.

.

Search This Blog

Category

Tuesday, March 15, 2011

banyak betul eksiden kete terbakar sekarang


fuhh. rindu sama blog ni, maklum la 4 hari pegi Johor sebab kazen
aku tunang, jadi 4 hari jugak la blog tak terjenguk.

tapi aku taknak citer pun pasal aku pegi Johor, ataupun pasal kazen
aku bertunang. tapi nak tulis pasal kejadian masa aku undewear on da way
nak pegi johor.

oleh sebab perjalanan jauh, jadi aku isi la mase duk dalam kete tu dengan
tido sambil bermimpikan abang2 hensem berkejar-kejaran ngan aku kat taman.
tibe2 kakak aku cakap,

"dik, dik, tu tengok tu, kete terbakor."

pastu aku pun terkejut la dan tengok kat luar, ye memang ade satu kete
proton wira tengah terbakar, api tengah marak mase tu. kitorang pun cepat2
la berenti tepi jalan, nak tengok ape yang berlaku.

selain kete terbakar, ade sbuah lagi kete proton Iswara kalau tak silap aku,
remuk teruk. masa tengah berjalan nak gi kat kete tu, nampak sorang wanita
tengah peluk seorang gadis, dengan muka gadis tu macam kebingungan gitu.
'hmm. mesti salah seorang mangsa eksiden ni'


sebelum sampai dekat ngan kereta yang remuk tu, aku nampak pak sedare
aku macam tengah bagi bantuan. baru je nak jenguk ape yang ade lam kete,
ade sorang pakcik cakap, "jangan dekat, kereta belum meletup lagi tu."




aih, cuak aku. maklumla, kan tibe2 kete tu meletup, naya aku. tapi aku
tengok ramai je yang duk kat kete remuk tu.  so aku cakap kat ayah aku, leh tengok
tak? ayah aku kate pegi la, aku pun pegi la jenguk. rupe2nye pakcik a.k.a drebar
kete tu terkepit kaki die. orang ramai pun takleh nak bantu, kena tunggu bomba
jugak. nasib baik darah tak banyak sangat, kesian pakcik tu.


nasib baik jugak ade pemuda sorang tolong tenangkan pakcik tu. baik betul,
hensem lak tu.




pastu ade sorang wanita tanya, "ada air tak? anak si mangsa nak minum,"
oleh sebab lam kete aku ade la air 2-3 tin, mineral sebotol, aku pun ambik
la bagi kat anak die, gadis yang mula2 aku nampak tadi.


seberang jalan tu ade sorang pakcik ngah duduk atas divider, sambil kebingungan,
dn ade 2-3 orang tolong payungkan die, sebab masa tu ujan, tapi ujan renyai2 je.
aku dapat tahu yang pakcik tu tuan punye kete yang terbakar tu. sedih aku tengok
pakcik tu, nampak kebingungan je.


aku ambik air tin cincau satu, pegi kat pakcik tu,


"pakcik, ni minum air dulu"


pakcik tu just tengok aku ngan kakak aku, ambik tin air tu perlahan pastu minum
air tu.


sedih aku tengok. setiap kali aku teringat muke pakcik tu, mesti aku sedih.
pakcik pun terkepit pun, kesian jugak. aku nak tolong pun, dah memang takleh
tolong. harap2 pakcik berdua tu tabah dan selamat.


p/s : - nasib baik pakcik tu tak panik, cepat kluar dari kereta tu. kalau
tak, tak tahu la pe nasib pakcik tu.


- gambar kete terbakar je aku ambik. ye la, takkan orang tengah
sakit aku sibuk nak ambik pic.








- RAJIHAH RAZALI - BOLEH PANGGIL GEE - COMPUTER SCIENCE STUDENT - COMEL - GATAL - SOMBONG - ANNOYING - COLOURFUL - KECIK -

2 comment:

-ilhamArman- said... at Mar 15, 2011, 11:21:00 AM

bangga dengan awak.. :)..
awak mmg cuba nak jadi good citizen.. walaupun hanya sebotol air@setin air tp itu dh cukup untuk membantu dari segi mental.. :)

gEe said... at Mar 15, 2011, 12:09:00 PM

thnks. tp sdih bile ingat pkcik2 ni.

::link exchange::

::LINK EXCHANGE:::

 
.Rajihah_Razali. Powered by Blogger.


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

Add, Follow & Share
Bookmark and Share
Get This Gadget