaku. masa betul-betul sampai depan awek-awek
tu, aku boleh tak perasan ada lubang besar. motor aku pun terlanggar lubang tu, nasib baik
tak tergolek. aku memanglah tak jatuh, tapi ekzos motor ayah aku tu terjatuh. maka dengan
itu bunyinya meletup-letup mengalahkan helikopter. satu malaya dengar! aku rasa macam nak
masuk lubang jamban aja waktu tu. nak ditinggalkan ekzos tu, takut ayah aku marah. nak
ambil, malu. tapi aku lagi takut kat ayah aku. terpaksalah aku cari kertas surat khabar dan
ambil ekzos tu. puhh, panas bukan main. lepas tu aku tolaklah motor sampai rumah.
awek-awek tu semua ketawakan aku.



KAH! KAH! KAH!




p/s : citer ni hanya rekaan semata-mata


- RAJIHAH RAZALI - BOLEH PANGGIL GEE - COMPUTER SCIENCE STUDENT - COMEL - GATAL - SOMBONG - ANNOYING - COLOURFUL - KECIK -

1 comment:

Unknown said... at Jun 24, 2010, 12:22:00 PM

ceh..ingtkan btol2..haha...
penat da ku gelak...huhu

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget